Banjir besar yang menimpa kapal, aku semakin berhati-hati merekruit awak-awak yang mahu menaiki kapal. Ciri-ciri yang tidaklah begitu banyak diperketatkan, cuma aku suka mengolah ia dalam bahasa yang anak-anak whassap kini lebih mudah untuk memahaminya. Cuma anak-anak itu sudah mula menunjuk-nunjuk kehebatan, mendahulu emosi berbanding akal. Sifat-sifat muda mereka itu sebenarnya biasa. Cuma kelak ia akan membinasa.
Jaga Amal Islami.
Mahu menjadi penolong-penolong agama Allah, maka perintah-perintah Allah itu perkara wajip yang mereka perlu jaga.
Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda; Sesungguhnya Allah berfirman, sesiapa yang memusuhi wali-Ku, ku mengisytihan perang terhadapnya. Tiada amalan yang mendekatkan dirinya kepada-Ku yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardukan. Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatan-nya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan kawalan-Ku. Jika dia meminta kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya.
Mana mungkin orang tidak menjaga solat, mahu dikader menjadi tentera Allah.
Mana mungkin yang selambanya berkata "ala, yang penting solat, jemaah tak berjemaah tu cerita lain..." mahu dimasukkan dalam jemaah ini.
Menyaksikan begitu banyak mereka-mereka yang begitu semangat dalam berorganisai, namun tidak menjaga amal islami. Subuh yang kadangkala gajah sendiri sudah keluar mencari rezeki. Quran yang tidak bersentuh berminggu-minggu. Makruh-makruh yang diambil ringan dalam kehidupan harian, hingga akhirnya mereka kelihatan kuat dalam memimpin, tetapi terlampau lemah untuk beristiqamah.
Kerana itu teguran Umar itu teguran yang menggerunkan
Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad ! Dan juga mereka yang bersama-samamu. Supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.
Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu, supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Usah banyak beralasan.
"Jom pegi tamrin?"
"ala, aku banyak assignment la..."
"Malam ni tolong bentang tikar kat belakang surau boleh?"
"Malam ni dah janji nak makan malam dengan roommate la..."
Manusia yang beralasan untuk kerja dengan Tuhan, mana mungkin molek menjadi ahli kapal. Kisah tabuk yang menyaksikan begitu banyak manusia yang beralasan, tiada satu pun yang mengundang layanan dari Rasulullah. Kerana yang beralasan-alasan itu sudah terlampau jelas sifat munafiknya. Sedangkan kaab bin malik pula memilih untuk menceritakan hal sebenar, hingga kemudian mendapat layanan "istimewa" dari Allah dan Rasulnya.
Kerana itu, carilah sahabat-sahabat yang mudah diajak, dan mengulangi dialog-dialog orang beriman kepada ajakan nabi-nabi mereka:
“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (As Shaff: 14)
Rendah diri/tawaduk..
Tertebuknya Kapal Hijau ini, kerana banyaknya orang-orang sombong yang berbangga dengan ilmu sedikit yang mereka ada. Lebih dahsyat, ada yang memandang rendah sahabat-sahabat, serta mudah tidak berpuas hati dengan keputusan pimpinan. Merasa idea/pandangan diri sntiasa betul hingga memperbodohkan manusia lain. Orang-orang sebegini tidak patut dijemput bersama dalam jemaah.
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong". Kemudian seseorang itu berkata : "Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus". Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain". - hadis riwayat Muslim.
Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.
.........
Tiga ciri ini aku bekalkan kepada anak-anak yang pernah dipimpin dan sedang dipimpin. Cuma yang pernah dipimpin itu, sudah mula bersuka ria menjadi pemimpin. Suka ria itu mengundang bisikan kata dari penghuni neraka. Hingga diri mereka mula suka didengar kata dari mendengar kata. Degil itu mudanya memang biasa, tuanya akan kelihatan binasa. Tunduklah. Hormat pada manusia yang kelihatan tiada apa-apa dihadapan kamu.
Gurauan dan jenaka yang aku bekalkan dalam pertemuan, agar hati mereka gembira dari sebarang dukacita dan kepenatan. Namun tiada sangka, penyakit hati itu semakin melekat pada mereka. Diri yang terhegeh-hegeh menyibuk urusan mereka, kelihatan begitu murah pada pandangan mata. Mahu merajuk terasa bodoh. Mahu menjauh, akal ligat memikir seribu satu program untuk mereka belajar. .
Bersabarlah sebentar, cutilah daripada mengambil berat perihal mereka.
Aku rasa aku "datang bulan". Hehe
Minggu depan bermulanya penulisan "Alkisah Cinta Tiga Negeri". Ada 7 bahagian. Tiga bahagian aku dah siap tulis. Cuma nak tambah-tambah sikit. 4 lagi rangka dah ada, tinggal nak tulis waktu cuti dua minggu lagi.
Sekian dari Syuib0809
Gurauan dan jenaka yang aku bekalkan dalam pertemuan, agar hati mereka gembira dari sebarang dukacita dan kepenatan. Namun tiada sangka, penyakit hati itu semakin melekat pada mereka. Diri yang terhegeh-hegeh menyibuk urusan mereka, kelihatan begitu murah pada pandangan mata. Mahu merajuk terasa bodoh. Mahu menjauh, akal ligat memikir seribu satu program untuk mereka belajar. .
Bersabarlah sebentar, cutilah daripada mengambil berat perihal mereka.
Aku rasa aku "datang bulan". Hehe
Minggu depan bermulanya penulisan "Alkisah Cinta Tiga Negeri". Ada 7 bahagian. Tiga bahagian aku dah siap tulis. Cuma nak tambah-tambah sikit. 4 lagi rangka dah ada, tinggal nak tulis waktu cuti dua minggu lagi.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment