Friday 29 July 2011

MOC 2011 melabuhkan Tirai

Bismillah..

Sekadar mengupdate sedikit beberapa aktiviti di tanah air yang tak dapat aku sertai tahun ni. MOC dari 22-25 julai 2011 akhirnya sudah melabuhkan tirainya. Setelah memulakan perancangan hampir 4 bulan lalu, aku harap Muslim Overseas Camp yang berlansung selama 4 hari 3 malam tu berlansung dengan jayanya InshaAllah. Aku masih tidak pasti apa respon yang diberikan oleh para peserta, namun memang tahun ni peserta MOC boleh dikatakan agak sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ni kerana berselisih dengan program2 len juga. Untuk tahun ni, kawan aku yg bernama Iman dipilih menjadi pengarah Modul Untuk MOC 2011


Kalau tahun sebelum ni aku join sebagai Fasilitator MOC, kali ni aku hanya membantu di bahagian modul sahaja. Boleh dikatakan modul MOC ini terbahagi kepada beberapa segmen seperti Celik, Riang-Ria, TOD dan LDK. Aku termasuk dalam team CELIK yang mana objektif utamanya ialah untuk mencelikkan mata para peserta di waktu pagi, atau lebih tepatnya selepas subuh. Team aku perlu merancang sekurang-kurangnya 3 aktiviti bagi mencelikkan mereka-mereka ni. Antaranya ialah pyramida(main teka-teka) dan juga musang berjanggut. Musang berjanggut ni merupakan sebuah game yang ditiru dari cerita P. Ramlee, dimana peserta diberikan sebungkus plastik berisi 16 bahan mentah dan mereka perlu mengasingkannya..


Aku sedikit sedih tak dapat nak join program ni akibat tak pulang ke Malaysia lagi. Seronok melihat rakan-rakan yang dapat berbakti kepada junior2 yang bakal ke UK tidak lama lagi. Paling tepat lagi dapat berkongsi dan menyampaikan kehebatan Islam. Penceramah dah la mantap2. Anak arwah Dr Lo Lo pun ada. Apepun, tahniah kepada rakan-rakan yang bertungkus-lumus terutamanya yang tak tidur malam bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Mudah-mudahan pengorbanan kalian dibalas oleh Allah S.W.T. Di sini, aku sertakan video penutup MOC bagi tahun 2011




Sekian sahaja dari syuib0809

No comments:

Post a Comment