Tuesday, 14 December 2010

Carta video syuib0809 minggu ni

Bismillah..

Saat universiti lain sudah mula bercuti, kami di Leicester masih menghabiskan minggu terakhir kami ke kelas2 dan assignment yg melimpah ruah. Ahad ni, aku akan bertolak ke Spain. Jadi minggu ni banyak gak urusan sebagai persediaan untuk ke sana nanti. Alhamdulillah, penempatan dah tempah, kereta sewa pun dah booking, jadual perjalanan pun hampir lengkap, tinggal menanti ketentuan Allah sahaja. Ape2 boleh berlaku di saat2 akhir nnt. Dengan keadaan cuaca yg tidak menentu, memang bile2 masa flight boleh terhenti dan sebagainya.

Minggu ni, arip melbourne akan datang ziarah rumah aku. JAdi mungkin nnt aku akan cerita pasal die di blog ni. Hmm, untuk carta video minggu ni(tetibe gatal nak wat carta), aku teringin nak kongsikan beberapa video yang kerap kali aku bukak terutamanya sepanjang minggu ni. Ketiga2 lagu ni sangat sedap dan dinyanyikan oleh nadamurni. Dan juga baru tahun ni diupload di youtube. Dengan ini, mempersembahkan video nasyid tempat ke-3:



Lagu ni sedap, tapi dapat tempat ketiga sebab menyebabkan kepala orang bergoyang bila mendengarnya. Jadi, kurang penghayatan. Hehe.. menariknya starting lagu ni mengambil melodi lagu "Di Pondok Kecil". Sekarang, mari lihat pula video yang meraih tempat ke-2 untuk minggu ni:



Lagu ni memang sangat sedap. Dan aku mati2 ingat raihan yang mula2 nyanyi lagu ni. Beza lagu ni yang menyebabkan ia sungguh menarik adelah kerana lagu ni sangat "bersih" dari peralatan muzik yang merepek-repek. Dan kat video ni gak jelas kelihatan beberapa ahli kumpulan Hijjaz dan Rabbani. Tapi, lagu ni dapat tempat kedua sebab aku tak paham lansung ape yang cuba disampaikan. Tula Izuan, lain kali belajar la bahasa arab betul2. Ish3x. Tanpa membuang masa, video yang mendapat tempat pertama di hati pemilik blog syuib0809 jatuh kepada:



Lagu ni lagu yang sering aku nyanyi waktu kecik2 dulu. Dulu, aku ingat lagi, Hijjaz yang nyanyi lagu ni. Kenapa lagu ni dapat tempat pertama? Suara lelaki tu tersangat2 merdu dan betul2 membawa mesej dalam nasyid yang disampaikan. Lihat kembali kepada lirik lagu die, memang kite patut sedar tiada lansung amal ibadah yang dapat kite banggakan depan Allah nanti. Dan perlu kite ingat, kite memang tidak mampu masuk syurga dengan hanya amal ibadah kite.

Kadang2 memang ada dalam hati kita "Aku ni banyak puasa, banyak qiam, banyak sedeqah, mesti leh masuk syurga punye" Akhirnya kite selesa dengan amal kita.

"Aku dah solat kire ok la, drpd orang len yang tak sembahyang lansung lagila teruk" Akhirnya, kite tidak lansung berusaha untuk solat jemaah.

Lagu ni semakin menyentuh hati bila ustaz tu ulang "tiada amal ibadah, yang sempurna bererti, kalau tiada syafaat, sengsara akhir nanti"..

Hmmm, mungkin kita dah solat, dah puasa, dah qiam, dah sedeqah, dah berdakwah, dah wat semua solat sunat, dah wat haji, dah baca quran, tapi benarkah semuanya sempurna? benarkah ianya betul2 bererti? Benarkah ianya sudah cukup untuk diterima Allah?

Ya Allah, maafkan kami Ya Allah.

Sekian dari syuib0809.

1 comment:

  1. Kalau abg Izuan minat dgn kumpulan nasyid Nadamurni, sy lebih menggemari kumpulan The Zikr.

    Antara lagu nasyid oleh The Zikr yg sgt menginsafkan ialah 'Antara 2 Cinta'. Di samping liriknya yg menginsafkan, nasyid ini juga mengingatkan sy ke zaman indah sewaktu 'muda2' dulu (skrg pun muda lg LOL). Kalau boleh rasa mcm nak kembali ke zaman tu.

    Lagu lain yg sgt menginsafkan ialah 'Dunia Baru Islam' juga oleh The Zikr (http://www.youtube.com/watch?v=RZymwAykpRo). Mendengar nasyid ini menjadikan sy sgt bersemangat.

    Selain lagu2 nasyid, kehidupan zaman muda sy juga dipengaruhi oleh rakan2 sebaya yg meminati lagu2 rock Melayu. Tak hairanlah kalau sy juga masa zaman 'jahiliyyah' dulu adalah peminat setia kump Search, Wings, Lefthanded, May, Damasutra, Medicine, Laksamana, Mega, Olan, Fotograf, Putra, Bloodshed, BumiputraRockers, Hattan, Rahmat, Rahim Maarof dan banyak lagi. Tak perlulah sy kongsikan link lagu2 dr kump2 tu di sini.

    ReplyDelete