Sunday 24 October 2021

Jauh berjalan

 Tamat sudah cuti


Jumaat minggu lepas, ajak isteri "keluar" dari rumah. Bawak sekali 2 helai baju. Destinasi? Tak pasti..


Lepas dapat tembus perak, kami pun mencari teluk senangin. Cantik pantainya, tapi tiada penginapan. Bergegaslah mencari tempat berteduh. Yang ada kolam renang, dan pakej mengisi perut pagi harinya. 





Merata berjalan, malamnya didendangkan halwa telinga dari busker jalanan. Percaya tak, unplan trip selalu menjadi hiburan jasad yang pasti menjadi.


Esoknya, mak abah hadir ke tempat "honeymoon". Sembang, jalan2 di lumut dan akhirnya makan tengah hari bersama. Kemudian kami berpisah sementara.




Hari ahad, abah dan emak singgah ke penang, dalam perjalanan hantar fahmi ke unimap. Dan menariknya petang tu, PM umum boleh rentas negeri. Bagi meraikan pengumuman, malam tu makan besar di restoran Ikan Bakar Batu Uban.


Bermulalah satu lagi unplan trip ke pantai timur keesokan harinya. KELANTAN!





Kali terakhir aku datang ke Kota Bharu ialah pada tahun 2013, ketika syamil dan syak kahwin. Abah pula, kali terakhir sampai ketika masih bujang. Lebih 30 tahun dahulu. Abah yang jarang nak berjalan, nampak seronok utk meluangkan masa bersama anak dan menantunya. 





Unplan trip, maka semuanya dicari sehari sebelumnya. Penginapan di KB City Point alhamdulillah besar, cantik dan murah. Namun oleh kerana segalanya unplan, maka ada sedikit masalah untuk sambung pada hari kedua. Maka, berlarilah kami berdua petang tu mencari penginapan lain. Panjang dramanya, namun akhirnya dapat sambung di bangunan yg sama. 


Hari kedua, bermulalah jalan2 di KB. Bermula dengan sarapan Nasi Kerabu yang memuaskan hati, bersambung ziarah si meon di tempat internnya. Kemudian membeli belah di pengkalan kubor. Cuma aku, tidak bernafsu akan barang2 yang dipamerkan. So, tinggalkan sahaja mak abah memuaskan keinginan mereka. Ditambah pula isteri kena balik sebab bekerja.





Dalam perjalanan pulang, singgah rumah zulfa. Nak jumpa dia kejap je, sekali mak ayah dia ajak masuk. Lama sembang, akhirnya kami minta izin undur diri. Kejar waktu pejabat isteri.



Pulang ke hotel dengan perut kosong, aku menahan lapar sementara menunggu anak murid ambik utk makan tengah hari. Taoi biasalah budak2 ni, pukul 3 baru pungut. Yang lagi merapunya, aku orang luar plak yang tunjuk jalan kat diorang. Tak faham aku. Oleh kerana tiga2 kuat makan, proses makan berjalan dengan sangat lancar. Makan di nasi ulam cikgu.




Mencari kedai makan malam. Cadangnya nak makan di kedai siam terkenal, rupa2nya dah tutup. So, pergilah ke KTS ikan bakar, wakad che yeh. Kemudian settlekan hantar barang isteri ke apartmentnya. Pulang ke hotel dengan tersangat penat. So, tido awal.


Ok. Tetiba tak larat dah nak menulis. Bye

Sekian