Thursday, 30 December 2010

Diari Sepanyol: Cordoba bahagian l

Bismillah

22 disember 2010
Pagi tu, angin bertiap kuat, menyebabkan "Alhambra" terasa begitu sejuk sekali. Aku yang keletihan, menguatkan diri untuk bangun dan mengambil wuduk bagi menunaikan solat subuh. Matahari masih belum betul2 timbul walaupun jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Selepas semua solat, arip mengambil kembali tugas driver utk pusing2 di "Alhambra". Tulisan besar yang tertera di lereng bukit menyebabkan kami tidak lansung menyangka bahawa itu bukanlah alhambra yang kami cari. Sewaktu Fadzil bertanya dengan seorang rakyat tempatan, kami dimaklumkan bahawa kota Alhambra Granada ternyata amat jauh lagi dari situ. Dengan rasa hampa, kereta citroen kami terus bergerak menuju ke Alhambra yang sebenar.

Keletihan yg amat sangat menyebabkan aku tidur di tempat duduk belakang dengan nyenyaknya. Adelah sekali aku tersedar sewaktu melalui kawasan bukit-bukau yg sangat cantik sekali. Selebihnya, memang aku tidak sedarkan diri lansung. Sampai2, kelihatan dari jauh sebuah kota yang bewarna oren. Dalam hati aku menyangka "Owh, nila Alhambra".. Rupe2nye, tu bukan Alhambra, tetapi kota Cordoba yang pernah menjadi bukti kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.

Jambatan yang menghubungkan cordoba lama dan pekan cordoba baru.

Kota keoren-orenan. Apela punye bahasa

Islam telah memerintah Andalusia(sebahagian daripada sepanyol) lebih kurang 800 tahun. Bagi manusia yang berfikiran waras, 800 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek. Malaysia yang baru merdeka tak smpai beberapa tahun pun dah macam2 berubah, apetah lagi Andalusia ini. Teringat waktu belajar pendidikan Islam dan sejarah dulu, nama cordova sering kali disebut2 sebagai pusat kegemilangan ilmu dan kota yang sungguh istimewa bagi orang Islam. Ketika itu, aku tidak menyangka lansung ianya terletak di sepanyol, yang seolah2 tiada lansung kaitan dengan Islam hari ini. Adekah sepanyol masuk OIC?

Pagi tu, kami berjalan2 di sekitar cordoba. Cordoba, yang pernah menjadi pusat kepada empayar Islam di barat juga, memiliki tanah yang subur. Di sekeliling kota lama cordoba itu, pokok limau dan zaitun hidup subur dan ditanam dimana-mana sahaja. Bagi sape2 yang ke Andalusia, memang akan berjumpe pokok2 limau yang sangat banyak seolah2 mcm kebun limau plak. Tempat pertama yg kami jumpe ialah Mezquita-Cathedral yang teramat-amat besar. Tapi tak masuk sebab bayarannya 8 euro sedangkan kami jarang dengar pasal bende ni.

Di kawasan taman Mezquita-Cathedral tu

Nampak pokok2 oren tu. Dah la banyak gile buah die

Antara kawasan2 cantik di cordoba

Orang terbang. Takde kerje korg ni ye

Gereja orang yahudi, aku pun dah lupe ape nama die. Sewaktu pemerintahan Islam, penduduk 3 buah agama Andalusia iaitu Islam, Kristian dan yahudi hidup dalam aman damai walaupun ade juga usaha utk menjatuhkan Islam ketika itu.

Selepas pusing2 di sekitar cordoba, kami singgah sebentar di kedai souviner. Waktu tengok2 souviner tu, kelihatan postcard2 yang menunjukkan bahagian dalam Mezquita-Cathedral tu. Macam gambar yg kami tengok dalam internet je, tapi x sangka plak kat situ. Akhirnya, kami mengambil keputusan utk masuk juga ke masjid-gereja itu. Mezquito-Cathedral adelah sebuah masjid agung di bumi andalusia suatu masa dahulu. Ianya dibina oleh Abdul Rahman 1 pada tahun 785. Selepas kejatuhan cordaba ke atas tangan kristian, masjid ini bertukar menjadi gereja dan bahagian tengahnya dimusnahkan utk pembinaan gereja. Malah, menara loceng torre del aminar juga didirikan di atas tapak asal menara azan masjid ini yg dimusnahkan.

Sewaktu masuk tempat ni, kami dah diberi amaran awal2 supaya tidak bersembahyang di dalam bangunan ini. Perkataan "bodoh" seringkali keluar daripada mulut aku kerana tak dapat menahan kesabaran melihat patung2 kristian, salib2 dan semua bende merepek tu diletakkan di dalam masjid besar tu. Geram teramat sangat tengok diorg hapuskan kesan peninggalan islam di situ. Yang tinggal hanyalah bahagian depan masjid. Kelihatan ukiran dan senibina yang cukup membanggakan bagi umat Islam.

Bahagian depan, tempat imam

Seni bina yang mengasyikkan

Gerbang2 jasper merah putih yang sangat-sangat cantik

Pernah aku terbaca satu kajian, banyaknya gerbang bulat2 merah putih tu bukan utk suka-suka. Ianya direka mempunyai kaitan dengan penyebaran gelombang bunyi supaya suara imam di depan dapat didengari di seluruh masjid tu. Dulu mana ade microfon.

Selesai mengelilingi Mezquita tu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Medina Azzahra..

Bersambung....

No comments:

Post a Comment