Bismillah..
Minggu ni, sewaktu bertapa di library, aku selalu ditemani lagu2 daripada sebuah playlist di youtube. Bagi sapa yg nak tengok, mungkin boleh search nasyidbest2, dan kemudian akan keluarla playlistnya. Dari situlah juga aku jumpe lagu aq hanya Umar. Dan banyak gak lagu2 nasyid yg sedap ade di situ. Dalam banyak-banyak lagu itu juga, terdapat beberapa lagu nadamurni yang tersangat2 la sedap. Aku sebelum ni memang tak begitu mengenali lagu2 nadamurni dan menganggap ianya hanya kumpulan underdog semata-mata.
Tetapi tetibe aku begitu teruja mendengar lagu2 nadamurni ni terutamanya lagu selamat tinggal ibuku, ibu mithali dan macam-macam lagi. Dan penyanyi yang ade dalam nadamurni ni bukan calang-calang orang. Pendek kata mereka ini adelah gabungan Rabbani dan juga Hijjaz. Dan pada yang tahu, nadamurni juga merupakan milik al-arqam, jemaah yang diharamkan di Malaysia. Sebelum ni, aku hanya dengar beberapa khabar angin mengenai mereka, tanpa sedikit pun cuba meneliti. Akhirnya, aku pun membaca buku ni:
Aku bukan seorang yang minat untuk membaca buku terutamanya berbentuk fakta yang dipointkan. Kebanyakan buku yang aku baca mesti, tak habis atau tergendala. Tetapi buku yang aku baru dapat semalam ni, benar2 menyebabkan aku mahu habiskannya. Sangat menarik!! Buku ni ditulis sendiri oleh bekas Penasihat undang-undang Al-Arqam iaitu mr Zabidi. Bila baca buku ni, memang PERGH!! sungguh apa yang diceritakannya. Dan jangan risau, buku ni tak sesat.
Al-Arqam, antara kumpulan Islam yang tersangat-sangatlah hebat. Ekonomi Al-Arqam boleh dikatakan tersangatlah dahsyat. Al-Arqam ade produk makanan seperti sos, kicap, mee, kordial dan macam2 lagi ala-ala HPA. dan barangan mereka terkenal di luar negara juga. Tak cukup dengan itu, Al-Arqam mempunyai Hospital sendiri, Ladang dan sekolah2 milik Al-Arqam. Tak cukup dengan itu, di saat Malaysia ketika itu masih belum benar-benar maju, orang Al-Arqam sudah mempunyai telefon bimbit dan alatan rakaman utk TV dan studionya sendiri. Lebih menarik, Al-Arqam juga mempunyai bas dua tingkat milik mereka sendiri pada zaman 90-an itu.
Tapi yang paling aku seronok, bila tengok kehidupan mereka di perkampungan2 Al-Arqam. Boleh dikatakan, memang suasana sebegitu yang kita semua ingin-inginkan. Kanak-kanak sibuk mengaji Al-Quran. Pelajar2 mahupun guru2, Nurse, Doktor2, pembuat roti canai, semuanya berserban dan bertudung serta berniqab. Suasana yang sangat permai dengan kehidupan Islam yang sangat hebat. Generasi awal Al-Arqam tidaklah sebegitu taksub seperti generasi seterusnya. Generasi yang lahir dari anak-anak orang Al-Arqam lebih dahsyat kerana mereka akan bertadika di tadika al-Arqam, bersekolah di situ, makan dari produk al-Arqam, kicap al-Arqam, mandi dengan sabun Al-Arqam, sikat rambut dengan minyak rambut Al-Arqam, mendengar nasyid dari kumpulan nadamurni milik al-Arqam hinggakan hampir segala-galanya mesti berkaitan dengan Al-Arqam.
Hubungan antarabangsa mereka juga sangat hebat hinggakan mereka begitu dikenali di negara2 luar seperti jordan, China, Filipina dan Thailand. Melihatkan kehebatan mereka sebagai kumpulan Islam yang disegani menyebabkan aku tertanya2, mengapa mereka ini diharamkan? Aku pernah dengar diorang ni sesat sebab menganggap Abuya tu nabi. Aku pelik, takkan orang bijak pandai boleh percaya cakap Abuya ni. Tapi memang pengikut2 abuya bukan calang-calang orang. Orang bijak pandai dan petah sungguh berbahasa Inggeris. Kehebatan mereka menyebabkan orang luar pun ceria pasal mereka.
Tapi sayang, mereka ini tersangat-sangatlah sesat. Sangat sedih bila kumpulan Islam yang begitu kuat ekonominya ini, rupe-rupenye sesat. Antara kesesatan yang paling dahsyat ialah, ABUYA ini kononnya boleh berdialog dengan Rasulullah S.A.W. Bayangkan selepas dikenakan ISA, Abuya ni boleh menipu, berlakon yang kononnya die dah bertaubat. Dahsyat sungguh rasanya. Tak tahula nak cakap ape, tapi bayangkan perkampungan Al-Arqam ketika itu sudah mencapai 44 perkampungan di seluruh Malaysia. Ade lagi kesesatan mereka, tapi x larat nak cerita. Bacalah sendiri buku ni, memang GeMPAQS!!..
Dalam cerita ni gak ade selitkan tentg nazrey Raihan yang berkerja di kedai roti canai waktu tu. Rupenye, banyak gak lagu nadamurni yang dihidupkan balik oleh raihan..
Dan hati-hati, ade gak lagu nadamurni yang mengagungkan Abuya..
Sekian..
Salam,
ReplyDeleteJemaah Darul-Arqam antara jemaah yg pandai cari duit. Mrk dulu mempunyai kewangan yg sgt kukuh. Skrg pun Al-Arqam masih menjalankan aktiviti perniagaan tp menggunakan nama lain.
Selain tu, kumpulan Al-Arqam juga banyak melahirkan kumpulan2 nasyid spt Nadamurni dan The Zikr. Tp saya lebih suka lagu2 The Zikr sbb nadanya lebih menenangkan dan senikata banyak yg menginsafkan. Antara lagu yg saya suka dulu ialah "Isteri Cerdik yg Solehah" http://www.youtube.com/watch?v=dqxuyBYWmqs. Lagu ni bagus utk org2 yg sedang cari isteri (xtermasuk saya).