Thursday 26 June 2014

Koir

Bismillah

Mengingati zaman-zaman di sekolah, aku adalah insan yang sangat “setia” dengan Kelab Muzik, Koir dan Kebudayaan. Hingga nafsu remaja akhirnya membawa aku menyelusuri jawatan pengerusi kelab.  Sedikit pelik, aku juga adalah “orang surau” dan sangat menjaga ikhtilat. Mengatur “tamrin-tamrin” hiburan di sekolah yang kononnya mahu mencerminkan kebudayaan. Sekular barangkali

Ada guru mengeji. Macam biasa, kami tak mengerti.

Lepas belajar beberapa perkara melalui usrah dan bacaan, aku mula keras dengan hiburan. Walaupun kadang-kadang ianya sekadar hipokrit. Manusia tidak mungkin mampu lari dari irama dan hiburan. Lagi-lagi di Malaysia. Membayangkan hari guru, hari merdeka, hari kecemerlangan tanpa iringan muzik mungkin lebih jelas membayangkan Kiamat sudah dekat.

Maka, menjadi “sporting” dilihat sebagai keperluan.

Namun, di manakah batasannya.

Beramai-ramai lelaki dan perempuan menyanyikan lagu negaraku mungkin ada kelonggaran

Lagu Kami Guru Malaysia? Silakan.

Tapi bila tiba-tiba nyanyian tersebut diselangi dengan bibit-bibit “bila engkau hilang di mata.. tidur nyenyak ku tak bisa. Ku terkenang wajahmu dinda, hancur kerna kau juwita…” maka perlu difikirkan kembali.

Diamku agar tidak menimbulkan masalah. Ada “Tsiqah” yang perlu dipertontonkan agar Islam kita tidak dipersoalkan dengan perkara haram yang dilihat samar-samar. Mana mungkin lirik-lirik seperti itu membina minda. Mana mungkin seorang guru seronok menyampaikan sesuatu yang merosakkan sistem nilai pelajarnya. Sangat sesak melihat guru yang berjoget bagai nak gila, meniru parody bobo, memeluk artis yang dijemput di sekolah, karaoke tak ingat akhirat dan macam-macam lagi. Oh, ini yang kita label sporting kan?
Berkeras di permulaan mengundang penghinaan. Namun itulah benteng yang mengiringi pernghormatan dan kepercayaan.

Niat awalmu murni

Tengahnya kamu terpedaya


Ku bimbang dirimu terjun ke neraka


Gambar tiada kaitan
Sekian dari Syuib0809

Saturday 7 June 2014

Musim tanpa motivasi

Bismillah.

Pulang kembali ke Teluk Intan. Entah mengapa kerap kali aku katakan pada diri:

"Manusia mengingati saat-saat indah dan dukacita. Bila mana engkau berada bersama mereka ketika ini, mereka pasti mengingatimu..."

Menghadiri kenduri rakan-rakan seperti hadiah buat diri. Walaupun sering menjadi kebiasaan pengantin sibuk melayan tetamu dan bergambar, kepuasan melihat mereka gembira dengan kehadiran diri sudah cukup merawat hati. Mudah-mudahan Allah merahmati kalian.

Bertolak pagi dari kepala batas, aku kemudian menuju ke SEMESTI untuk kenduri rakan yang cukup terkenal dengan jenakanya, Shauqi Amar a.k.a Sogeh.


Tengok pun dah tau orangnya lawak

Kebiasaan di umur-umur sebegini, melihat perkahwinan rakan-rakan seolah-olah sebuah paksaan untuk penontonnya berkahwin. Tapi akhir-akhir ni aku berfikir sebaliknya. Perjumpaan dengan si Sopek yang "pelik" memotivasikan aku untuk tidak berkahwin lagi. Tidak pasti mengapa, tapi aku mahu mengembara. Walau pada hakikatnya, aku sudah melukakan hati beberapa orang dengan keputusan begitu. Hebat "tarbiyah" si Sopek ni. Musim kahwin yang gagal memotivasikan diri untuk bersamanya.



Mahu mengulas buku Ustaz hasrizal, tetapi terlupa nak bawa balik rumah. Ada beberapa kata-kata yang menarik perhatian aku. InsyaAllah next time aku kongsikan.





Sekian dari Syuib0809