Bismillah.
Sabtu(18 disember 2010)
Aku akhirnya selamat sampai di leeds hampir jam 9.30 malam. Sementara menunggu ketibaan Aiman dan Arip dari Manchester, aku berjalan-jalan sekitar Leeds melihat kehidupan manusia yang tidak lansung punyai matlamat dalam hidup. Selepas kedua-kedua rakan aku selamat smpai di stesyen keretapi Leeds, kami terus menuju ke rumah Fadzil yang sudahpun mnerima kunjungan chester terlebih dahulu. Hampir kul 12 malam kami sampai di rumah fadzil malam tu.
Ahad(19 disember 2010)
Selepas dijamu dengan roti parata, nasi goreng dan telur, kami bermain kad bersama-sama sebelum bertolak ke airport. Jam 10.45 pagi, selepas bersiap-siap, kami terus menaiki teksi menuju ke airport Leeds yang mengambil masa hampir 20 minit. Selepas check in, masing-masing bersedia untuk solat zuhur-asar sebelum menaiki pesawat ryanair menuju ke barcelona. Tetibe, ternampak rombongan Zul Newcastle yang turut disertai oleh Izwang junior. Rupe-rupenye, kami semua menaiki kapal terbang yg sama kecuali syafiq helmi yang naik dari London Stansead.
Perjalanan dari Leeds ke Barcelona mengambil masa hampir tiga jam setengah. Sepanjang perjalanan, aku hanya tidur sebab tak tahu nak buat apa. Kami sampai kul 4 petg waktu Spain dan terus mencari2 kereta sewa yang telahpun kami tempah dari UK lagi. Pergi ke pejabat ATESA dan kami dapat sebuah kereta citroen picasso yang sangat2 la gempaq. Canggih, besar dan cukup selesa untuk memuatkan kelima-lima ahli rombongan. Tanpa banyak membuang masa, kami terus menuju ke hostel di barcelona dgn berpandukan TomTom Iphone si Aiman. Di airport tu juga, kami berpisah dengan rombongan Zul dan rakan-rakannya.
Sebaik sahaja sampai di hostel tu, kami cuba mencari parking utk kereta kami, tapi x jumpe2 sbb penuh. Pusing punye pusing akhirnya kami sesat sebab TomTom tu buat hal. Punyela jauh kami sesat sampai masuk lebuh raya, siap kene bayar tol lagi tu. Selepas satu jam, barulah kami sampai di hostel tu balik hanya kerana tak jumpe tempat parking. Selepas check in jam 7.30 malam, kami meneruskan penerokaan di Barcelona dengan mengisi perut terlebih dahulu. Ade beberapa pilihan kedai halal, tapi kami akhirnya memilih kedai Al-Barakah yang terletak di tengah2 Bandar Barcelona. Mahal dan aku tak suka sangat makanan kat kedai ni. Aku makan daging masak kacang bendi, fadzil ambik mcm roti berisi ayam dan yang tiga org lagi ambik daging masak yogurt.
Seusai makan malam, kami menuju ke lokasi kurang penting iaitu stadium Barcelona. Ketika tu kul 11.30 malam. Sudah pastinya stadium tu dah tutup kan? kami hanya sempat bergambar di luar. Sewaktu menaiki kereta mengelilingi sekitar stadium tersebut, satu kejadian dahsyat berlaku di depan mata kami. Sedang pusing-pusing, kelihatan beberapa org wanita berada di tepi2 jalan. Tetibe, 2 perempuan kat situ bukak baju diorg betul-betul sewaktu kereta kami melintasi tempat mereka sedang berdiri. Semua yg dalam kereta tu terkejut monyet. Yela, memg kejutan budaya habisla.
Dari stadium tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Sagrada Familia. Ternyata, bandar Barcelona malam itu sudah lengang daripada kenderaan dan juga gelagat manusia. Konsep bandar yg tersusun menyebabkan perjalanan kami tidak menerima begitu byk masalah. Jam ketika itu sudah hampir kul 1 pagi ketika kami sampai di sagrada familia. Pemandangan bangunan tu cukup menyebabkan aq tergamam. Bangunan itu benar-benar kelihatan seperti raksasa. Oleh kerana kami akan kembali ke situ lagi esok, maka semua ahli rombongan mengambil keputusan untuk pulang melelapkan mata.. Maka, tamatlah kisah kami hari itu..
bersambung....
p/s: Gambar yang ade mencecah 3000 keping. Tak tau nak pilih mana satu. InshaAllah akan ade 14 post pasal sepanyol ni. Banyaknye...
No comments:
Post a Comment