Setelah beberapa minggu belajar dan menyiasat topik "From Simple to Chaos", akhirnya kelas kami berakhir gak hari ni. Mungkin ramai yang tidak sedar, betapa pentingnya gambar sewaktu kite sedang belajar dan juga gambar kite bersama guru yang mengajar kite. Biar sedikit manapun gambar yang kita ada, pasti akan kita lihat kembali gambar tersebut suatu masa nanti, yang kita sendiri tidak mengetahui bila tarikh dan waktunya. Ketika itu, kita akan begitu merindui saat-saat ini. Inilah tarikhnya, 16 Disember 2010 bersamaan hari khamis jam 2.30 petang, aku sematkan gambar kenangan ahli kumpulan aku bersama Mr Alex Clark.
Dari kiri: Aku, syamil, ferd, farahin,ain,liya,zay,isha,fiza dan mr alex.
Tiada dalam gambar: Azizan dan David Tilby
Tiada dalam gambar: Azizan dan David Tilby
Mr Alex clark ni tersangat2 baik, x pernah lansung marah, malah orangnya memang lemah lembut sungguh. Menariknya kumpulan aku ni ialah semuanya melayu kecuali David Tilby yang tiada dalam gambar ni sebab tak berapa sihat. Hmm, mungkin ade sesetengah orang akan kata, x berkembang lansung korang ni belajar kat UK. Silakan mengkritik. Ada perkara yang mungkin orang lain x fahami dan kite juga berbeza dalam beberapa sudut pandangan. Tak mahu aku bicara bende ni dalam blog ni. Apepun, terima kasih kepada semua ahli kumpulan aku.
Hari ni masa agak tidak mengizinkan. Mungkin esok baru aku akan ceritakan mengenai kunjungan arip daud dan syahir ke leicester dari semalam hinggalah ke petang tadi.
Sekian dari syuib0809.
Ramainya dak2 perempuan kt kelas bg Izuan, 2:1. Kat IPT2 di Msia pun situasi yg sama berlaku. Semakin lama semakin besar perbezaannya. Kalau trend ni berterusan, satu hari nnt kt Msia lebih ramai profesional wanita berbanding lelaki. Sy xkata ia fenomena yg xbaik, tapi sy anggap ia sesuatu yg membimbangkan. Skrg pun dh nampak ramai profesional wanita kawin lewat sbb tiada pasangan yg sekufu/sekelulusan. Contoh terdekat saudara2 saya. Ini hanya dari satu sudut. Abg Izuan setuju x dgn saya?
ReplyDeleteselepas sekian lama. lorenz muncul semula.
ReplyDelete6 lawan 3. mana lili? tak datang kelas?
perempuan profesional tiada pasangan yang sekufu. maka laki-laki yang ada sekarang ini haruslah lebih hebat dari kaum wanita. encik Izuan kena belajar kuat la lepas ni ye? kawan2 lain juga.
Awat gypsum selangor asyik mention nama Lili. Minat dgn Lili ka? Lili xde kt kelas tu sbb hobi dia ponteng. lol. (BTW, Lili tu saper ya? Yg pastinya kat Notts xde Msian bernama Lili)
ReplyDeleteAbg Izuan, di samping profesional wanita kawin lambat akibat daripada fenomena di atas, kesan lain ialah ketidaksetaraan tahap pemikiran/mentality dalam kehidupan berumahtangga jika suami mempunyai pendidikan lebih rendah dari isteri. (Jika sebaliknya berlaku, itu cerita lain)
Kesetaraan mentality antara suami isteri adalah satu elemen penting untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Jika si suami berkelulusan SPM tapi isteri ada first class degree, sudah pasti kebarangkalian untuk mempunyai kesetaraan dlm pemikiran (berbeza dgn wehdatul fikr) adalah rendah. Betul, cinta boleh menjadi pengikat kasih, tapi cinta sukar untuk dikekalsuburkan dgn tiadanya kesetaraan pemikiran. Isteri yg selalu berfikiran kritis, advance dan high level susah nak keep up dgn suami yg berfikiran 'kekampungan' dan kdg2 kebudak2an.
Akhirnya jadilah si suami hamba kpd isteri, dayus bagai lembu dicucuk hidung. Segala keputusan, isteri yg buat. Suami dijadikan pak angguk dan pak turut. Naudzubillahi mindzalik.
Namun begitu, Islam adalah penyelesaian jika situasi spt ini berlaku. Suami isteri yg mengamalkan Islam dlm kehidupan rumahtangga mereka insyaAllah akan terus kekal bahagia walaupun isteri mempunyai taraf pendidikan lebih tinggi. Isteri yg faham Islam akan redha dgn suami yg lebih rendah pendidikannya. ISteri yg mempraktikkan Islam akan sentiasa sedar bahawa dia tdk harus membebankan suami dgn perkara2 yg di luar kemampuannya. Isteri yg mengamalkan Islam akan sentiasa menurunkan tahap pemikirannya ke tahap pemikiran suaminya demi sebuah persefahaman.
Tapi, berdasarkan kpd realiti hari ini, berapa ramai yg benar2 mengamalkan Islam sbg cara hidup. Xramai. So, kebarangkalian utk situasi di atas berlaku adalah tinggi. Semakin besar perbezaan bilangan profesional lelaki dan wanita di negara kita, semakin tinggi kebarangkalian situasi di atas akan berlaku. Kerajaan harus memikirkan bagaimana utk mengatasi ketidakseimbangan ini. Bukan maksud sy utk menafi atau mengurangkan tempat wanita di universiti, tapi memikirkan bagaimana utk menambah bilangan pelajar lelaki di sana. Kalau tidak, ramailah nnt lelaki profesional yg akan mengamalkan poligami semata2 utk cope with the scenario yg disebutkan td.
(Banyak lg nak citer, tp sy sibuk giler tahap dewataraya skang ni. Komen ni je dh curik masa sy 20 minit)
InsyaAllah abg Izuan seorang yg hebat dgn segulung degree dari luar negara, boleh mengemudikan rumahtangga dgn baik. Gypsum selangor ada minat sama abg Izuan kita(kalau anda seorg perempuan)? Kalau minat sy boleh jd org tengah dan boleh arrange satu sesi ta'aruf. Ala2 BM lebih kurang wakawakawaka. Lepas ni gypsum selangor boleh join J jugak.
PS. Abg Izuan boleh padam atau edit komen ni jika ia agak 'melampau'. Aiman xkisah.