Tuesday 23 October 2018

Design bersama Publisher

Bismillah.

Hari ini secara rasminya tamat sudah semester pertama bagi sesi 2018/2019. Masa yang sangat cepat berlalu, aku menutup semester ni tanpa sebarang gambar dengan student. Ada je diorang ajak bergambar, cuma aku berfirasat bahawa aku akan mengajar mereka kembali semester hadapan. Mungkin hanya berlaku perubahan kecil sahaja. Sekali bila dapat jadual sem depan, memang berubah 100% tanpa satu pun tutoran dan kuliah H6 yang aku akan pegang.

Peperiksaan pspm kali ini juga, aku jadi ketua pengawas. Digandingkan dengan pensyarah yang hampir sebaya dengan ayah sendiri, aku tak menyangka boleh pulak bersembang macam2 topik tanpa sikit pun membawang mengenai keburukan orang. Sebenarnya sepanjang study week, aku diberi amanah yang sangat banyak. Oleh kerana dah terlalu runsing, aku menyiapkan semuanya secepat yang mungkin supaya tak mengganggu tugas sebagai ketua pengawas. Ditakdirkan Allah, semuanya diselesaikan dengan baik dan aku kebosanan sebab dah takde kerja. Akibatnya, bermainlah dengan benda ni.

Publisher.

Aku tak pasti, masih adakah manusia yang duk design poster pakai microsoft publisher ni. Jujur, memang ketinggalan zaman. Oleh kerana aku masih setia dengan notebook bertingkapkan vista, maka menggunakan photoshop sudah tentu bukan pilihan yang baik. Malah aku, tidak punya apa-apa ilmu asas mengenai photoshop. Jadi hanya mengharapkan student saja untuk design guna photoshop, manakala aku sekadar pembekal idea. Cuma, tahun ini belum terjumpa lagi orang yang bersemangat mahu men"design". Natijahnya, banyak hasil mereka yang menggelengkan kepala.
Aduih... Malas2 izna pun belum lagi menamakan ini sebagai design. Pelik budak2 la ni.

Tugas-tugas sampingan. Mereject benda2 gini. Nak tak nak, orang yang "menasihat" perlu menjadi contoh terlebih dahulu. So, nak tak nak kena pandai buat, bukan pandai cakap je. Itulah daei.

Kelebihan publisher ini ialah dia sangat simple, tak banyak songeh macam photoshop. Mudah nak edit, delete dan tindih tanpa layer bagai. Ni beberapa hasil eksperimen akibat kebosanan beberapa minggu ni:

Cubaan pertama.

Cubaan kedua dengan bantuan Adila lajnah publisiti. Kalau time muscom dulu, lajnah ni mcm gabungan syumul(syubah multimedia) dan syurel(syubah public relation). Kritikan izna paling membina sekali "macam kad jemputan je cikgu..".. 

Banyak bahan, aku download dari pngtree. Memang hobi setiap hari mesti cari dan download. Cuma sebagai free user, sehari hanya boleh download dua sahaja. So stress gak kadang-kadang bila jumpa design lawa tapi kena tunggu esoknya baru boleh download.

Antara kesilapan awal2 aku berjinak dengan pngtree ialah selalu search pada ruangan background sahaja. Sebenarnya graphic design lebih senang nak guna dan fleksible

Cubaan kedua dengan background berbeza. Pakai gambar lama diorang yang guna utk board.

Suka hati je main tukar nama manusia. Antara benda yang boleh ditulis sebagai carian di pngtree ialah: vector, abstract design, origami, dan geometry. Nak bunga2 pun banyak.

Taktau lah ape yang pelik.


Kelemahan publisher ni ialah ketika nak save jadi gambar. Bila tukar JPEG, banyak tulisan yang tak menjadi, dan akan ada sebahagian gambar yang pecah tak sama macam diedit dalam publisher. kualiti gambar memang tak secantik photoshop. Dan masalah terbesar ialah tak boleh nak crop gambar dan transparent kan dia. So, terpaksa gak minta orang power photoshop untuk sunting dulu.

Warna warni. Terima kasih kepada makjat sebab tolong cropkan gambar ustaz ghani tu.

Buat eksperimen dengan guna teknik bayang kelabu



Menjadi penasihat lantikan sendiri ini, bukanlah perkara yang terlalu menghiburkan. Banyak masanya, ia memerlukan hati yang sangat besar dan mudah berlapang dada. Aku sejak dulunya, sangat kuat bereksperimen dan berkreativiti dengan benda baru yang diluar kotak orang muda mahupun tua. Cuma anak-anak ini, walaupun bertukar wajah setiap tahun, tetap punya pemikiran lama yang sama.

Latest

Mahu membawa mereka ke dimensi idea baru itu bukan mudah. Kerapkalinya, mereka lebih suka dengan kerja biasa2 yang senang sahaja. Kerana itu, kadangkala aku yang beriya2 ini lebih suka menasihati orang yang mahu sahaja. Yang mudah bosan dan meluat dengan nasihat, aku biarkan sahaja dengan memberhentikan nasihat. Kerana mereka orang2 biasa yang sehingga ke hujung hidupnya pun kekal menjadi orang biasa2 sahaja. Tiada apa yang istimewa untuk dibawa kepada Tuhan.

Dah, itu je nak cerita.

Sekian dari Syuib0809


Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu " Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang tidak mahu itu?" Nabi menjawab: "Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang menderhakaiku dialah orang yang enggan." (HR Bukhari No: 6737)

Saturday 13 October 2018

Trust dan truss

Bismillah.

Abu Bakar dan Umar, kedua-duanya ahli syurga. Malah dalam ranking orang2 beriman, mereka berdua terletak di tangga teratas sekali. Cuma jangan pelik, dua sahabat baik nabi ini pernah berselisih faham. Dan ketika ini, Abu bakar tidak menunggu lama utk memohon kemaafan, sedang umar pula dilewatkan memberi kemaafan. Seronoknya mereka, punya Rasulullah di sisi. Seperti mana apa yang pernah berlaku pada Bilal dan Abu Dzar, Rasulullah sentiasa berjaya menjadi jambatan agar yg berselisih itu, menyayangi semula hingga syahid dijalannya.

Ada 3 orang yang menarik perhatian aku

Aku tidak tahu kebodohan apa yang melanda anak-anak mudi ini. Macam mana kalian yang pernah menyayangi, boleh membenci seperti ini. Cukuplah. Percepatkan mohon maaf dan memaafkan. Aku bukan Nabi. Tidak takutkah kalian bertemu Tuhan dengan rasa benci itu.

Kepelikan melihat tempat yang pernah menjadi "syurga" bersama, menjadi "neraka" buat orang-orang yang ditinggalkan.

Trust.

Selain kesedihan, mereka-mereka yang pergi itu juga meninggalkan dana yang sangat besar untuk adik-adik di sini. Jumlah dana itu pernah mencecah belasan ribu ringgit. Sedangkan sebaik sahaja tamatnya memori yang lepas, mereka semua bermula dengan sifar. Dahsyat usaha mereka, walaupun hakikatnya adik-adik ini tidak punya sedikit pun pertalian darah dengan mereka. Eh, kecuali adik fatin.

Dana itu, peratusan besarnya aku simpan untuk kegunaan memori yang akan datang. Walaupun program MEMORI yang bakal berlansung punya dana yang agak baik dari kolej dan pusat islam, ia sudah menjadi kelaziman untuk anc mencari dana sendiri sejak zaman susahnya lagi.

Dana ini juga, aku diberi kepercayaan untuk menguruskannya. Dan jujur, aku sangat-sangat ketat dlm pembelanjaan tersebut. Nafsu anak-anak muda itu kerapkali aku cantas, kerana aku mahu peratus kecil dana berbaki itu digunakan untuk membeli aset yang boleh dimanfaatkan untuk generasi seterusnya.

Ketakutan menguruskan dana ini juga, menyebabkan aku selalu berjaga-jaga dengan isu "syubhah". Semua peralatan PA system dan lighting system yang aku belikan untuk kegunaan anc, berakhir dengan aku sendiri yang membiayainya. Sebabnya, kos penyelenggaraannya sangat besar dan aku berpendapat aku sendiri akan banyak menggunakannya untuk urusan selain anc. Dan aku memang minat benda-benda pelik ni. Oleh kerana anc belum punya aset besar yang lain daripada lain, aku akhirnya memilih sistem truss yang tidak punya kos penyelenggaraan yang besar. Eh, pernah dengar ke?

Sistem truss.

Aku berpendapat, orang-orang biasa tidak pernah tahu akan benda ni. Malah aku sendiri mula tahu ketika belajar berjinak-jinak dengan stage lighting januari tahun lepas. Selain digunakan untuk lighting, truss ini juga digunakan sebagai backdrop, hiasan, malah boleh digunakan sebagai binaan mudah alih yang bergantung pada kekreatifan pemiliknya.

Contoh lighting truss

Contoh hiasan backdrop


Sebelum-sebelum ni aku sudah pernah menggunakannya dalam beberapa program anc, cuma bilangannya yang sikit menyebabkan tidak banyak benda yang boleh ditonjolkan. Akibatnya ia dilihat sekadar besi biasa. Kerana itu aku menambah bilangannya.

Guna sebagai binaan letak piala. Yang bercahaya tu.aku jadi ajk pentas kejohanan bola baling 

Hiasan aiman banna

Tak sempat2 nak menulis pasal program aiman banna ni

Tahniah pada lajnah dakwah dan lajnah2 lain. Abaikan akak depan tu

Setakat hari ini, anc sudah punya 4 batang saiz 2 meter, 4 batang saiz 1.2m dan 2 saiz 1 meter. Walaupun 4 darinya memang milik aku, aku tak rasa aku nak bawak pi mana-mana dah benda ni. Azam 2 tahun akan datang, aku punya harapan agar anc boleh buat program berskala besar di pentas dataran kolej dengan hanya menggunakan sistem truss yang dimiliki mereka. Oleh kerana harga dia agak mahal, maka kenalah beli sikit-sikit. Menarik, majoritinya aku import dari china guna sgshop sebab kat Malaysia lagilah mahal. Huhu.

Sewaktu aku menulis post ini, aku sedang menunggu giliran ENT hospital bukit mertajam. Pukul 6 pagi dah bertolak naik motor. Naik kereta takut susah parking. Cuma sedihnya, tiada sebarang hasil. Doktor tak boleh teruskan bagi mengelak ralat data yang disebabkan oleh demam empunya badan. Time2 ni lah demam ni nak datang. Akibatnya, appointment dilanjutkan pada bulan 12 nanti. Punyalah lama.

Oh ni plak ceghite hari ni. Unplanned trip. Gila

Nak jumpa gambar aku makan dengan perempuan ni memang satu dalam seribu. Mohon jangan jeles.

Sekian dari Syuib0809

Tuesday 2 October 2018

MYC 2018: Wajah dan Nama

Bismillah.

Hujung minggu lepas, aku kembali meluangkan masa untuk program MYC. Kali terakhir adalah pada tahun 2015, sebaik sahaja aku mengambil keputusan untuk berhenti agar tugas itu boleh diserahkan pada junior. Namun sayang, dunia sudah masuk dalam hati-hati mereka. Hinggakan dua tahun tempoh berhibernasi itu, rupa-rupanya terbiar tanpa penglibatan alumni. Sanad junior-senior itu terputus, yang kemudiannya membenihkan seribu satu masalah akan usaha islam yang selalu dijaga rapi oleh generasi sebelum-sebelum ini.

Kerana itu, aku kembali dengan misi. Mahu menghidupkan kembali segalanya yang telah mati. Alhamdulillah, kembalinya aku tidak berseorangan. Jepah yang sudah lama menyepi juga berhajat membuat kemunculan kembali. Kerana itu, kami berdua menawarkan diri untuk merangka modul semperna MYC kali ini.

2009/2010. Waktu ni Jepah belum kawen lagi

2018. Aku maintain gemuk. Jepah dah takde rambut. Tapi memang ayah yang mithali. Pi mana2 gendong anak.



Saat aku mengadu melihat sedihnya keadaan alumi sekarang, Ustaz Malikie dengan lembutnya bertutur

"Biasalah duduk dalam dakwah ni... Ada masa turun, ada masanya naik..."

Tenang. Hebat sungguh jiwa murabbi ini

Modul Chopstick.

Aku dan jepah orang yang sangat berbeza. Aku kuat berjenaka sedang Jepah kerap serius2 sahaja. Aku minat seni dan hiburan, sedang dia sangat ketagih kepada buku. Ketika aku punya kemahiran dalam kerja-kerja teknikal, senior sebaya aku ini pula minat akan teknologi pengkomputeran. Kerana itu aku Syuib dan dia pula adalah Syumul. Namun kami berdua serasi. Kerana itu modul kali ini aku memegang aktiviti LDK dan riadah untuk melengkapkan semua pengisian(ceramah) yang diaturkan olehnya. Disebalik semua modul aku yang ceria dan gila-gila, aku kekal meraikan misi utama jepah agar peserta berazam menjadi lebih baik, mengajak orang menjadi lebih baik dan berusaha untuk menambah ilmu agama mereka.



MYC kali ini, aku hadir dengan idea LDK, riadah dan semua aktivti sampingan yang berasaskan chopstick. Kerana itu kemana-mana sahaja peserta pergi, pasti ada chopstick di tangan mereka. Bermula dari pembahagian kumpulan sehinggalah LDK kedua terakhir yang diberi nama Usramen(usrah+ramen). Motif aku lebih kepada merapatkan ukhwah sesama mereka dan membiarkan mereka berseronok dengan aktiviti2 agama yang kurang tipikal itu. Seronok, mereka terhibur.

Riverquiz guna chopstick

Tetibe. Apepun, peserta2 semua best dn sporting

My beloved naqib yang kembali beraksi. Sama je macam dulu. Sapa jawap dia bagi "kiss". Haha.


Tempat dan Fasi.

Tempat kem kali ini, aku sendiri yang mencarinya. Tempat ini punya sejarahnya yang unik. Ia adalah tempat ketika aku, caer menjadi peserta dan Firdaus Rahim adalah fasinya. Tempat aku menjadi pengarah modulnya, manakala hannan, adin, hasanah dan waida adalah pesertanya. Malah, aku dan jepah pernah menjadi urusetia program ditempat ini 8 tahun yang lalu. Bahasa mudahnya, inilah tempat pertama kami semua bertemu.

MLC2008

MYC2010. Waktu ni aku jemput arwah mas afzal

Peserta muslimatnya. Nnt kita tengok gambar diorg jadi fasi


Dan kini, semua manusia-manusia ini kembali menjadi fasi di tempat yang sama. Cuma tempatnya sudah berubah wajah dan nama. kalau dulu namanya kem desa selesa, tetapi sekarang namanya bernam nature hut. Bangunan lamanya sudah terbiar, dan dibina bangunan-bangunan baru yang lebih cantik. Pemandangan, beserta sungai semuanya memang sesuai dengan apa yang aku bayangkan. Kerana itu gambarnya banyak yang cantik.

Bila aku buat modul.



Kejayaan kali ini, kami berjaya mengumpulkan belasan fasilitator yang terdiri daripada alumni. Maka, suasana menjadi sangat meriah ditambah dengan kehadiran pasangan-pasangan mereka beserta cahaya mata. Hanya aku dan nurman yang bujang tang tang. Aku tidak pasti penerimaan peserta. Harap-harap mereka juga gembira.

Barisan fasilitator.

Susah betul nak tgkap gambar dengan daus.

Sebenarnya, aku ingin menulis lebih mengenai MYC kali ini. Tapi entah kenapa, sebaik sahaja pulang badan aku jadi lemah sungguh. Sedangkan tak demam apa-apa. Dan tiba2 kena cirit birit sedangkan last aku makan ialah kat rumah. Sabar jelah. Sangat banyak tugasan yang menanti. Tengoklah larat ke tak.huhu

MYC2018. Aku balik awal sebab nak kena singgah teluk intan jap. 


Semoga berjumpa lagi

Sekian dari Syuib0809