Thursday 30 December 2010

Diari Sepanyol: Cordoba bahagian ll

Bismillah

Selepas penat mengelilingi masjid cordoba, kami seterusnya kembali ke kereta tercinta yang diletakkan di tepi sungai. Kelihatan sebuah rombongan daripada Malaysia yang terdiri daripada pakcik2 dan makcik2. Tidak sempat bersembang, kami terus menuju ke kereta utk jelajah tempat yang seterusnya. Medina Azzahra, bukanlah satu nama yg terkenal bagi aq. Namanya tidak la selalu disebut-sebut seperti alhambra. Namun, medina azzahra antara saksi utama keagungan Islam suatu ketika dahulu.

Petang tu, kami menaiki kereta menuju ke medina Azzahra yang terletak lebih kurang 8 kilometer dari masjid cordoba tadi. Selepas parking di bahagian bawah, kami menaiki sebuah bas menuju ke medina Azzahra yang terletak di atas bukit. Sampai2 kat atas, pakcik yang jaga tempat tu mintak tiket. Kami yg pelik pun, bagila tiket bas tu. Sekali bukan tiket tu yg pak cik tu nak. Kami sepatutnya beli tiket kat kawasan bawah, tempat kami parking tadi. Secara spontan, kami berlima menunjukkan reaksi hampa. X kan nak turun bawah balik kan?... Alhamdulillah, pak cik tu yg kesian tengok muke kami terus bagi kami masuk secara percuma. Gracias pak cik!!

Dari bahagian atas

Tapak yang menjadi pejabat khalifah ketika itu.

Sebenarnya, medina azzahra ni hanya tinggal 30% je. Yang lain semuanya musnah akibat pergolakan dan perang saudara pada tahun 1010M. Medina Azzahra merupakan pusat pentadbiran utama khalifah di Andalusia yang ketika itu berpusat di cordoba. Khalifah abdul rahman lll yang membuka medina azzahra sepanjang pemerintahannya dari 921-961 M. Sayu sungguh rasanya berada di situ. Selepas solat zuhur-asar, aku bersendirian duduk di taman berhadapan dengan pejabat Khalifah abdul rahman lll. Cuba membayangkan keadaan kehidupan manusia yang meletakkan Islam sebagai perkara paling asas dalam kehidupan mahupun pentadbiran mereka. Terasa mahu pergi ke zaman indah itu. sedar tidak sedar, itu sekadar bayangan sahaja.

Taman di medina Azzahra

Hanya sedikit sahaja yang tinggal

Kawasan tengah medina Azzahra yg sedang mengalami proses baikpulih.

Masjid yang sangat dekat dgn pusat pentadbiran. Antara masjid yg paling tepat menghadap kaabah ketika itu. Agaknya menteri2 kita di putrajaya pegi ke sembahyang dekat masjid merah putrajaya tu?

Pintu masuk dimana panglima2 berkuda menaiki kubu utk berjumpa dgn khalifah

Selamat tinggal medina azzahra

Medina azzahra ni terbahagi kepada kawasan pentadbiran dan kawasan general life. Yang peliknya, tak ramai yang datang melawat medina Azzahra ni seperti ramainya yang melawat kota cordoba dan alhambra. Kami hanya berjumpa x sampai 10 org pengunjung di tempat tu. Maghrib sudah masuk ketika kami meninggalkan pusat pentadbiran Islam cordoba itu. Masing2 sudah penat kerana tak dapat rehat yg sebetul-betulnya dari malam tadi. Kami akhirnya terus menuju ke hostel yang telah ditempah.

Kalau diikutkan, xdela jauh mana pun hotel tu. Tapi pasal asyik sesat je, 7.30 baru kami sampai dan check in. Hostel tu betul2 kat tepi sungai. Kami duk kat sebuah bilik yg kongsi 6 org. Ade sorg pempuan yg duk dgn kami sekali. Oleh kerana segan dgn kami, perempuan tu jarang ade dalam bilik. Lepas berehat seketika, kami menggagahkan diri untuk keluar makan. Dari pagi tak makan ape, kami bercadang nak cari makanan yang special sikit. Selepas berjalan2 di kota cordoba malam tu, akhirnya kami jumpe sebuah kedai bernama SULTAN..

Muke2 keletihan

Makanan2 yang disajikan dalam mangkuk tanah liat.

Kedai milik orang arab tu menpamerkan pelbagai juadah istimewa. Tengok die punye gambar, bukan main lagi ikan2 dan makanan lain die. Fahmi, aiman dan arip yang teruja pun ambik menu ikan yang beharga 12 euro. Aku plak ambik Paella manakala padil ambik nasi dengan ayam. Bila sampai2, tengok ikan die bukan seekor panjang yg die bubuh macam dalam gambar. Rasa plak macam ikan masak pedas macam tu je. Malaysia punye lg sedap. Sotong pun berapa kerat je bubuh. Kesian plak aq tengok diorg. Aku punye paella pun x seperti yg dibayangkan.

Tapi, nasi yang dihidangkan ternyata mengenyangkan. Yang sedihnya, ape yg kami paham ialah menu2 ikan tu dtg dengan nasi sekali. Rupenye die caj nasi tu harga len. Kesian kawan2 aq yg ambik lauk ikan tu. Lepas makan, kami terus pulang ke hostel. Dalam kul 11.15 malam, aku sudahpun melelapkan mata.

Bersambung...........

Diari Sepanyol: Cordoba bahagian l

Bismillah

22 disember 2010
Pagi tu, angin bertiap kuat, menyebabkan "Alhambra" terasa begitu sejuk sekali. Aku yang keletihan, menguatkan diri untuk bangun dan mengambil wuduk bagi menunaikan solat subuh. Matahari masih belum betul2 timbul walaupun jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Selepas semua solat, arip mengambil kembali tugas driver utk pusing2 di "Alhambra". Tulisan besar yang tertera di lereng bukit menyebabkan kami tidak lansung menyangka bahawa itu bukanlah alhambra yang kami cari. Sewaktu Fadzil bertanya dengan seorang rakyat tempatan, kami dimaklumkan bahawa kota Alhambra Granada ternyata amat jauh lagi dari situ. Dengan rasa hampa, kereta citroen kami terus bergerak menuju ke Alhambra yang sebenar.

Keletihan yg amat sangat menyebabkan aku tidur di tempat duduk belakang dengan nyenyaknya. Adelah sekali aku tersedar sewaktu melalui kawasan bukit-bukau yg sangat cantik sekali. Selebihnya, memang aku tidak sedarkan diri lansung. Sampai2, kelihatan dari jauh sebuah kota yang bewarna oren. Dalam hati aku menyangka "Owh, nila Alhambra".. Rupe2nye, tu bukan Alhambra, tetapi kota Cordoba yang pernah menjadi bukti kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.

Jambatan yang menghubungkan cordoba lama dan pekan cordoba baru.

Kota keoren-orenan. Apela punye bahasa

Islam telah memerintah Andalusia(sebahagian daripada sepanyol) lebih kurang 800 tahun. Bagi manusia yang berfikiran waras, 800 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek. Malaysia yang baru merdeka tak smpai beberapa tahun pun dah macam2 berubah, apetah lagi Andalusia ini. Teringat waktu belajar pendidikan Islam dan sejarah dulu, nama cordova sering kali disebut2 sebagai pusat kegemilangan ilmu dan kota yang sungguh istimewa bagi orang Islam. Ketika itu, aku tidak menyangka lansung ianya terletak di sepanyol, yang seolah2 tiada lansung kaitan dengan Islam hari ini. Adekah sepanyol masuk OIC?

Pagi tu, kami berjalan2 di sekitar cordoba. Cordoba, yang pernah menjadi pusat kepada empayar Islam di barat juga, memiliki tanah yang subur. Di sekeliling kota lama cordoba itu, pokok limau dan zaitun hidup subur dan ditanam dimana-mana sahaja. Bagi sape2 yang ke Andalusia, memang akan berjumpe pokok2 limau yang sangat banyak seolah2 mcm kebun limau plak. Tempat pertama yg kami jumpe ialah Mezquita-Cathedral yang teramat-amat besar. Tapi tak masuk sebab bayarannya 8 euro sedangkan kami jarang dengar pasal bende ni.

Di kawasan taman Mezquita-Cathedral tu

Nampak pokok2 oren tu. Dah la banyak gile buah die

Antara kawasan2 cantik di cordoba

Orang terbang. Takde kerje korg ni ye

Gereja orang yahudi, aku pun dah lupe ape nama die. Sewaktu pemerintahan Islam, penduduk 3 buah agama Andalusia iaitu Islam, Kristian dan yahudi hidup dalam aman damai walaupun ade juga usaha utk menjatuhkan Islam ketika itu.

Selepas pusing2 di sekitar cordoba, kami singgah sebentar di kedai souviner. Waktu tengok2 souviner tu, kelihatan postcard2 yang menunjukkan bahagian dalam Mezquita-Cathedral tu. Macam gambar yg kami tengok dalam internet je, tapi x sangka plak kat situ. Akhirnya, kami mengambil keputusan utk masuk juga ke masjid-gereja itu. Mezquito-Cathedral adelah sebuah masjid agung di bumi andalusia suatu masa dahulu. Ianya dibina oleh Abdul Rahman 1 pada tahun 785. Selepas kejatuhan cordaba ke atas tangan kristian, masjid ini bertukar menjadi gereja dan bahagian tengahnya dimusnahkan utk pembinaan gereja. Malah, menara loceng torre del aminar juga didirikan di atas tapak asal menara azan masjid ini yg dimusnahkan.

Sewaktu masuk tempat ni, kami dah diberi amaran awal2 supaya tidak bersembahyang di dalam bangunan ini. Perkataan "bodoh" seringkali keluar daripada mulut aku kerana tak dapat menahan kesabaran melihat patung2 kristian, salib2 dan semua bende merepek tu diletakkan di dalam masjid besar tu. Geram teramat sangat tengok diorg hapuskan kesan peninggalan islam di situ. Yang tinggal hanyalah bahagian depan masjid. Kelihatan ukiran dan senibina yang cukup membanggakan bagi umat Islam.

Bahagian depan, tempat imam

Seni bina yang mengasyikkan

Gerbang2 jasper merah putih yang sangat-sangat cantik

Pernah aku terbaca satu kajian, banyaknya gerbang bulat2 merah putih tu bukan utk suka-suka. Ianya direka mempunyai kaitan dengan penyebaran gelombang bunyi supaya suara imam di depan dapat didengari di seluruh masjid tu. Dulu mana ade microfon.

Selesai mengelilingi Mezquita tu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Medina Azzahra..

Bersambung....

Wednesday 29 December 2010

Diari Sepanyol: Madrid

Bismillah

21 disember 2010
Pagi tersebut, masing2 sangat susah untuk bangun dari tidur. Mana tidaknya, malam sebelum tu kami hanya tidur jam 4 pagi. Dengan bayaran hotel yang tertinggi sepanjang penjelajahan kami, tidur selama 4 jam seolah2 satu kerugian yang besar. Dah la tak sediakan sarapan. Pagi tu, kami keluar dari hostel jam 9 pagi. Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah sebentar di kedai runcit yg dlm bahasa spanish nya "supermercat". Beli jus2, roti, donut, sardin dan pelbagai lagi makanan utk bekalan kami di malam hari jua. Kami kemudian terus menuju ke plaza de mayor.


Palaza mayor ni adelah dataran yg dibina oleh Philip III. Aku agak tak tertarik dengan plaza de mayor ni. Dah la banyak lukisan orang bogel je. Hujan renyai-renyai juga menyebabkan perjalanan kami di plaza mayor agak kurang selesa. Tak sampai beberapa minit pun kami di situ, kami seterusnya meneruskan perjalanan di bandar Madrid tersebut dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan, terjumpa sebuah pasar yang agak cantik dan berbumbung. Saja je nak tengok ape yang ade dalam pasar yang diberi nama Mercado de San Miguel tu.

Besar tak labu tu? selain tu, kelihatan buah cerry yang berkilau2 bewarna merah. Oleh kerana diorg x dapat menahan nafsu melihat buah cerry tu, maka belilah diorg buah tersebut.

Pasar ni juga menyediakan pelbagai jenis makanan laut. MUngkin ini juga salah satu tarikan di Madrid. Kami tak makan pun makanan2 laut tu. tengok je.

Makhluk yg teruja melihat ketam2 besar ni


Kami meneruskan perjalanan menuju ke Istana Madrid. Sementara itu, singgah sebentar di sebuah kedai sebab fahmi nak beli payung. Tak sangka pemilik kedai tu kenal Malaysia. Perkataan pertama yg keluar dr mulut die ialah kuala lumpur!!. Perbezaan budaya menyebabkan situasi kami seolah2 si ayam sedang bercakap dengan si itik. Selepas tu, kami pun berjalan2 sehinggalah sampai di kawasan istana Madrid. Tiada ape yang istimewa. Mungkin macam melihat istana baru di Malaysia sahaja. Bukanlah suatu peninggalan yang dapat dibanggakan sangat. Dalam perjalanan pulang, kami memasuki sebuah cathedral yang agak besar di situ. Waktu tu aku pun x tau diorg tgh sembhyang ape.

Aku nampak kurus bila tangkap gambar dengan arip. Haha

Di sekitar kawasan istana

Istana madrid. Kami tak masuk pun


Gereja katolik. Mungkin cantik, tapi tak mententeramkan lansung. Pening tengok die punye lukisan dan ntah ape2 lg tu. Sikit je org dtg sembhyg ari tu.

Makanan tengah hari kami semua di madrid. Nama menu: Special babiliona. bukan babi ye.. Ni adelah campuran lamb doner, chicken doner, nasi, kentang goreng dan salad2 semua.

Selepas makan, kami menaiki kereta mencari pula stadium kelab bola sepak terkenal dunia, Real Madrid. Sewaktu sedang tangkap2 gambar, datang sekumpulan wanita sambil membawa kertas untuk donation ke arah kami. Aku memang agak tak percaya bende2 ni dan takut nak derma pun. Tapi minah tu suruh gak isi, maka aku pun isi je dan sain. Tapi tak nak derma sebab rasa tak sedap hati. Lepas aku cakap x nak derma, perempuan tu mintak nak tengok ID aku. Aku yang tak faham kenapa die nak tengok ID aq terus menolak permintaan perempuan tu. Akhirnya perempuan tu mengalah.



Di pihak aiman pulak, len ceritanya. Aiman juga diminta menunjukkan IDnya, lalu aiman pun kluarkan dompet die. Sewaktu aiman nak tunjukkan ID die kat perempuan tu, secara x sedar perempuan tu menarik keluar duit si aiman ni. Sebaik duit tu terkena tangan aiman dan terus si Aiman ni tarik balik dompet duit dia masuk dlm poket. Fadzil plak ketika tu, sedang dirayu2 oleh permpuan lain yang juga sekumpulan dengan permpuan2 tadi. Kali ni, arip suruh fadzil jgn keluarkan. Tetibe permpuan tu mcm marah kat arip. Arip terus menjerit kat perempuan tu. NO!!!.. Apepun, banyak kami belajar hari tu utk lebih berhati2. Di kedai Real Madrid, kami terserempak dengan Jose Mourinho(jurulatih Real Madrid). Tapi x boleh nak tgkap gambar pun.


Lepas mengelilingi stadium tersebut, kami pergi ke engah bandar Madrid utk mencari masjid. Tapi tak jumpe. Lepas solat, kami seterusnya pergi ke Parque del Retiro. Sebuah taman yang menjadi sebahagian daripada Royal Palace Complex, istana tadi. Terdapat sebuah tasik dalam taman ni yang mana terdapat sampan2 utk disewa. Oleh kerana kami sampai waktu malam, tak banyak gambar yang kami dapat tangkap di taman yang sangat luas tu. Keadaan menjadi lebih haru-biru apabaila kebanyakan ahli rombongan mencari2 tandas sebab dah tak tahan sangat. Haha. Apepun, kami dapat rasakan taman ni mesti sangat cantik.

Peta taman ni. Besar kan?

Kawasan tasik pada waktu malam

Aku pun tak tahu ape bende ni

Keluar sahaja dari taman tu, kami bercadang nak cari kedai utk makan seafood. Malangnya, TomTom tu asyik bermasalah, menyebabkan kami pulang semula ke plaza mayor. Sekali nak ke Plaza mayor pun kami sesat lagi. berhenti di sebuah tempat, kami pusing2 utk mencari kot2 ade kedai halal ataupun kedai seafood. Ternyata tak jumpe dan akhirnya kami berusaha juga ke plaza mayor. Terserempak dengan rombongan Zul sekali lagi tp x sempat nak bersembang. Jam ketika tu sudahpun menunjukkan kul 12 malam. Kami akhirnya makan menu yg sama di kedai Signibad.

Jam 1.30 pagi, aku menggantikan tempat arip utk memandu kereta menuju ke Alhambra. Walaupun agak kenyang, tetapi aku tak begitu mengantuk. Malam tu, aku mula2 bertemankan chester untuk separuh masa pertama. Selepas jam 3 pagi, Aiman pula menjaga TomTom dan menjadi teman aku utk bersembang sepanjang perjalanan ke Alhambra. Mata aku masih boleh bertahan dengan bertemankan lagu2 dalam iphone aku. Akhirnya, jam 5 pagi kami sampai di Alhambra. Sementara menunggu hari cerah, kami pun melelapkan mata dalam kereta.

aku, chester, fadzil, arip, aiman

bersambung....

Tuesday 28 December 2010

Diari Sepanyol: Barcelona



Bismillah

20 disember 2010
Pagi tu, kami bangun dan menunaikan solat subuh jam 7 pagi. nampak mcm lewat, padahal subuh hanya masuk jam 6.30 pagi dan habis sekitar 8.00 pagi. Setelah mengemas barang, kami bersarapan di hostel tersebut yg menyediakan roti beserta mentega, jem2 dan juga air panas. Kirenye pagi tu, kami tidak perlu lagi mencari makanan untuk sumber tenaga sepanjang penerokaan kami di Barcelona. Jam 9 pagi, kami bertolak ke Sagrada Familia dengan kereta citroen yang dipandu oleh Arip.

Ni gambar yg ditgkap oleh chester, bukan internet punye dan takde edit2. lawa kan?

Selepas parking di tempat letak kereta bawah tanah, kami pun bersiar-siar di sekitar sagrada familia. Ternyata ianya sebuah bangunan yang cukup mengagumkan. Sagrada Familia ni sebenarnya merupakan sebuah gereja katolik yang direka cipta oleh seorang arkitek bernama Antoni Gaudi. Yang menariknya mengenai gereja raksasa ni ialah pembinaannya dimulakan pada tahun 1882 dan masih diteruskan proses pembinaannya sehingga hari ini. Mengikut perancangan, gereja ini akan siap 16 tahun lagi iaitu pada tahun 2026. Menarik kan?

Di taman belakang Sagrada Familia

Bahagian hadapan

Setelah hampir satu jam berada di situ, kami meneruskan pengembaraan menuju ke La Rambla pada pukul 10.40 pagi. Dengan bantuan TomTom dan peta bandar Barcelona, kami tidak menghadapi begitu banyak kesukaran untuk ke sana. Tumbuh-tumbuhan di sekitar Barcelona, menyebabkan bandar itu kelihatan tersangat-sangat cantik. Kalau tak silap aq, Spain ni ade skit2 iklim mediterranian. Kami akhirnya meletakkan kereta berhampiran dengan port, dengan kata lain berdekatan dengan laut.

La Rambla merupakan sebuah jalan yang amat popular di Barcelona. Permulaan La Rambla ini ialah Placa de Catalunya sehinggalah ke pelabuhan, tetapi kami pula bergerak bertentangan iaitu bermula daripada port. Memang ramai orang di la Rambla ni. Persembahan jalanan yang sangat banyak sememangnya menarik perhatian kami. Setelah hampir sejam berjalan, kami singgah sebentar di sebuah kedai utk makan tengah hari. Selesai sahaja makan, kami meneruskan perjalanan hinggalah sampai di Placa de Catalunya.

Aksi2 terbang di pelabuhan

Aq dengan arip xleh nak terbang di hadapan la rambla

Antara persembahan jalanan yg menarik perhatian. Tu org betul tu

Aiman bersama org patung yg sgt mantap

Orang terapung. Kalo ikut teori, org ni hanya masuk dlm sarung baju besi yg melekat pada tongkat tu. Entahla.

Jom merempit!!

Pasar berdekatan. Beli buah cerry yg sangat besaq dan sedap

Sekitar pelabuhan


Perjalanan diteruskan untuk kami pulang semula ke pelabuhan di situ. Melalui jalan2 bandar Barcelona, mencari museum2 yang terkenal dan akhirnya kami sampai semula di kawasan pelabuhan. Masa yang ade, kami gunakan untuk bersiar-siar di sekitar pelabuhan dan juga menunaikan solat zuhur-asar. Mengikut perancangan, kami sepatutnya berada di situ hanya smpai jam 3 petang. tapi 3.30 petang baru kami dapat bertolak menuju ke satu lagi lokasi penting di Barcelona iaitu Parc guell.

Parc Guell, yang berkeluasan hampir 20 hektar ni sekali lagi adelah hasil rekaan Antoni Gaudi. Kali ini, beliau telah diupah oleh Count Eusabi Guell dan taman ini siap dibina pada tahun 1914. Sangat cantik, unik dan tak tahula nak kata ape lagi. Memang taman ni cukup menenangkan ditambah dengan kedudukannya di atas bukit. Senibina die memang pelik sikit, aq pun x tau mana dieorg dapat idea macam ni.

Di bahagian pintu masuk parc guell

Aq sendiri tak paham senibina die ni

Di bahagian atas

Corak bewarna-warni biawak ni agak terkenal di Spain. Memang banyak cenderamata diorg macam biawak tu.

Dalam jam 5.30 petang, kami sudah berniat utk pulang. Sekali lagi jumpa rombonagn zul, tp syapiq takde. Perjalanan yang bakal kami lalui selepas ini teramatlah jauh iaitu selama 6 jam. Kali ni, aku menggantikan arip untuk 3 jam yang pertama. Maghrib yang masuk sekitar 5.45 petang menyebabkan perjalanan yang kami lalui adelah sepenuhnya pada waktu malam. Aku yang masih kurang biasa dengan kereta dan sistem jalan di situ, hanya memandu dengan kelajuan yang rendah. Selepas isi minyak, arip pulak bawak kereta Citroen tersebut menuju ke Madrid. Berbeza dengan aku yg memandu sekitar 110 km/jam, arip kelihatan lebih berani kerana memandu kereta di lebuhraya dengan kelajuan mencecah 150 km/jam.

Akhirnya jam 1.30 pagi, kami selamat sampai di Hostel Madrid. Keadaan hujan renyai2 menyukarkan sedikit perjalanan kami terutamanya nak cari kedai utk makan malam tu. Hostel plak tersangatlah mahal sebab kami tmbah 2 org lagi. Selepas makan dan solat, kami semua mula tidur sekitar 4 pagi...

bersambung.......