Friday 30 November 2012

Ber..ehem Sampai ke Syurga

Bismillah.

Aku terima Nikahnya 2 : Bercinta Smapai ke Syurga berjaya gak aku habiskan dalam tiga hari ni. Buku yang kalau tengok tajuk, seolah-olah sangat tak sesuai untuk kaki buli mahupun jejaka macho. Buku ni sebenarnya dah keluar lama dah, nak ulas pun mungkin ade orang beranggapan "ketinggalan zaman". Setelah baca buku aku terima nikahnya yang first, memang buku ni adalah sambungannya dan ada satu lagi buku pelengkap iaitu Murabbi Cinta. Menarik buku ni, sebab banyak membetulkan paradigma kita dalam mempertahankan rumah tangga. Tapi bukan itu sahaja....



Beberapa perkara yang mungkin menarik daripada isi buku ni, aku kongsikan bersama.

Memang Jodoh dari Allah, tapi hadirnya bukan bergolek.

Menjadi kebiasaan badan-badan dakwah dan remaja-remaja "islamik" untuk anti kepada budaya bercouple yang sering berlaku di kampus. Hukumnya memang jelas adalah haram. Full stop. Namun menjadi kesilapan ukhti dan akhi ini bila mana menganggap tiada usaha yang perlu dilakukan untuk mencari pasangan Hidup. Memang benar rezeki datang dari Allah, namun kita perlu berusaha mencarinya. Dan dalam persoalan jodoh juga, sunnatullahnya tidak pernah lari. Yang penting, caranya mesti betul mengikut syariatullahnya. Nak tahu macam mana? bacalah buku ni.

Cinta tanpa tanggungjawap. Tanggungjawap tanpa cinta.

Untuk mereka yang hangat bercinta, segala-galanya nampak indah untuk menjadi alasan mendirikan berumah tangga. Namun cinta itu bukan hanya sehingga ke jinjang pelamin, namun wajip difikirkan sampai ke urusan lampin. Cinta yang bukan main hingga bersumpah bawa ke mati, akhirnya hilang bilamana tanggungjawap suami dinaik taraf menjadi seorang ayah. Maka lahirlah masalah rumah hasil dari cinta tanpa tanggungjawap. Menarik mengenai buku ni bilamana para pendakwah dan ahli gerakan Islam yang bertemu hasil dari unit Baitulmuslim akhirnya berdepan huru-hara bilamana dirasakan pasangan gagal bertemu cinta. Mencari-cari CINTA selepas diijabkabul, namun tidak KETEMU. Nak tahu lebih sila beli sendiri.

BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTERI.

"bila diri kian bersih, satu isteri terasa lebih"... kata-kata dari ustaz cinta versi indonesia bernama Cahyadi Takariawan yang diselitkan dalam buku ni. Pologami juga antara tajuk terbesar dalam buku ni yang sebenarnya banyak mengundang masalah rumah tangga. Bukan poligami tu tidak baik, tapi terlampau banyak lelaki yang menggunakan ke"boleh"an itu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga secara pantas. Isteri buat hal je, asyik bergaduh je, penyelesaiannyacari len. Banyak cantik!! menarik gak bila ustaz tu tekankan, nabi banyak tempoh hidupnya bertemankan Khadijah seorang berbanding tempoh poligaminya.

Kurangkan bising si isteri, Bukalah mulut wahai SUAMI!!

Buku ni memang sangat bagus dibaca sebagai bahan yang melengkapkan buku Men from Mars, Woman From Venus. Cantik untuk dikupas dari sudut Islam. Bahagian akhir banyak menceritakan mengenai perbezaan suami isteri dengan tajuk "Merawat Suami Bisu" dan "Cinta Seratus Peratus". Memang perlu dibaca terutamanya oleh mereka-merka yang terlibat dengan gerakan Islam.

Banyak lagi yang dikongsikan dalam buku ni terutamanya mengenai peranan ibu-bapa kepada anak-anak, pemikiran kanak-kanak dan banyak lagi yang dinukul hasil pengalaman Ustaz Hasrizal. Mungkin kata-kata terakhir aku kongsikan dari buku ni untuk renungan kita semua:

Baik tapi tak cerdik, jadi mangsa penipuan
Cerdik tapi tak baik, akan jadi kuat menipu

Sekian dari Syuib0809


Wednesday 28 November 2012

Makhluk Marikh dan Venus di BUMI

Bismillah

Memang sungguh tak bersemangat nak meluangkan masa meng "update" blog. Kamera dah tidak seperti dulu semasa di UK. Memang sangat jarang aku ambil gambar macam dulu-dulu. Akhirnya, aku rasa perlu untuk aku mencari sebab untuk menulis di blog. Kalau dulu berkongsi tentang dunia luar yang jarang orang dapat rasai, kini aku rasa menulis sedikit mengenai buku-buku yang aku baca adalah satu perkongsian yang bermakna.

Hampir dua tahun yang lalu, aku ke carboot bersama firdaus rahim dan di"paksa" membeli buku men from mars, women from venus yang berharga 50pence a.k.a RM2.50. Aku pernah membelek-belek buku tu di awal tempoh pembelian, namun akhirnya tersadai sampailah aku balik Malaysia. Rumusan yang aku boleh buat ialah aku memang tak berkemampuan nak baca buku dalam bahasa Inggeris. Sentiasa gagal


Dua minggu lepas, aku saja singgah di pustaka intan teluk intan. Tak sangka banyak sungguh buku kat situ. Tanpa niat nak beli buku, aku akhirnya terambil 3 buah buku bertajuk fitnah terhadap sahabat nabi karya Dr MAZA, bercinta sampai ke syurga dari ustz hasrizal dan Men from Mars, Women from Venus edisi bahasa melayu bewarna ungu. harganya jauh lebih mahal dari original yg aku beli. hehe.

367 muka surat berbanding versi asalnya 305 muka surat.



Tidak hairanlah buku ini dilabelkan sebagai best seller. Memang isinya sangat membantu manusia-manusia di muka bumi ni untuk mengenali fitrah manusia yang berlainan jantina. Ilmu yang sangat-sangat bermanfaat terutamanya kepada mereka yang tidak lama lagi bakal berumah tangga. Banyak masalah rumah tangga bukan kerana tiada kasih sayang sesama pasangan, tetapi ia datang hasil kegagalan meng"intepretasi" pemikiran pasangan yang berlainan jantina.

Istilah-istilah seperti lelaki ke Gua, wanita dan periginya, lelaki si hero kuda sememangnya menggambarkan segala-galanya di sekeliling aku. Segala yang aku lihat pada mak ayah aku, makcik pakcik aku serta mana-mana sahaja pasangan di luar sana akhirnya dijelaskan sebab dan asbabnya dalam buku ni. Membaca buku ini sekurang-kurangnya memberi kelebihan pada individu untuk berhadapan masalah yang berlaku dalam rumah tangga. Dan aku boleh katakan, risiko berlaku penceraian inshaAllah dapat dikurangkan.

Wanita ingin agar emosinya difahami dan dirai, namun segalanya gagal ketika mereka berada di perigi mereka

Lelaki inginkan "pengiktirafan" terhadap sumbangannya/kepimpinannya kepada pasangan, namun ketika mereka bertapa di gua, silalah senyap wahai wanita.

Buku yang sangat mantap untuk dibaca semua pihak.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud :

 “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Dan dari buku ni, aku sudah memahami kenapa perempuan selalu jadi seperti apa yang nabi kata. Terutamanya apabila mereka berada jauh dalam perigi mereka.

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Zaid bin Aslam dari 'Atho' bin Yasar dari Ibnu 'Abbas berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:  "Aku melihat ke dalam neraka dan melihat kebanyakan ahlinya adalah wanita. Mereka telah kufur. Sahabat bertanya: Adakah mereka kufur kepada Allah? Nabi menjawab: Mereka kufur kepada suaminya dan kufur dengan kebaikan suaminya. Kalaulah seseorang di antara kamu berbuat kebaikan kepada mereka dalam masa yang panjang lalu mereka melihat sesuatu yang tidak disenangi padamu nescaya mereka akan berkata: Aku tidak pernah melihat apa kebaikan pun pada dirimu. (Riwayat al Bukhari)



Sekian dari Syuib0809

Monday 19 November 2012

Kenduri syu'bah Usrah

Bismillah

Sempat bersama rakan-rakan meraikan seorang teman lama yang sudah mendirikan rumah tangga. Sekurang-kurangnya, beliau sudahpun berada di alam lain yang penuh tanggungjawap dalam membina generasi Islam yang gemilang InsyaAllah. Mujahid ni kawan aku kat KYUEM merangkap rakan setugas waktu berada di dalam badan dakwah kolej, MUSCOM. Tambah lagi satu, jiran sebelah chalet yang sama-sama memeriahkan rumah sukan kami bewarna merah.

Lepas tu hubungan kami sedikit terputus kat UK sebab die nun jauh di edinburgh, manakala aku plak memang putuih abih sebab tak aktif facebook. Dan kerana hanya ade satu je kawan di FB, aku memang tak dapat lansung jemputan kenduri dia yang dihebahkan di muka buku. Hanya tahu ketika di Maktab sebab rakan-rakan sekolej dulu maklumkan. Tapi dengan muka tak malu, pergi jelah kenduri dia sabtu hari tu.



Kenduri yang simple tapi sungguh "meriah" dengan cara Islam. Menarik sebab sepanjang kenduri tu ada dipasang slideshow tentang kehidupan kedua-dua pasangan beserta gambar-gambar. Dan yang mengiringi slide show adalah lagu Nasyid. Pelamin digantikan dengan tempat bergambar yang dihias. Jadi siapa-siapa nak bergambar sangat-sangatlah dipersilakan. 



Kami sebenarnya datang agak lewat kat majlis tu sekitar jam 2.15 petang. Walaupun aku dah sampai kat ipoh kul 11.30 pagi, tapi sungguh terasa pelik bila nak pergi sorang-sorang. Kami jadi lambat bila sorang-sorang baru nak pegi beli hadiah. Lawak pulak rasa bila masuk umur-umur nak kena cari hadiah untuk perkahwinan rakan-rakan. Lepas ni masuk plak alam mencari hadiah untuk baby pertama rakan-rakan.

Aku sangat suka dengan lauk kat kenduri Moja ni. Lain dari majlis-majlis biasa yang selalu sangat hidangkan ayam rempah atau ayam masak merah. Aku tak tahulah ayam kat kenduri ni masak apa, tapi memang menyebabkan kami semua tambah satu lagi pinggan. Aduih,

Mudah-mudahan Allah penuhkan rumah tangga sahabat seorang ni dengan barakah dan rahmah


Sekian dari Syuib0809

Tuesday 13 November 2012

Di Hamaparan Shamrock: Untuk mu Daie

Bismillah

Bulan pertama di Maktab, aku menemani Yasir ke kedai buku POPULAR untuk beli reben. Ingat lagi, waktu tu masing-masing sibuk membuat persiapan untuk Pameran Permainan Tradisional. Sementara menunggu diorang membeli-belah, aku jalan-jalan melihat buku yang tersusun rapi dekat rak "motivasi" dan "agama". Mata tetiba tertarik dengan buku Ustaz Hasrizal bewarna biru. Dalam keadaan kewangan yang sungguh tak stabil, harga RM30.00 sudah terasa begitu mahal, dan seperti dijangka aku lepaskan buku tu hanya sebagai kenangan.

Dua mingu lepas, aku mencari kembali buku tu sebaik sahaja beberapa hari elaun masuk. Di kedai yang sama, buku tu sudahpun tidak kelihatan. Pencarian diteruskan bila aku dan rakan-rakan berkesempatan membeli-belah di Queensbay, Pulau Pinang. Kedai buku pertama sedikit menghampakan bila akak tu bagithu buku tu dah abih. Kedai buku yang kedua, Safuan yang jumpa. Itupun nasib baik tinggal satu je yang terakhir. Memang tak fikir panjang, teruih aku beli.



Rancangan untuk berada di shopping kompleks tu sebenarnya kejap je. Entah macamne, bertukar jadi sangat-sangat lama. Oleh kerana aku tak minat shopping, aku belek-belek buku tu sementara menunggu rakan-rakan lain membeli-belah. Sedar tak sedar, hampir 100 muka surat aku berjaya habiskan hari tu. Memang buku yang sangat-sangat TERBAIK!!

Buku ni menceritakan mengenai kehidupan Ustaz ketika berada di UK dan juga Ireland, tempt yang sangat dekat di hati aku. Bahagian permulaan sudah diperdebarkan dengan pelbagai Mehnah dan Ujian semata-mata untuk mendapatkan segulung Ijazah di Jordan. Kehidupan Ustaz yang berpindah randah bukan diantara negeri, tapi antara negara menyebabkan ramai yang mungkin tak akan percaya dengan kisah "bawang putih bawang merah" ni.  Pertengahan cerita, ustaz selitkan penulisan isterinya Dr. Muna yang menambah perisa dalam buku kali ni. Pengalaman sebagai banduan Malaysia pertama, antara yang sangat "mencelikkan" sepanjang pembacaan buku ni.

Buku ni juga sesuai untuk para guru. Sebagai seorang pengetua muda di Belfast Islamic School, pengalaman menangani para pelajar pelbagai latar belakang adalah perkongsian yang sangat bernilai untuk dihadam oleh para guru. Menambah ilmu tentang masalah-masalah yang mungkin akan guru hadapi bila di sekolah. Namun begitu, bahagian paling aku suka ialah di akhir-akhir travelog ni yang banyak menceritaka tentang dialog-dialog antara Ustaz Hasrizal dan orang kristian di Ireland. Banyak pengakhirannya ialah pertemuan itu menjadikan mereka-mereka ini semakin tertarik untuk belajar mengenai Islam. ISLAM yang di CARI berkali lebih bernilai dari ISLAM yang di WARISI.

BUKU wajip baca dari Syuib0809.