Minggu lepas, aku dapat jemputan dari Abg Hisyam Loughborough. Dia kata akan angkat barang masuk kontena pada 30 Julai. Menariknya dalam mesej tu, abang Hisyam siap bagitau lagi menu makanan yang akan dihidangkan pada hari kejadian. Aku pada mulanya sangat susah nak buat keputusan sama ada mahu pergi atau tidak. Dalam keadaan ekonomi yang sangat tak terjamin, aku memang terpaksa berkira-kira sedikit. Ketika tu, tiket nak ke birmingham juga masih tak beli lagi. Mulanya, memang aku tak nak pergi, tapi bile teringatkan hadis tentg hak muslim kepada muslim lain, bahkan abg hisyam jemput bersungguh2, aku berserah sahaja pada Allah apa yg akan terjadi pada aku dalam tempoh sebulan yang mendatang ni.
Oleh kerana thetrainline akan charge 1 pound untuk setiap tempahan tiket keretapi yg dibeli melaluinya, aku membuat keputusan beli je sekali tiket aku untuk ke Airport Birmingham nanti. Jimat sikit. Walaupun sememangnya awal lagi, lebih sebulan baru aku akan pulang. Jemputan yang bermula jam 9 pagi menyebabkan aku ambik trian sekitar 8.54 pagi. Bukan ape, sebelum ni aku pergi mana2 rumah postgrad, setengah jam lepas waktu jemputan, baru nak ade org. Dalam 9.10 pagi aku sampai rumah abg Hisyam, dah penuh org Loughborough kat situ. Dahsyat diorang ni. Dan kontena abg Hisyam memang sungguh besar. Selalunya org ambik dlam 20 kaki, ni abg Hisyam ambik 40 kali. Rupe2nya, campur sekali dengan barang ustaz Mazrul. Ok la.
Sesi kenduri di belakang rumah.
Dari rumah abang Hisyam, abang Shah plak jemput aku, Daus dan Cha pergi rumah die saja-saja. Kali pertama aku jumpa abg Shah ni waktu First Year, waktu tu Daus ajak pergi rumah terbuka dia kat Loughborough gak. Abg Shah ni pun dah nak balik Malaysia bulan 9 nanti. Yang nak tergelaknya die ni, dengan selambanya die pakai baju bersih waktu tolong angkat2 barang kt rumah abg Hisyam. Haha.. Lama gak kat rumah die. Dari pukul 1 tgh hari, dekat pukul 5 petang baru kami balik. Memang kaki sembang sungguh abg Shah ni. Dan memang banyak sungguh Input yang aku dapat. Memang tak boleh nak kata sembang-sembang kosong la.Boleh dikatakan memang ramai sungguh org yang datang tolong. Yelah, dua keluarga sekali angkat barang kan. Dalam mesej jemputan yg abg hisyam bagi, katanya menu sarapan ialah nasi lemak dan tgh hari kmbing masak lada. Tapi rupe2nya lori smpai awal menyebabkan org x sempat sarapan dan balun nasi lemak sebaik sahaja lepas angkat barang. bayangkan waktu tu dah dekat 11.30 tgh hari. Lepas tu pukul 12 tgh hari lebih smpai plak satu periuk besar kambing masak lada masakan sorg chef Melayu kat Loughborough. Memang sungguh gempak dan kenyang perut aku tadi. Tambah best lagi, banyak dapat kenal dengan org Loughborough. Antara org luar loughborough yg turut dtg kenduri tu ialah abg sobri(leicester), Omar(birm), daus n Cha (Notts) serta beberapa org lain lagi..
Ni anak abg Hisyam bernama Faheem. Memang cergas dan pintar walopun umur x smpai 2 tahun. Ni tengah monyok sebab nak balik dah. Baju Hijau ialah Cha Notts.
Dekat rumah abg Shah, kami dihidangkan dengan Pasta dan ayam lagi. Memang kenyang sungguhla. Kalau tak kenyang memang tersangat-sangat tipu.
Abg Shah kemudian hantar kami semua ke Train station. Cuma singgah sebentar rumah abg Hisyam balik sebab aku tinggal basikal kat situ. Dan juga jumpa abg Hisyam kejap, InshaAllah untuk kali terakhir di UK. Memang seronok sungguh aku rasa hari ni, setelah lama tak berjumpe dan bersembg sangat dengan org luar. Memang terasa sungguh nikmat yg Allah berikan hari ni walaupun terpaksa mengorbankan sedikit wang yg sememangnya sedikit. Jadi, penuhilah jemputan orang selagi mampu.Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Selamat Menyambut Ramadhan..
Sekian dari syuib0809..
No comments:
Post a Comment