Sunday, 31 July 2011

Ziarah Loughborough di bulan Sya'ban

Bismillah..

Minggu lepas, aku dapat jemputan dari Abg Hisyam Loughborough. Dia kata akan angkat barang masuk kontena pada 30 Julai. Menariknya dalam mesej tu, abang Hisyam siap bagitau lagi menu makanan yang akan dihidangkan pada hari kejadian. Aku pada mulanya sangat susah nak buat keputusan sama ada mahu pergi atau tidak. Dalam keadaan ekonomi yang sangat tak terjamin, aku memang terpaksa berkira-kira sedikit. Ketika tu, tiket nak ke birmingham juga masih tak beli lagi. Mulanya, memang aku tak nak pergi, tapi bile teringatkan hadis tentg hak muslim kepada muslim lain, bahkan abg hisyam jemput bersungguh2, aku berserah sahaja pada Allah apa yg akan terjadi pada aku dalam tempoh sebulan yang mendatang ni.

Oleh kerana thetrainline akan charge 1 pound untuk setiap tempahan tiket keretapi yg dibeli melaluinya, aku membuat keputusan beli je sekali tiket aku untuk ke Airport Birmingham nanti. Jimat sikit. Walaupun sememangnya awal lagi, lebih sebulan baru aku akan pulang. Jemputan yang bermula jam 9 pagi menyebabkan aku ambik trian sekitar 8.54 pagi. Bukan ape, sebelum ni aku pergi mana2 rumah postgrad, setengah jam lepas waktu jemputan, baru nak ade org. Dalam 9.10 pagi aku sampai rumah abg Hisyam, dah penuh org Loughborough kat situ. Dahsyat diorang ni. Dan kontena abg Hisyam memang sungguh besar. Selalunya org ambik dlam 20 kaki, ni abg Hisyam ambik 40 kali. Rupe2nya, campur sekali dengan barang ustaz Mazrul. Ok la.

Ni dia seusai selepas mengangkat. Mula2 risau gak tak muat. Last2 banyak pulak kosong.

Sesi kenduri di belakang rumah.

Boleh dikatakan memang ramai sungguh org yang datang tolong. Yelah, dua keluarga sekali angkat barang kan. Dalam mesej jemputan yg abg hisyam bagi, katanya menu sarapan ialah nasi lemak dan tgh hari kmbing masak lada. Tapi rupe2nya lori smpai awal menyebabkan org x sempat sarapan dan balun nasi lemak sebaik sahaja lepas angkat barang. bayangkan waktu tu dah dekat 11.30 tgh hari. Lepas tu pukul 12 tgh hari lebih smpai plak satu periuk besar kambing masak lada masakan sorg chef Melayu kat Loughborough. Memang sungguh gempak dan kenyang perut aku tadi. Tambah best lagi, banyak dapat kenal dengan org Loughborough. Antara org luar loughborough yg turut dtg kenduri tu ialah abg sobri(leicester), Omar(birm), daus n Cha (Notts) serta beberapa org lain lagi..

Ni anak abg Hisyam bernama Faheem. Memang cergas dan pintar walopun umur x smpai 2 tahun. Ni tengah monyok sebab nak balik dah. Baju Hijau ialah Cha Notts.

Dari rumah abang Hisyam, abang Shah plak jemput aku, Daus dan Cha pergi rumah die saja-saja. Kali pertama aku jumpa abg Shah ni waktu First Year, waktu tu Daus ajak pergi rumah terbuka dia kat Loughborough gak. Abg Shah ni pun dah nak balik Malaysia bulan 9 nanti. Yang nak tergelaknya die ni, dengan selambanya die pakai baju bersih waktu tolong angkat2 barang kt rumah abg Hisyam. Haha.. Lama gak kat rumah die. Dari pukul 1 tgh hari, dekat pukul 5 petang baru kami balik. Memang kaki sembang sungguh abg Shah ni. Dan memang banyak sungguh Input yang aku dapat. Memang tak boleh nak kata sembang-sembang kosong la.

Dekat rumah abg Shah, kami dihidangkan dengan Pasta dan ayam lagi. Memang kenyang sungguhla. Kalau tak kenyang memang tersangat-sangat tipu.

Abg Shah kemudian hantar kami semua ke Train station. Cuma singgah sebentar rumah abg Hisyam balik sebab aku tinggal basikal kat situ. Dan juga jumpa abg Hisyam kejap, InshaAllah untuk kali terakhir di UK. Memang seronok sungguh aku rasa hari ni, setelah lama tak berjumpe dan bersembg sangat dengan org luar. Memang terasa sungguh nikmat yg Allah berikan hari ni walaupun terpaksa mengorbankan sedikit wang yg sememangnya sedikit. Jadi, penuhilah jemputan orang selagi mampu.

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Bersama abang Hisyam(tengah) dan Ustaz Mazrul(berkaca mata) yang akan pulang tidak lama lagi.

Selamat Menyambut Ramadhan..
Sekian dari syuib0809..

Friday, 29 July 2011

MOC 2011 melabuhkan Tirai

Bismillah..

Sekadar mengupdate sedikit beberapa aktiviti di tanah air yang tak dapat aku sertai tahun ni. MOC dari 22-25 julai 2011 akhirnya sudah melabuhkan tirainya. Setelah memulakan perancangan hampir 4 bulan lalu, aku harap Muslim Overseas Camp yang berlansung selama 4 hari 3 malam tu berlansung dengan jayanya InshaAllah. Aku masih tidak pasti apa respon yang diberikan oleh para peserta, namun memang tahun ni peserta MOC boleh dikatakan agak sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ni kerana berselisih dengan program2 len juga. Untuk tahun ni, kawan aku yg bernama Iman dipilih menjadi pengarah Modul Untuk MOC 2011


Kalau tahun sebelum ni aku join sebagai Fasilitator MOC, kali ni aku hanya membantu di bahagian modul sahaja. Boleh dikatakan modul MOC ini terbahagi kepada beberapa segmen seperti Celik, Riang-Ria, TOD dan LDK. Aku termasuk dalam team CELIK yang mana objektif utamanya ialah untuk mencelikkan mata para peserta di waktu pagi, atau lebih tepatnya selepas subuh. Team aku perlu merancang sekurang-kurangnya 3 aktiviti bagi mencelikkan mereka-mereka ni. Antaranya ialah pyramida(main teka-teka) dan juga musang berjanggut. Musang berjanggut ni merupakan sebuah game yang ditiru dari cerita P. Ramlee, dimana peserta diberikan sebungkus plastik berisi 16 bahan mentah dan mereka perlu mengasingkannya..


Aku sedikit sedih tak dapat nak join program ni akibat tak pulang ke Malaysia lagi. Seronok melihat rakan-rakan yang dapat berbakti kepada junior2 yang bakal ke UK tidak lama lagi. Paling tepat lagi dapat berkongsi dan menyampaikan kehebatan Islam. Penceramah dah la mantap2. Anak arwah Dr Lo Lo pun ada. Apepun, tahniah kepada rakan-rakan yang bertungkus-lumus terutamanya yang tak tidur malam bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Mudah-mudahan pengorbanan kalian dibalas oleh Allah S.W.T. Di sini, aku sertakan video penutup MOC bagi tahun 2011




Sekian sahaja dari syuib0809

Tuesday, 26 July 2011

Video kahwin: Haram yang selalu dihalalkan

Bismillah..

Mari lihat dan dengar sedikit perkongsian daripada ustaz Azhar Idrus. Banyak perkara yang kite lihat begitu biasa ketika berkahwin, malah menjadi kewajipan kadang-kadang. Namun, mari dengar penjelasan hukum dari Ustaz Izhar. Memang lawak sikit.





Ini versi yang panjang sikit pasal bersanding ni. Aku sendiri pun mula ingat takpe bersanding tanpa renjis2 apa-apa. Aku ingat setakat duduk je kat atas kerusi takpe, rupe-rupenye tak boleh gak kalau bukan depan mahram perempuan. Ulasan dari minit ke 7. Menarik!!



Mungkin ada yang tak berapa puas hati dengar apa yang ustaz Azhar ni cakap. Yelah, benda yang melanggar adat, yang sungguh biasa di Malaysia. Dan barangkali ada juga pernah mendengar ustaz-ustaz yang mengatakan boleh kalau tak ikut budaya India. Namun, perkara yang ada ulama' dah kata haram, malah hujahnya begitu jelas dan tepat, memang patut kite sama2 hindari.

Tapi hakikatnya, memang sukar untuk melanggar adat ni. Banyak sahaja rakan-rakan kuat agama, yg aku lihat gambar mereka bersanding. AKu yang tak kuat agama ni apatah lagi. Almaklumlah, hari paling bersejarah dalam kehidupan kan..

Mohon beri kekuatan Ya Allah..

Sekian dari syuib0809.

Sunday, 24 July 2011

Hujung minggu Burnmoor Street

Bismillah..

Bermula dari hari jumaat baru ni, Izwan dengan Naufal sudahpun mendapat cuti selama lebih kurang satu bulan sepanjang musim panas ni. Menariknya, kedua-duanya tidak pulang bercuti di Malaysia sebaliknya menghabiskan cuti sebulan ni di UK. Izwan tak dapat pulang kerana urusan Visa yang masih belum selesai manakala Naufal mengambil keputusan untuk balik waktu winter nanti sebab kakak die nak kahwin. Dan diorang kelihatan setakat ni takde apa-apa perancangan untuk bercuti ke Luar Negara ditambah pulak bulan Ramadhan yang semakin menghampiri. Memang kesian gak diorang ni.. Berkorban untuk jadi doktor. bagus2..

Kat rumah aku gak masih ada Dr. Airil yang menambah lagi seri rumah ni. InshaAllah die akan pulang setelah urusan menghantar barang pulang selesai. Tetibe rasa tak syok plak kalo die balik sebab sunyi plak nnt rumah ni. Pada hari jumaat, ada sedikit jamuan di rumah Syazwan bagi meraikan doktor-doktor yg akan pulang dan budak2 rumah tu yang juga pulang bercuti di Malaysia selama sebulan. Ramai gak yang ada, tapi boleh dikatakan semuanya budak Medic kecuali aku dengan syahir. Menu special ialah Mee Bandung dan kambing panggang. Keesokan harinya, Izwan ajak wat gotong royong kat rumah.

Ruang tamu setelah mendapat sofa biru dari tuan rumah. Tengah tu kotak Dr. Airil nak bawa malaysia.

Tak tau macamne nak tangkap gambar toilet ni. Sebab toiletnye kecik2.

Dapur yang menjadi tempat pembersihan utama. Tapi kurang nampak impaknya secara mata kasar. Banyak susun barang dalam kabinet.

Operasi bermula lebih kurang pukul 11 pagi. Aku dapat bahagian tandas. Izwan dengan Naufal bahagian dapur dan syahir bahagian ruang tamu. Ruang tamu kami pada mulanya memang sangat semak sebab banyak barang. Antara sebab utama ialah sofa "baru" yang diberikan oleh tuan rumah kepada kami. Ntah dari mana ntah die ambik sofa warna biru tu. Memang kami mintak sofa len pun dari die, tu yang die bagi tu. Petang lepas habis gotong royong, kami buat plak nasi lemak dengan diketuai Chef Izwan senior. Bukan aku, aku tolong je.. Jadi, kenyanglah kami malam tu. Dan malam tu jugak, Izwan ajak pergi Carboot keesokan paginya. Carboot yang aku tak pernah pergi di Leicester. Namanya Croft..


Mula-mulanya aku dengan Izwan je bangun sebab yang len tidur lambat malam tadi. Diorang kata ada polis datang rumah jiran sebelah sebab ada gaduh. Jadi, dalam kul 4 baru diorg tidur. Tapi, dalam pukul 8 semua berjaya bangun dan bersiap-siap kecuali Naufal. Naufal bangun tapi malas nak pergi. Jadi, kami 4 orang je pergi. Aku memang takde berniat apa-apa nak cari di Carboot sebab takde duit. Pergi saja sebab bosan lagipun naik kereta. Yang beria-ria nak pergi ialah Izwan sebab nak cari basikal. Basikal lama die warna merah sangat kuat meragam. Jadi elok die beli baru. Akhirnya ada gak yang berkenan di hati waktu kat Croft pagi tadi.

Harga 50pound. Boleh dikatakan agak mahal kalau beli kat Carboot. Tapi aku nampak basikal tu masih lawa dan agak bagus. Berbaloi..

Suasana di Carboot pagi tadi.

Nak masuk carboot ni kene bayar 50p. Dan carboot ni memang tersangat-sangat besar. Aku rasa ni paling dekat dari rumah aku kalau nak bandingkan dengan Quorn punye. Dan jauh lebih besar dari yang kat Quorn. Memang sungguh besar dan tak larat nak jalan. Kalau ade benda nak cari memang seronok. Banyak duit juga mungkin seronok. Ada jumpe beberapa orang melayu. Antaranya keluarga abang Zaime yang datang bercuti dan kak Diana Iman bersama familinya yang turut menjual di situ. Izwan dengan syahir je yang beli beberapa bende. Aku dengan Airil memang pulang dengan tangan kosong. Airil memang tak boleh nak beli sebab kotak die memang dah penuh sungguh.

Balik-balik, aku sambung main komputer, baca surat khabar, dan tertidur sebentar dalam pukul 12.30 tgh hari. Belah malam, airil masak ayam panggang, Izwan buat nasi beriyani, aku goreng keropok ikan je dan kami dihidangkan dengan teh ais. Lepas tu semua tengok TV cerite Crash manakala aku baca sumthing di Iphone aku. Kurang berminat tengok movie kat Tv sebab aku tak berapa nampak. Berakhirlah hujung minggu ni. Tak sabar nak puasa dan balik rumah. Aku rasa puasa lagi best dari Raya. Hehe

Sekian dari Syuib0809..

Thursday, 21 July 2011

Halalkan perhubungan dengan perkahwinan

Bismillah..

Tetibe mahu menulis pasal kahwin. Bukan sebab gatal ke apa, tetapi mengambil sedikit ruang setelah begitu ramai kenalan aku yang berkahwin pada usia begitu muda. Beberapa rakan yang sedang belajar di sini akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sepanjang cuti musim panas ini. Ada yang mengejutkan, namun ada berita yang sememangnya sudah diundang terutamanya rakan-rakan yang boleh dikatakan sudah agak berumur. Aku ingat lagi tahun lepas, antara perkahwinan yang agak begitu mengejutkan aku ialah perkahwinan senior aku iaitu ajah dan jepah. Tetibe je takde ribut ape bende, kahwin waktu betul2 hari aku berangkat ke UK semula.

Ni jepah. Umur sebaya dengan aku tapi die lompat, jadi kire senior akula.

Baru-baru ni, beberapa rakan yang lain mula mengumumkan perihal perkahwinan masing-masing. Antara yang awal ialah Usop Dublin, senior yang aku tumpg bermalam ketika di Dublin dulu. Seterusnya yang aku agak sangat terkejut ialah senior aku bernama Hilfi. Antara individu yang aku agak rapat gak sebab orang senegeri. Aku dapat perkhabaran perkahwinan Hilfi ketika turun dari kapal yang berlabuh di pelabuhan Newcastle. Seterusnya perkahwinan yang sememangnya sudah dijangka sejak awal lagi iaitu perkahwinan Dolah Southampton dengan seorang pelajar perempuan Leicester batch aku. Yang ni, dua-dua kenalan aku di Kolej yayasan UEM dulu.

Ni dia Wan Ahmad Hilfi. Kalau bercakap memang berapi. Tua dua tahun dari aku.

Berbaju merah dan bertopi tulah dolah. Aku agak rapat dengan die kat kolej dulu.

Ketika di program bakti kenyalang sarawak. Main-main dengan ayam. Dah nak kahwin dah ye hang dolah.

Perihal kisah Dolah ni dah agak bocor dan mudah dijangka. Malah, aku dan rakan pun pernah bertanya bila die nak kahwin setelah beberapa kali die datang ke Leicester. Bagi aku, keputusan Dolah untuk mendirikan rumah tangga ada pilihan yang bijak untuk mereka yang sentiasa mencari Redha Allah S.W.T.. Kan baik jadikan perhubungan itu halal dari menghalalkan perhubungan yang haram. Aku memang agak keras sikit bab2 perhubungan laki dan perempuan ni. Bile tengok rakan-rakan yang sudah berpacaran dan tersangat mahukan berpacaran, aku agak sedih. Bertambah sedih, bile dengan selambanya memohon keredhaan tuhan dalam percintaan mereka yang lansung tidak meletakkan Islam sebagai rujukan utama.

Bercerita pasal kahwin, aku memang tak berniat lagi untuk kahwin. Bukan sebab aku suka berfoya-foya macam alasan dalam drama-drama Malaysia, tapi memang dalam keadaan begini yang takde kerje, takde aset lagi, malah takde ilmu yang mencukupi untuk mendirikan rumah tangga, memang tak patut. Malah aku juga tak pernah bercouple, tak tergila-gilakan sapa2, jadi tiada sebab yang kuat untuk kahwin. Sejarah aku dengan perempuan pun agak negatif, jadi memang takdelah nak cari-mencari ni sangat. Malah aku juga kurang percaya terhadap perempuan biasa menjadikan aku tertanya-tanya "adakah aku akan berkahwin?"...

Allah kata lelaki baik untuk perempuan baik..

Muscomin batch aku. Agaknya kami tergolong ke dalam laki-laki baik tersebut? Sape la agaknya pilihan diorg ni..

Ni aku jumpa 11 muslimat lawa-lawa untuk korang muslimin. Memang cukup sorang satu. Haha. Aku cop yang atas,tengah sekali.

Setiap orang mahukan isteri sehebat siti khadijah, Fatimah Azzahra, mungkin jua seperti si Rumaisa. Tapi perasaan seperti ini menyebabkan kite tidak mampu menerima kelemahan yang ada untuk bakal isteri kite. Ni yang sangat aku takutkan dalam diri aku menyebabkan sampai sekarang pun aku masih belum mencari. Apepun, nak berbakti dulu kat mak ayah dan malas nak fikir pasal kahwin. Dah la perempuan sekarang mintak bayaran mahal-mahal. Budak oversea lagila mahal kot. Orang dulu bayar sikit pun kekal lama. Sekarang ni punye mahal pun cerai cepat. Ditambah dengan medium sosial FB, twitter dan bagai-bagai, senang je laki dan perempuan beramah mesra walaupun dah berumah tangga... Ni antara sebab aku benci FaceBook.

Kadang-kadang aku terasa dah ala-ala thaliban je..

Menanti bilelah akmal amri nak kahwin

Sekian dari syuib0809..

Wednesday, 20 July 2011

Kisah perang Mut'ah

Salam. Mari baca dan dengaq kisah hebat di perang mut'ah:

Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallam biasa mengirim surat kepada para raja untuk berdakwah dan bertabligh kepada mereka. Salah satu surat beliau telah dibawa oleh Harits bin Umair ra. yang akan diberikan kepada Raja Bushra. Ketika sampai di Mautah, maka Syarahbil Ghassani yang ketika itu menjadi salah seorang hakim kaisar telah membunuh utusan Rasulullah SAW. Membunuh utusan, menurut aturan siapa saja, adalah suatu kesalahan besar. Rasulullah SAW sangat marah atas kejadian itu. Maka Rasulullah SAW menyiapkan pasukan sebanyak tiga ribu orang. Zaid bin Haritsah ra. telah dipilih menjadi peniimpin pasukan tersebut. Rasulullah SAW bersabda, "Jika ia mati syahid dalam peperangan, maka Ja'far bin Abi Thalib ra. menggantinya sebagai pemimpin pasukan. Jika ia juga mati syahid, maka penlimpin pasukan digantikan oleh Abdullah bin Rawahah ra. Jika ia juga mati syahid, maka terserah kaum muslim untuk memilih siapa pemimpinnya".

Seorang Yahudi, ketika mendengar perkataan ini berkata, "Ketiga orang sahabat yang telah ditunjuk sebagai amir tersebut pasti akan mati. Anbiya AS. pun, dahulu telah mengucapkan kata-kata yang demikian". Kemudian Rasulullah SAW memberikan bendera berwarna putih epada Zaid bin Haritsah ra. Beliau sendiri ikut mengantar rombongan untuk melepas mereka. Di luar kota, ketika orang-orang yang mengantarkan pasukan tersebut akan kembali, maka beliau berdoa untuk para mujahidin ini dengan doa keselamatan, kejayaan, dan agar mereka dijauhkan dari semua perkara yang buruk sampai mereka kembali.

Do'a Rasulullah SAW ini dijawab oleh Abdullah bin Rawahah ra. dengan membaca tiga bait syair yang maksudnya:

Engkau meminta ampunan dari Tuhanmu.
Sedangkan kami menginginkan pedang yang akan memutuskan pembuluh-pembuluh darah atau tombak yang akan menusuk lambung dan hatiku
Jika nanti, orang-orang melewati kuburan kami, mereka akan berkata:

Inilah orang-orang yang telah berjuang untuk Allah. Sungguh, kalian betul-betul telah mendapat petunjuk dan kejayaan

Setelah itu, berangkatlah pasukan tersebut. Syarahbil pun telah mendengar tentang keberangkatan pasukan ini. Dia telah menyiapkan pasukan sebanyak seratus ribu tentara untuk melawan kaum muslimin. Dalam pada itu, para sahabat r.ahum. juga telah mendengar kabar bahwa Heraclius, raja Romawi, juga telah mengirim seratus ribu tentaranya untuk ikut menyerang kaum muslimin. Maka dengan jumlah musuh yang demikian banyak tersebut membuat sebagian sahabat ra. menjadi ragu: meneruskan bertempur melawan musuh, ataukah memberitahukan kepada Rasulullah SAW. Abdullah bin Rawahah ra. berkata,

"Hai orang-orang. Apa yang kalian takuti?
Untuk apa kalian keluar meninggalkan Romawiah kalian?
Apakah kalian keluar ini bukan untuk mati syahid?
Kami adalah orang-orang yang tidak memperhitungkan kekuatan ataupun banyaknya orang dalam pertempuran.
Kami hanya berperang agar di suatu hari nanti, Allah s.wt. memuliakan kita.
Majulah. Setidaknya salah satu di antara dua kemenangan mesti kita dapatkan. Mati syahid, atau menang dalam pertempuran ini".

Mendengar kata-kata tersebut, semangat kaum muslimin pun bangkit kembali. Mereka terus maju sehingga sampailah pasukan tersebut di Mut'ah dan mulailah pertempuran berlangsung antara mereka dengan pasukan musuh. Dalam permulaan pertempuran, bendera dibawa oleh Zaid bin Haritsah ra. Dengan bendera di tangan, ia telah menyerang ke tengah Pertempuran. Mulailah berlangsung pertempuran. Ketika itu saudara Syarahbil telah terbunuh sedangkan kawan-kawannya melarikan diri. Syarahbil sendiri telah lari ke sebuah benteng dan bersembunyi di dalamnya. Kemudian Raja Heraclius mengirimkan bala bantuan lagi kurang lebih sebanyak dua ratus ribu orang tentara. Pertempuran berlangsung dengan begitu dahsyatnya. Akhirnya, Zaid ra. gugur syahid. Maka bendera kaum Muslimin segera diambil oleh Ja'far bin Abi Thalib ra., setelah itu ia memotong kaki kudanya agar tidak berpikiran lagi untuk kembali. Sambil menyerang musuh, ia membaca beberapa bait syair yang terjemahannya sebagai berikut:

Hai orang-orang, apakah tidak baik surga itu
Dan surga itu sudah dekat
Betapa indahnya ia
Dan betapa sejuknya air surga
Telah dekat masa siksa bagi raja Romawi
Dan saya mempunyai kewajiban untuk membunuhnya

Setelah membaca syair tersebut, dipotonglah kaki kudanya dengan tangannya sendiri. Agar hatinya tidak berpikir untuk kembali. la menghunus pedangnya dan terjun ke tengah pertempuran melawan orang-orang kafir tersebut. Karena ia adalah pimpinan pasukan, maka bendera itu tetap berada di tangannya. Pada mulanya, bendera tersebut dipegang dengan tangan kanannya. Tetapi salah seorang pasukan kafir telah memenggal tangan kanannya sehingga bendera pun terjatuh. Maka bendera tersebut segera diambil dengan tangan kirinya. Tetapi, orang kafir itu telah memotong kembali tangan kirinya. Maka ia segera mendekap bendera itu di dada dengan kedua lengannya yang masih tersisa dan digigitnya bendera itu dengan sekuat tenaga. Kemudian, seorang musuh dari arah belakang menebasnya dengan pedang sehingga tubuhnya terpotong menjadi dua. Ia pun roboh ke tanah, dan gugur dalam keadaan syahid. Pada saat itu, Ja'far bin Abi Thalib ra. baru beRomawiur tiga puluh tiga tahun.

Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa setelah Jafar ra. menjadi mayat, ketika mayat tersebut diangkat, di bagian muka tubuhnya terdapat sembilan puluh buah luka. Ketika Ja'far bin Abi Thalib ra. telah mati syahid, maka orang-orang memanggil Abdullah bin Rawahah ra. Ketika itu, ia sedang berada di sebuah sudut dengan beberapa tentara muslimin, sedang memakan sepotong daging karena sudah tiga hari lamanya mereka tidak makan sesuatu pun. Mendengar suara yang memanggilnya, maka dilemparkanlah sisa daging itu. Ia berkata memarahi dirinya sendiri,

"Hai lihatlah, Ja'far telah syahid, sedangkan kamu masih sibuk dengan keduniaanmu".

Maka ia segera maju menyerang ke depan dan mengambil bendera kaum muslimin. Tetapi, jari tangannya telah terluka berlumuran darah dan terkulai hampir putus. Kemudian jari itu diinjak dengan kakinya sendiri lalu ditarik tangannya sehingga terpotonglah jarinya tersebut. Kemudian, jari yang sudah terputus itu ia lemparkan, kemudian ia maju kembali ke medan pertempuran. Dalam keadaan susah dan payah seperti ini, ia merasa sedikit ragu di dalam hatinya karena hampir tidak ada semangat dan kekuataan lagi untuk berperang. Tetapi, keraguan tersebut hanya terlintas sebentar saja dalam hatinya. Ia segera berkata pada dirinya sendiri,

"Wahai hati, apa yang masih kamu ragukan, apa yang menyebabkan kamu ragu-ragu? Istrikah? Ia sudah saya talak tiga. Atau hamba sahaya yang kamu miliki? Semuanya telah saya merdekakan. Ataukah kebun? Itu pun telah saya korbankan di jalan Allah".

Setelah itu, ia membaca syair berikut:

"Wahai hati, kamu harus turun Meskipun dengan senang hati, ataupun dengan berat hati Kamu telah hidup dengan ketenangan beberapa lama. Berpikirlah, pada hakikatnya, kamu berasal dari setetes air mani Lihatlah orang-orang kafir telah menyerang orang-orang Islam Apakah kamu tidak menyukai surga jika kamu tidak mati sekarang suatu saat nanti, akhirnya kamu akan mati juga".

Setelah itu, ia turun dari kudanya. Seorang sepupunya, yaitu anak pamannya, telah memberi sekerat daging kepadanya sambil berkata, "Makanlah ini untuk meluruskan tulang punggungmu." Karena sudah berhari-hari ia tidak makan, maka daging tersebut diterimanya. Baru saja ia mengambil daging tersebut, terdengarlah suara kekalahan. Akhirnya, dilemparkanlah daging tersebut. Ia segera mengambil pedangnya dan menyerbu ke kancah pertempuran melawan orang-orang kafir. Ia terus bertempur hingga mati syahid.


Sekian dari syuib0809..

Monday, 18 July 2011

Bajet dan Balik

Bismillah..

Bagi setiap insan yang bergelar pelajar di Universiti, pengurusan kewangan merupakan agenda yang amat penting untuk meneruskan hidup walau di mana pun mereka berada. Di peringkat inilah, remaja mula berjinak-jinak untuk menguruskan wang yang mereka ada setelah berjauhan dengan ibu-bapa ditambah pula setelah mula meninggalkan alam persekolahan. Kalau dulu, mungkin segala-galanya dihitung oleh mak ayah atau disediakan oleh pihak sekolah. Namun kini, tugas membayar sewa rumah, memikirkan bil elektrik dan membuat pilihan apa yang perlu dimakan, semuanya terletak di tangan masing-masing. Semakin meningkat remaja juga, macam-macam perkara yang diidam-idamkan.

Setelah bajet aku agak lari dek kerana lebih 6 bulan duit elaun masuk sekaligus, aku sekali lagi cuba mengatur bajet baru sebaik sahaja kemasukan elaun dari kpm iaitu selama 4 bulan. Iaitu bulan 7,8,9 dan 10. Setelah selesai membayar sewa rumah sehingga hujung tahun ini, duit aku masih berbaki untuk aku gunekan sebaik-baiknya sepanjang cuti summer ini. Antara bajet paling besar yang aku letak ialah untuk menziarah kawasan eropah yang agak impossible untuk aku sampai setelah pulang ke Malaysia nanti. Antara tempat yang aku cadang nak pergi ialah Switzerland, namun tak jadi sebab xde orang nak pergi sekali.

Oleh kerana aku bertekad untuk tidak pulang ke Malaysia, perhitungan bajet aku kali ini sudah tentulah merangkumi makan dan minum aku di sini sehingga bulan 11 nanti. Setelah pulang dari Italy, peruntukan yang dikeluarkan untuk melancong alhamdulillah masih di bawah bajet. Dan boleh dikatakan sangat terkawal. Malah, dalam bajet aku juga, aku target untuk memiliki sebuah Ipad 2 yang agak murah kalau dibeli di Malaysia. Jadi nak tak nak, aku hanya boleh tempah kat rakan-rakan yang balik pulang bercuti summer ni. Kalau lepas bulan 10 memang tak dapat la. Dan aku potong banyak kat bajet untuk makanan. Baju2 baru atau bende mewah len memang takde dalam bajet. Cukuplah sekadar Ipad2 untuk tahun ni.


Namun begitu, segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Setelah menahan diri bersungguh-sungguh, aku akhirnya rebah bila adik perempuan aku ada di rumah waktu aku sedang ber"skype" dengan mak aku. Boleh dikatakan, pujukan dari mak ayah aku untuk pulang cuti ni masih boleh aku tahan. Lagipun, baru je bulan 3 hari tu mak ayah aku sampai dan bercuti di UK. Jadi, rasanya boleh lagi tahan nafsu kerinduan kat mak ayah ditambah pula setiap minggu berskype. Tapi bila tengok adik perempuan aku yang terkena penyakit psoriasis kat kulit die, memang aku tak boleh tahan dah. Sejak die dapat penyakit tu, aku tak pernah lansung jumpe die. Sebaik sahaja letak telephon skype pada 2 julai hari tu, aku terus mencari-cari tiket untuk pulang ke Malaysia. Hari tu jugak, tiket syarikat penerbangan emirates berada di tangan aku.


Pada mulanya aku cuba melihat penerbangan tambang murah airasia, tapi paling murah yang die boleh bagi ialah GBP660 dari london. Kemudian aku try plak Qatar punye, offer yang agency tu bagi ialah GBP615 pun dari London. Pilihan terakhir aku ialah emirates sama ada dari London ataupun dari Birmingham. Setelah melihat pro and cons, aku akhirnye memilih Flight yang bertolak dari Birmingham bernilai GBP591.00. Kos ke Birmingham juga jauh lebih murah berbanding ke London. Alhamdulillah takdir Allah aku dapat offer ni. Genap seminggu selepas tu, harga flight yang sama dari birmingham terus meloncat menjadi GBP700. MasyaAllah...

Aku tak rasa manyesal dengan keputusan yang aku ambil ini. Boleh dikatakan matlamat utama aku untuk tidak pulang masih juga tercapai. Aku sekadar nak rasa suasana berpuasa di bulan Ramadhan dan beraya di perantauan sahaja. Boleh dikatakan ini adalah peluang terakhir untuk aku merasa suasana Ramadhan dan AidilFitri di UK sebelum aku pulang tahun hadapan. Agak rugi sekiranya peluang ini terbiar sebegitu sahaja. InshaAllah, flight aku ke Malaysia jatuh pada hari raya ke-5. Jadi, beraya kat sini pun dapat, beraya kat Malaysia pun dapat. Kan Malaysia ada hari raya sampai ke-29.. Aduih


Namun begitu, keputusan ni memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Bajet aku memang lari sungguh-sungguh sebab tiket emirates tadi memakan lebih 90% elaun satu bulan aku. Orang lain yg balik awal mungkin tak perlu risau makan-minum mereka, tapi aku memang perlu fikirkan sehabis baik. Nak tak nak, tiada lagi makan luar, tiada lagi makan mewah, tiada lagi jalan-jalan, takde lagi nak ber"ebay" mahupun ber"amazon". Alhamdulillah, aku bukan jenis yang suka pinjam duit orang dan jenis x suke bershopping. Duit yang sedikit mengajar manusia untuk bersabar dan menahan hawa nafsu. Alhamdulillah.. Dua bulan yang pastinya mencabar.

Banyakkanlah berpuasa..

Sekian dari syuib0809

Thursday, 14 July 2011

Kembara Solo Italy... Tamat

Bismillah..

Sekarang tibalah untuk sesi muhasabah. Alhamdulillah, perjalanan aku kali ini tidak menghadapi apa-apa masalah yang kritikal ataupun dahsyat. Perjalanan merantau ke negara orang seorang diri sememangnya memerlukan persiapan yang cukup rapi dan perancangan yang sangat kemas. Keputusan untuk merantau seorang diri ini aku buat setelah memikirkan terlampau ramai rakan yang pulang cuti summer dan aku sendiri tidak mahu faktor tiada teman menyebabkan aku tidak kemana-mana sepanjang berada di cuti musim panas ini. Akhirnya, aku beli tiket sorang-sorang kat website ryanair seperti mana ketika aku ke Venice dulu.


Sudah menjadi kebiasaan bagi orang yg melancong berkumpulan, pasti akan membahagi-bahagikan tugas sebagai persiapan menuju ke destinasi masing-masing. Cume yang tak syoknya bila tugas-tugas demikian dipandang remeh dan akibatnya banyak masa yang dibuang ketika melancong kerana persiapan yang ala kadar sahaja. Tidak kurang juga mentaliti yang kononnya beranggapan mereka hanya "ahli rombongan" lalu menyerahkan tugas pesediaan semua kepada ketua rombongan ataupun "perintis" kepada idea melancong tersebut. Akibatnya ahli rombongan know nothing dan ketua rombongan plak menjadi sangat stress.

Sepanjang pengembaraan aku di italy, antara barang yang sangat penting untuk melancong seorang diri ialah tripod. Aku beli tripod ni lepas habis exam tahun kedua hari tu. Memang kemana-mana sahaja aku pergi termasuk amsterdam, aku akan bawak tripod ni. Yang sedihnya, sarung tripod ni hilang waktu kami berbasikal di Amsterdam hari tu. Nak buat macam mana, dah memang tak jumpe le gamaknya. Cuma bagi mereka yang nak melancong seorang diri, memang perlu kikislah perasaan malu. Yelah, setting tripod untuk tangkap sorang2, memang pelik la.

Tripod ni tinggi die satu meter lebih. Tapi boleh pendek-pendekkan supaya mudah dibawa.

Gambar di Trevi Fountain

Sudah menjadi kebiasaan, orang yang melancong berkumpulan perlulah banyak bertolak ansur. Yelah, dalam ahli kumpulan ada anak orang kaya, ada yang allergic, ada yang tak larat berjalan dan macam-macam lagi lah. Aku termasuk dalam kalangan orang yang tak kisah pendek kata cenderung kepada "kemiskinan". Tak kisah tidur kat mana, tak kisah nak jalan jauh manapun, tak kisah makan tak berapa sedap menyebabkan aku agak tertekan bile jalan dengan anak orang kaya. haha. Dan paling menyampah kalau orang kedekut dan berkira. Rasa nak tampar je. hehe.. Sepanjang di Italy, aku memang tak manjakan diri aku lansung. Lantak nak jadi apa, memang aku berjalan dengan penuh kemiskinan. Ceewah. Mana taknya, ade ke org kaya nak tidur kat laluan pejalan kaki dalam keretapi. Jatuh martabat woo.

Nilah bantal angin yang menemani aku sepanjang tidur di Italy. Aku tidur kat stesyen keretapi pisa macam org giler. Haha.

Akhir sekali, perjalanan kali ni banyak mengajar aku cara membuat keputusan yang tepat. Aku ingat antara keputusan yang paling besar ialah ketika sesat mencari grand Mosque of rome. Dah pukul 10 malam lebih di Acqua Acetosa, pak cik yang menemani aku suruh aku naik bas untuk menuju kembali ke Rome. Tapi bas tu ade lompat2 dimana sangat besar kemungkinan bagi org asing seperti aku untuk sesat. Pak cik tu kata tiada lagi train malam tu menuju ke rome. Namun aku kuatkan kepercayaan sebab tiket aku jelas menunjukkan akan ade keretapi yang lau untuk membawa aku ke Rome. Bayangkan melawan cakap org yang sememangnya arif dan duduk di Rome. Alhamdulillah aku akhirnya selamat sampai di Rome kembali walaupun agak lewat.

Masalah bahasa juga banyak menyebabkan masalah. Namun oleh kerana rome dan Pisa adalah dua destinasi perlancongan yang terkenal, malah mereka tidak bermusuh dengan Uk seperti France, jadi perkhidmatan mereka banyak menyediakan orang yang fasih dalam berbahasa inggeris.

Rasanya cukup sahaja untuk pengembaraan solo di Italy..


Sekian dari syuib0809..

Tuesday, 12 July 2011

Kembara Solo Italy... Bhgn 3 (Pisa)

Bismillah

Pagi kedua di Pisa, aku cuba untuk tidur lebih lama sebab malam tadi tidur kul 4 pagi. Tapi entah kenapa tak dapat nak lelapkan dah mata kul 8 pagi tu. Kadang2 memang kite dapat rasa, semakin kita aktif dan cergas, makin tidur kita jadi lebih berkualiti. Hasilnya tidur kejap pun dah cukup. Tulah orang malas kuat tido. Oleh sebab dah tak leh tido, aku bangun dan bersiap. Pergi dapur hotel, ade akak tu sediakan sarapan, tapi tersangatlah ringan makanannya. Jadi aku bukak beg aku dan makan burger aku yg masih ade. Lepas habis kemas semua, aku pun check out dari hotel dalam kul 9.50 pagi.

Destinasi seterusnya sudah tentulah mencari menara Pisa. Dengan bawak beg aku yang tersangatlah berat, aku berjalan menuju ke kawasan menara Pisa. Boleh tahan gak jauhnya bende alah ni dari Hotel aku ni. Dekat 30 minit jalan baru boleh sampai aku rasa. Berbekalkan peta yang aku ada, aku melalui kawasan2 penduduk yang pagi tu dihiasi dengan pasar-pasar jalanan.

Ada jual barang2 macam pasar minggu teluk intan.

Ade gak jual buah-buah. Tapi xleh lawan dengan market Leicester

Setelah puas berjalan, aku akhirnya sampai gak di kawasan menara Pisa. Boleh dikatakan Pisa ni hanyalah sejenis pekan. Xdelah maju sangat. Namun aku masih tak berapa paham kenapa Pisa ni dikatakan dalam Tuscany dan adakah Tuscany ni nama negeri dalam Italy. Apepun sebenarnya, tak banyak pun tempat best kat dalam Pisa ni. Memang betul kata Andy, 3 jam pun dah cukup kalau nak berada di Pisa ni. Oklah, untuk mereka yang nak tengok menara Pisa ni, menara ni jauh lebih condong dari menara Condong teluk Intan kita.


Bagi mereka yang kuat membaca, pasti tahu yang Italy sememangnya negara yang sangat kuat Kristiannya. Kat sinilah ade yang nama Pope iaitu ketua agama diorang. Kat Area menara Pisa ni juga tidak terlepas dengan gereja Katholik yang besar dan berseni. Antara yang terkenal ialah rekaan kubah Baptistry of St John yang kini dah ditambah fungsinya menjadi muzium. Selain itu ada lagi bangunan yang terkenal bernama The Duomo. Menariknya The Duomo ni ialah ianya bukan sekadar memiliki senibina Rom Kuno, malah mempunyai hasil senibina Islam dan juga Mosaic Byzantine. Tapi takdela nak kagum ape bende pun berbanding senibina Islam yang jauh lebih hebat.

Nilah Baptistry yang aku maksudkan

Ni plak namanya The Duomo. Xde bende sangat pun

Di tepi kawasan menara Pisa dan The Duomo tu penuh kedai cenderamata

Italy juga terkenal dengan watak Pinocchio

Selepas pusing2 tengok cenderamata kat situ, aku pergi balik ke kawasan menara Pisa yang sememangnya dekat teramat. Baru dua jam berada di situ dan aku dah tak tau nak buat apa. Yang aku tau, aku memang sangat kepenatan dan Italy plak memang Panas sekarang ni. Boleh katakan kepanasannya hampir sama dengan Malaysia. Oleh kerana dah tak tau nak pergi mana, aku berehat dan berteduh sahaja di kawasan menara Pisa tu. memang betul kata andy, takde bende menarik pun kat Pisa ni. Nasib baik aku tukar plan pergi rome sehari, kalau tak memang bosan tak tau nak buat apa.

Nampak tu, awan pun takde. Punyelah panas.

Lepak2 di Pisa. Dah tanggal baju luar yang amat panas.

Aku akhirnya kembali semula ke kawasan Stesyen keretapi Pisa setelah Bosan duk di menara Pisa lama-lama. Dalam perjalanan aku sempat beli kebab halal. Org kedai tu agak peramah dan rupenye pernah keje di Malaysia. Rajin diorg ni merantau cari kerja halal. Lepas makan aku terus ke stesyen keretapi dan tidur kat situ sampai pukul 3 petang. Bangun2, aku pergi plak kedai Halal len yang memang aku dah perasan dari hari pertama aku di Pisa. Ada jual nasi tapi mahal giler. Jadi aku beli kebab lagi sebagai bekalan makan malam.

Ni dia restaurant orang pakistan

Lepas beli makanan, aku kembali ke supermarket untuk beli air mineral. Tapi supermarket tu tutup dan bukak kul 4 petang. Jadi aku pun tunggu dan kemudian terus bertolak menuju ke Airport dengan berjalan kaki. Memang perjalanan aku satu hari dengan berjalan kaki. Dengan beg besar, memang nak tercabut kaki tapi xleh nak manjakan diri. Sampai airport aku solat zuhur asar, makan dan tunggulah Flight yang akan bertolak 10.15 malam. Sampai semula di UK dan tidur lagi satu malam kat Stansted Airport. Dengan selambanya aku tidur dekat lantai airport tu sampailah keesokan harinya.

Selepas 4.30 pagi, aku beralih tidur kat kerusi plak. Ni jiran2 yang menemani aku tido

Nak cerita penat, memanglah penat. Kul 8 pagi lebih, aku menaiki train menuju ke Leicester. Kesabaran aku diuji lagi bila tube kat London buat hal plak asyik tergendala je kejenye. Namun akhirnya, aku selamat gak sampai di Leicester jam 11.20 tgh ari. Dapat plak berita ade repair basikal free kat Universiti, terus aku pergi Uni. Balik semula ke rumah dah dekat pukul 2 petang. Perjalanan aku berjalan kaki di Pisa mungkin akan jadi leceh kalau bersama dengan rakan-rakan yang tak larat berjalan. Aku sendiri tak pasti berapa puluh kilometer aku dah berjalan dengan beg besar aku ni. Namun, memang ianya satu perkara yang mendidik sepanjang perjalanan berseorangan aku di Italy.

Terima kasih Allah atas segala kemudahan yang diberikan.


Sekian dari syuib0809

Sunday, 10 July 2011

Kembara Solo Italy.... Bhgn 2 (Rome)

Bismillah..

Train di Italy ternyata berbeza sekali dengan keretapi di United Kingdom. Malah agak sedikit berisiko kerana tidak menepati masa. Train aku yang sepatutnya sampai ke rome jam 6.15 petang hanya tiba sekitar jam 6.35 petang di Rome Termini yang boleh dikatakan umpama KL central di Malaysia. Rome termini ini bukan sekadar ada station keretapi, tapi ada macam pusat membeli belah gak. Dari sini, aku menaiki metro(keretapi underground) ke station Collossuem. Waktu beli tiket, ada org tunggu kat mesin tu sambil kononnya beri tunjuk ajar. Last2 die mintak upah. Aku bagi 50cent je. Oh ye, Metro diorang memang penuh giler..

Metro yang memang tersangat-sangat sesak orang.

Tak sampai 5 minit, aku akhirnya sampai juga di Colloseum, yang sememangnya terkenal di seluruh dunia. Malah, dalam buku sejarah Malaysia pun ada cakap mengenai Colloseum yang sering menjadi kebanggaan bagi Italy. Namun hakikatnya, tempat ni bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan sebab kat sini ialah tempat pertarungan yang telah banyak mengorbankan banyak pahlawan mahupun hamba. Aku mengambil kesempatan berpusing-pusing di sekitar kawasan tersebut yang juga menempatkan begitu banyak bangunan lama zaman rome. Cume dah runtuh teruk gak bangunan-bangunan tu malah colloseum ni pun dah macam tak tahan je aku nengok.

Inilah Colloseum yang dalam buku sejarah tu.

Ni tak silap aku namanya palatine. Sebelah Colloseum tu je..

Antara serpihan-serpihan tinggalan tamadun Rome.

Dari situ, aku meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sahaja pusing-pusing kawasan Rome ni. Antara target lain aku ialah untuk mencari sejenis Fountain dan juga bangunan lama yang terkenal bernama Pantheon. Memang berbekalkan peta yang aku print je, lepas tu jalan sorang-sorang. Rom sememangnya sebuah empayar yang sangat kuat dan besar. Sebelum pergi Italy, aku sempat baca sedikit terjemahan surah ArRuum yang sedikit sebanyak menceritakan tentang peperangan antara Rom dan Parsi. Namun Rom tersebut ditafsirkan sebagai Rom Timur iaitu Constantinople atau Turki sekarang.

Di hadapan Monument to Vittorio Emanuele II. Besar dan klasik gile bangunan ni.

Yang ni aku tak tau ape bende.

Perjalanan aku diteruskan untuk mencari Pantheon dan Trevi Fountain. Cuma pada awalnya aku agak kehilangan arah dan mencari-cari. Aku cuba mencari arah kemana orang ramai pergi dan tengok nama jalan. Akhirnya sampai gak aku ke Pantheon yang dikatakan sebuah temple dan Usianya memang tersangat lama. Senibina die agak menarik dan aku aak suka. Ramai sungguh orang kat sini campur ada orang buat demonstrasi sekali. Demonstrasi kat sini memang bukan macam Malaysia. SIni, memang polis tolong habis-habisan.


Dari Pantheon aku menuju pula ke Trevi Fountain yang merupakan destinasi terakhir aku sebelum menuju ke Masjid Rome. Aku hanya ade 5 jam sahaja di Rome, jadi memang kene gunakan sebaik mungkin sebelum pulang semula ke Pisa. Jalan menuju ke Fountain tersebut dipenuhi dengan kedai cenderamata dan juga kedai makan yang mewah-mewah. Aku sempat membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan di Rome ni. Bagi sapa2 yang nak jalan di ROme, nama sepanjang jalan ni ialah Via Delle Moratte. Aku akhirnya sampai juga di Trevi FOuntain. Memang sangat cantik.

Via Delle Moratte

Ni dia Trevi Fountain. Penuh giler orang. Mungkin gambar ni tak tunjukkan sangat kecantikkannya. Cube search Internet.

Dari Trevi Fountain, aku menuju ke Metro Barberini dan pulang semula ke Roma Termini. Penjelajahan aku seterusnya ialah untuk mencari antara masjid Terbesar di Eropah. Aku sudahpun membeli tiket menuju ke station Acqua Acetosa yang dekat dengan masjid tersebut. 9.15 malam aku bertolak dan hari sudahpun malam. Memang sedikit teruk train di Italy ni. Aku tak nampak singboard Aqua Acetosa dan akhirnya terlajak ke Sassone, satu station dari Acqua Acetosa. Terpaksa patah balik dan menunggu seorg diri si Sassone tu. Akhirnya aku menuju kembali ke Acqua Acetosa.

Memang ditakdirkan Allah aku tidak dapat pergi ke Masjid. Di Acqua Acetosa, aku terjumpa seorang pak cik dan mintak die tunjuk masjid yg aku maksudkan tu. Walopun x pandai bahasa iNggeris, pak cik yang aku rasakan dari India tu faham ape yg aku cari. Die kata dekat situ takde Masjid dan Acqua Acetosa tu bukan di Rome. Panjang lagi kisahnya dan akhirnya aku dapat tau rupenye ade dua tempat yang bernama Acqua Acetosa dan aku sebenarnya semakin menjauhi Rome. Maka pulanglah aku semula ke termini dan bertolak ke Pisa jam 12 malam.

Keretapi pada waktu malam. Nampak ke?

Keretapi yang aku naiki kali ni berbentuk kabin. Setiap kabin ade 6 kerusi untuk diduduki. Tapi oleh kerana sempit, aku keluar dan tidur di kawasan pejalan kaki. Hingga akhirnya jam 3.30 pagi, aku sampai semula ke Pisa. Perjalanan yang sangat memenatkan dan kaki aku pun agak sakit. Aku pulang ke Hotel dan menunaikan solat subuh. Sangat terkilan tak dapat nak Solat Maghrib Isyak di Masjid Besar Rome tersebut yang akhirnya digantikan sembahyang di dalam keretapi. Sedih2..


Bersambung di Pisa..

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.