Minggu lepas aku jumpa lagu ni ketika bereksplorasi di youtube. Sedap muziknya sampai aku tak peduli akan liriknya. Hinggalah terserempak dengan manusia yang menghayatinya, maka aku mula menyemak rangkap liriknya yang mungkin puitis. Wow, dahsyat.
Ini bukan lagu cinta kita yang dulu
Saat itu kufikir kau cinta matiku
Namun kini ternyatalah hatiku milik dia
Bukan engkau seperti ku sangka
Oh mudahnya kau lepaskan kata-katamu
Tak terfikir kan terguris perasaanku..
Yang selamanya menyinta
Sedikitpun tak berubah
Kau buang sebegitu saja
Memang salah diriku tak peduli perasaaanmu
Yang seharusnya tahu tak lagi di hatiku..
Tolong maafkan aku
Mudah bagi dirimu..
Dahsyat lirik dia. Main lepas je. Hahaha
Ia mengingatkan aku pada kisah Mughith dan Barirah.
Dari ‘Ikrimah, dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata, sesungguhnya suami Barirah adalah seorang budak yang bernama Mughits. Aku ingat bagaimana Mughits mengikuti Barirah ke mana ia pergi sambil menangis (kerana mengharapkan cinta Barirah). Air matanya mengalir membasahi janggutnya
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Abbas, “Wahai Abbas, tidakkah engkau hairan betapa besar rasa cinta Mughits kepada Barirah namun betapa besar pula kebencian Barirah kepada Mughits.”
Simpan.
Lagu itu bersambung di penghujungnya..
Ku simpankan semua detik terindah
Dalam kenangan cinta
Kerna masa telah mengubah jiwa
Kita harus terima begini suratannya.
Sebenarnya, aku nak selit gambar-gambar ni je. Lupa plak setiap tahun aku akan simpan. Tetiba jumpa dalam ipad semalam. Sekurang-kurangnya bila semua dah takde hati, boleh tengok kenangan-kenangan ni kat sini.
Tempoh 8 bulan di matrikulasi(tolak cuti) bukan tempoh yang panjang. Cuma setiap tahun, aku kuat berusaha, agar mereka beroleh rasa, kononnya hati mereka paling kuat bercinta di sini. Oleh kerana dah lima tahun semuanya bersilih ganti, maka semua yang pernah terpapar gambarnya di sini pasti menyedari, kolej ini adalah persinggahan paling singkat sekali. Tempoh 3-4 tahun di universiti itu lebih bermakna untuk dipacakkan hatinya. Kerana itu jangan pelik, mereka yang dulunya asing, kelak pasti akan menjadi asing kembali. Kerana hati sememangnya bahan pinjaman, hanya kenangan yang dibawa balik untuk kau simpan. So, simpanlah..
Indah sungguh cinta Mughith
Mengundang perhatian kekasih Allah
Kehairanan sahabat bernama 'Abbas
Bagaimana cinta setinggi itu
Mudah ditolak oleh Barirah
Si asing yang pantas menjadi teman
Esok lusanya menjadi asing kembali
Tak jumpa plak gambar masul2. Muslimin lembik, cepat sangat futurnya.
Sekian dari Syuib0809
haahla cikgu. saya setiap hri boleh kata duk dngaq lgu ni. tpi xpernah plak hayati betul betul lirik dia
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu,
ReplyDeleteHaha komen saya ni takde kena mengena dengan post ni pun.
Saya terjumpa blog cikgu, dan tetiba teringat cikgu.
Cikgu apa khabar sihat? Dah lama tak jumpa cikgu.
Sayang dalam masa setahun tu, takde gambar kami sekelas secara 'proper' dengan cikgu, walaupun kami ni 1st mentee cikgu. Huu. Just ada gambar cikgu ngap ayam, masa jamuan perpisahan praktikum di surau dulu. Hehee.
Saya tak ada no cikgu dan tak tahu socmed cikgu, untuk bertanya khabar. Alhamdulillah harini terjumpa pulak blog cikgu.
Terima kasih banyak cikgu, sebab bantu dan bimbing saya dan kawan2 yang lain. Semoga cikgu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian.
Terima kasih cikgu.
Salam rindu,
AF
K1P1718 2014/2015
Deep+sedih baca ayat last tu cikgu.😢
ReplyDelete"si asing yg pantas menjadi teman esok lusanya menjadi asing kembali." Tapi itu lah hakikatnya..