Thursday, 9 December 2010

Ku bimbangi, dialah diriku..

Bismillah

Akhir-akhir ni, aku sangat minat dengar sebuah lagu ni. Tak tahulah kenapa aku boleh tak tahu lansung tentang lagu ni sebelum ni. Jadi, untuk sesi Video Minggu Ini, mari kite sama-sama melihat, mendengar dan menghayati lagu yang bertajuk "Aku Hanya Umar":



Umar, antara sahabat nabi yang sangat Hebat. Dan memang boleh dikatakan, Umar seorang sahabat yang sangat special. Mana tidaknya, nabi sendiri pernah berdoa kepada Allah semoga dikuatkan Islam ini dengan Umar atau Abu Jahal. Tetapi ternyata Umar dipilih oleh Allah dan dimuliakan hanya kerana Islam. Teringin sungguh nak lihat pemimpin seperti Umar ini. Tegas tetapi berhati lembut. Bukan macam kita, yang selalu saja marah tak bertempat. Untuk hari ni, mari kita baca sedikit cerita mengenai MARAH.. Dan mengambil semangat dari Izwan Senior yang sedang berurusan dengan orang gila sekarang. hehe

BAGAI BERCAKAP DENGAN ORANG GILA..(diambil dari blog Laksamana Bentan)

Pada masa yang tidak berapa lama dulu, seorang pembesar negara yang sangat mengambil berat tentang masyarakat sekelilingnya, melawat sebuah hospital sakit jiwa….

Penghuni - penghuni hospital sakit jiwa itu, memiliki berbagai-bagai jenis penyakit gila.

Ada yang bercakap dengan dinding, ada yang tersengih-sengih seorang diri, ada yang menangis sambil mendukung bantal, ada yang dalam ketakutan melihat apa sahaja di sekelilingnya dan macam-macam lagi.

Setiap orang gila ini, telah dilawati pembesar negara yang begitu baik hati. Dan kepada setiap pada mereka, dia telah duduk berbual, walau pun kebanyakannya tidak menghiraukan kehadirannya jauh sekali untuk menjawab sebarang pertanyaan dari pembesar itu.

Hinggalah sampai kepada seorang pesakit jiwa yang berada di hujung bilik itu, yang kelihatan sedang mengail di dalam sebuah baldi besar. Dari jauh, pembesar ini mulai terasa, mungkin lelaki gila itu mahu berbual dengannya. Lalu, pembesar itu mendekatinya dan menegur…


“Tengah buat apa tu, asyik saja nampaknya?”

“Tak nampak ke apa saya buat?” lelaki gila menjawab.

“Nampak…awak sedang mengail, kan?”

“Huh!!…dah tahu, tanya pulak!” dengus lelaki gila tu.

Pembesar itu tersenyum , memahami akan lelaki yang sakit jiwa itu. Kemudian dia bertanya lagi,

“Tapi, awak mengail apa?”

“….mengail ikan la, awak nak saya kail beruk ke kat dalam baldi ni?”

“Hehe…tak lah, cuma…ada ke ikan dalam baldi tu?”

“Ehh?!!…AWAK GILA KE? MANA ADA IKAN!!”

Naaahhh :D …pembesar itu pula yang dikatakan gila. Jadi, moral cerita ini…tidak ada gunanya jika kita bercakap dengan orang gila, kita pula yang jadi gila, hahaha!!

Begitu juga, di dalam perhubungan kita bersama rakan-rakan. Kalau rakan kita tengah ‘GILA’ tu… , tengah marah ke, panas ke…ada lebih baik kita mendiamkan diri, menjauhkan diri…biarkan dia. Biarkan sehingga dia sejuk atau reda amarah dia…

Kerana, “Bagai bercakap dengan orang gila… tiada apa pun yang memberi makna!”

Sekian dari syuib0809..

6 comments:

  1. Salam,
    Harini sy dah tepu baca banyak sgt buku, blog dan paper. Eloklah kalau dpt release sikit tension dgn mengkomen abg Izuan punya entry.

    Lawak betulla kisah pemerintah dgn org gila tu. Pandai Laksamana Bentan karang cerita. Sy LOL tak henti2.

    Membaca cerita di atas mengingatkan saya pada zaman kanak2 (tingkatan 1-4)ketika saya bekerja di sebuah restoran. Ada dua org gila yg selalu dtg ke restoran tempat sy bekerja. Dua2 berbangsa C. Yg pertama mukanya agak hensem (tapi gigi rongak), berusia awal 40-an, agak educated dan mahir berbahasa English. Dia ke restoran dgn menaiki basikal. Pakaiannya agak lusuh dan compang-camping tapi menutup bhg2 yg perlu ditutup dan rambutnya agak tidak terurus. Dia agak peramah, mudah tersenyum dan kdg2 xnampak mcm gila sbb boleh menjawab soalan2 sy seolah2 dia waras. Menyedari tujuannya dtg ke restoran utk mkn (tp xde duit) kadang2 saya hulurkan sedikit makanan scr percuma kpd dia kalau bos xnampak/xde. Kalau bos ada, xdpt lah dia mkn apa2. Dari gaya dia makan, nampaknya spt dah lama xdpt makanan. Xtahu apa nasib dia skrg. Seorg lg org gila kelihatan agak brutal, tp kadang2 sgt lawak. Rakan sekerja sy selalu mempergunakannya utk mengangkat barang2 yg berat dan kdg2 disuruh mencarut (dgn nada sengau). Masih jelas di ingatan saya kekdah dia mencarut. Sesekali kwn saya menyeksanya dgn menyuruh dia berjalan atas bara api (yg digunakan utk memasak nasi beriyani) untuk menguji kekebalan tapak kakinya yg tebal dan keras sbb xpakai selipar. Sungguhpun tapak kakinya tebal, kadang2 ada riak2 kesakitan pada wajahnya kerana panasnya bara api tu. Itu semua sanggup dilakukan demi mendapatkan sekeping roti canai dan secawan teh. Dia pun sy xtau apa nasibnya skrg. Walaupun kejadian ini dah agak lama, tapi sy masih ingat muka kedua2nya dengan jelas sbb hampir tiap hari jumpa mrk. kadang2 sy pelik, knp mrk tidak 'ditangkap' dan dimasukkan ke dalam pusat pemulihan/hospital sakit jiwa spt dalam kisah di atas. Sekurang2nya makan pakai mereka terbela dan terjaga. Mereka juga tidak akan dipermain2kan oleh manusia yg bersifat sadistik spt kawan saya. So, apakah moral cerita ini? Moralnya, walaupun mrk gila, tapi mereka masih ada perasaan yg harus kita hormati. Mereka sama mcm kita yg kadang2 lapar dan perlukan makanan. Mereka ada deria sakit dan berasa sakit sebagaimana kita rasa sakit. Mereka tahu menggunakan kelebihan diri utk mendapatkan sesuap makanan sebagaimana kita mampu bekerja untuk mencari rezeki. Kalaulah ditakdirkan sy jumpa mrk sekali lg, akan saya usahakan supaya mereka diberikan tempat tinggal oleh pihak berwajib. SOB SOB.

    Maaf abg Izuan, agak panjang kali ini. 20 minit jugak masa saya habis utk karang benda ni. Semoga kita dan pewaris kita dikurniakan Allah dgn akal yg sempurna dan dielakkan daripada penyakit gila. Amin.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah duk dengan sebelah perempuan yang gila dalam bas. Rasenye waktu tingkatan dua. Tak taula macamne saya leh jadi gile gak. Ada ke patut saya g layan pempuan gile tu nyanyi2. haha

    Akhirnya kawan kata "ko ada bakat kawan dengan orang gila dowh".

    Manusia jadi gila kerana tidak benar2 pasti apekah tujuan hidup sebenar mereka.

    ReplyDelete
  3. salam wbt

    masyaAllah Lorenz ni. mmg betoi2 release tensi pada blog abang Izuan nampak gayanya. Lorenz ka amoi yang minat abang Izuan itu? di semua post ada nama Lorenz dan Richardson ni. Izuan ada secret admirer ni...

    Encik Izuan leicester, saya ada persoalan sikit, harap anta dapat huraikan sedikit kekusutan ini. adakah kita perlu berdepan dgn orang yg slalu suka marah ini, padahal bukan kita yg buat dia marah. berhak kita rasa geram dan marah balik sbb dilayan seolah2 kita yg bersalah pd dia. soalan pelik, hrp saudara izuan boleh phm.

    lorenz/richardson boleh jawabkan kalo rasa boleh release tensi ye

    ReplyDelete
  4. Erk, hebatnya soalan.

    Rasa geram memangla akan kite rasa bila org mcm ni wat seolah-olah kite yg bersalah. Tapi jangan la kite pergi naikkan lg api kemarahannya. Dan kalo kite kene marah, perlu ade kefahaman dlm akal kite bahawa mereka ni memg tgh x sedar ape yg mereka sedang marahkan pada kite.

    Jgn kerana kite kene marah, kite berdendam plak dgn due. Last2 hubungan jd tegang.

    Wahai gypsum, ana pun nk nanye, adekah ana kenal enta?

    ReplyDelete
  5. Gypsum selangor, sy rasa antara pendekatan terbaik ialah senyap dan jauhkan diri bila kwn2 tgh 'gila', walaupon bukan kita yg buat dia jd mcm tu. Mmg kita ada hak utk bertindakbalas, tapi itu akan lebih mengeruhkan lg suasana. Biarlah kita yg mengalah supaya persahabatan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Xde maknanya kalau kita lawan balik dan berasa puas hati, tapi dlm hati masing2 ada perasaan dendam kesumat yg mungkin disimpan sampai mati. Ingat, kalau kita lawan balik, masing2 akan xkan bercakap secara normal dan tenang, tapi marah2, tengking2 dan mungkin maki2. Pendekatan alternatif ialah, kita approach dia secara baik, bkn dgn konfrontasi. Gunakan ayat2 power yg boleh menyejukkan hatinya. Contohnya kalau abg Izuan tgh marah/gile, boleh cakap mcm ni:

    (1). "Salam abg Izuan, kalau sy jadik abg, sy akan sabar. Jgn dilayan sgt dia (org yg buatkan abg Izuan marah) tu, abg pegilah amik wudhu' utk tenangkan hati dan buang perasaan marah. Lepas ni sy masakkan abg maggi. Abg nak berapa bungkus ek? 3 cukup?"

    (2). "Salam abg Izuan, orang beriman xleh marah2 mcm ni. Syaitan suka kalau kita marah2. Skrg ni syaitan tgh bergembira tgk kita marah2. Abg Izuan pegilah baca quran ya. Kalau perlu, hari ni sy gantikan giliran memasak abg Izuan"

    Gypsum selangor, sy xtensi, tp cuma berkongsi kisah silam sy supaya kita boleh jadikan iktibar. Jgn salah faham sy bukan amoi, tp sy melayu (sejati)dan seorang lelaki. Sy suka komen kat sini (dan juga di beberapa blog lain yg saya secara regular akan komen dan memberikan pendapat) sbb blog ni sgt santai dan kdg2 memerlukan pembaca memberikan komen supaya komunikasi penulis blog dan pembaca berjalan secara dua hala.

    ReplyDelete
  6. Respon Untuk taktik pertama..

    Dengan nada marah "Ape meggi-meggi? Tau tak maggi tu tak sihat? Saje la tu nak bagi mati awal!" Haha

    Taktik kedua..

    Sekali lagi dengan nada marah "Tau la korang tu beriman, tak payah la nak kerek2 plak depan aku. Ingat aku ni pemalas sangat ke nak masak hari ni hah? xde aku nak harap kat korang nye. Blah la" hahaha.

    Orang tengah panas memang toksah dilayan..

    Ala gypsum selangor, Lorenz ni lelaki la. Melepas..

    ReplyDelete