Hujung minggu lepas, aku kembali meluangkan masa untuk program MYC. Kali terakhir adalah pada tahun 2015, sebaik sahaja aku mengambil keputusan untuk berhenti agar tugas itu boleh diserahkan pada junior. Namun sayang, dunia sudah masuk dalam hati-hati mereka. Hinggakan dua tahun tempoh berhibernasi itu, rupa-rupanya terbiar tanpa penglibatan alumni. Sanad junior-senior itu terputus, yang kemudiannya membenihkan seribu satu masalah akan usaha islam yang selalu dijaga rapi oleh generasi sebelum-sebelum ini.
Kerana itu, aku kembali dengan misi. Mahu menghidupkan kembali segalanya yang telah mati. Alhamdulillah, kembalinya aku tidak berseorangan. Jepah yang sudah lama menyepi juga berhajat membuat kemunculan kembali. Kerana itu, kami berdua menawarkan diri untuk merangka modul semperna MYC kali ini.
2009/2010. Waktu ni Jepah belum kawen lagi
2018. Aku maintain gemuk. Jepah dah takde rambut. Tapi memang ayah yang mithali. Pi mana2 gendong anak.
Saat aku mengadu melihat sedihnya keadaan alumi sekarang, Ustaz Malikie dengan lembutnya bertutur
"Biasalah duduk dalam dakwah ni... Ada masa turun, ada masanya naik..."
Tenang. Hebat sungguh jiwa murabbi ini
Modul Chopstick.
Aku dan jepah orang yang sangat berbeza. Aku kuat berjenaka sedang Jepah kerap serius2 sahaja. Aku minat seni dan hiburan, sedang dia sangat ketagih kepada buku. Ketika aku punya kemahiran dalam kerja-kerja teknikal, senior sebaya aku ini pula minat akan teknologi pengkomputeran. Kerana itu aku Syuib dan dia pula adalah Syumul. Namun kami berdua serasi. Kerana itu modul kali ini aku memegang aktiviti LDK dan riadah untuk melengkapkan semua pengisian(ceramah) yang diaturkan olehnya. Disebalik semua modul aku yang ceria dan gila-gila, aku kekal meraikan misi utama jepah agar peserta berazam menjadi lebih baik, mengajak orang menjadi lebih baik dan berusaha untuk menambah ilmu agama mereka.
MYC kali ini, aku hadir dengan idea LDK, riadah dan semua aktivti sampingan yang berasaskan chopstick. Kerana itu kemana-mana sahaja peserta pergi, pasti ada chopstick di tangan mereka. Bermula dari pembahagian kumpulan sehinggalah LDK kedua terakhir yang diberi nama Usramen(usrah+ramen). Motif aku lebih kepada merapatkan ukhwah sesama mereka dan membiarkan mereka berseronok dengan aktiviti2 agama yang kurang tipikal itu. Seronok, mereka terhibur.
Riverquiz guna chopstick
Tetibe. Apepun, peserta2 semua best dn sporting
My beloved naqib yang kembali beraksi. Sama je macam dulu. Sapa jawap dia bagi "kiss". Haha.
Tempat dan Fasi.
Tempat kem kali ini, aku sendiri yang mencarinya. Tempat ini punya sejarahnya yang unik. Ia adalah tempat ketika aku, caer menjadi peserta dan Firdaus Rahim adalah fasinya. Tempat aku menjadi pengarah modulnya, manakala hannan, adin, hasanah dan waida adalah pesertanya. Malah, aku dan jepah pernah menjadi urusetia program ditempat ini 8 tahun yang lalu. Bahasa mudahnya, inilah tempat pertama kami semua bertemu.
MLC2008
MYC2010. Waktu ni aku jemput arwah mas afzal
Peserta muslimatnya. Nnt kita tengok gambar diorg jadi fasi
Dan kini, semua manusia-manusia ini kembali menjadi fasi di tempat yang sama. Cuma tempatnya sudah berubah wajah dan nama. kalau dulu namanya kem desa selesa, tetapi sekarang namanya bernam nature hut. Bangunan lamanya sudah terbiar, dan dibina bangunan-bangunan baru yang lebih cantik. Pemandangan, beserta sungai semuanya memang sesuai dengan apa yang aku bayangkan. Kerana itu gambarnya banyak yang cantik.
Bila aku buat modul.
Kejayaan kali ini, kami berjaya mengumpulkan belasan fasilitator yang terdiri daripada alumni. Maka, suasana menjadi sangat meriah ditambah dengan kehadiran pasangan-pasangan mereka beserta cahaya mata. Hanya aku dan nurman yang bujang tang tang. Aku tidak pasti penerimaan peserta. Harap-harap mereka juga gembira.
Barisan fasilitator.
Susah betul nak tgkap gambar dengan daus.
Sebenarnya, aku ingin menulis lebih mengenai MYC kali ini. Tapi entah kenapa, sebaik sahaja pulang badan aku jadi lemah sungguh. Sedangkan tak demam apa-apa. Dan tiba2 kena cirit birit sedangkan last aku makan ialah kat rumah. Sabar jelah. Sangat banyak tugasan yang menanti. Tengoklah larat ke tak.huhu
MYC2018. Aku balik awal sebab nak kena singgah teluk intan jap.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment