Tuesday, 2 August 2011

Jadual Ramadhan di UK...

Bismillah

Alhamdulillah, hari ni sudah masuk hari kedua dalam bulan mulia, bulan Ramadhan. Ramadhan di Malaysia mungkin sangat meriah dengan menjadikan "Bazaar Ramadhan" sebagai rumah kedua bagi org Islam. Namun di UK, sememangnya sangat berbeza. Tiada lansung Bazaar di sini yg aku jumpe. Waktu subuh masuk dalam 2.25 pagi dan berbuka puasa sekitar jam 9 malam.. Beberapa target aku bulan puasa ni antaranya nak habiskan 30 juzuk Quran sorg diri. Tapi dah mule awal sikit beberapa hari sebelum Ramadahan. Target lain, nak habiskan terjemahan Quran. Bukan yang dengan huraian penuh. Dan target yang aku kire paling susah ialah untuk datang solat Subuh berjemaah penuh di Masjid.


Mari mulekan jadual sepanjang Ramadhan dengan solat subuh. Memang aku tak pernah solat subuh di masjid abu bakar sebab subuh diorg selalunya di hujung2 waktu, boleh dikatakan memang dah cerahlah. Tapi sepanjang bulan Ramadhan ni, masjid abu bakar menunaikan solat subuh berjemaah sekitar 20 minit selepas masuk waktu. Dengan kata lain, sekitar jam 2.45 pagi macam tu. Oleh kerana aku pun baru habis bersahur, jadi pegilah sana pagi-pagi. Takdelah sejuk mana pun sebab tengah summer kan. Sejuk macam Malaysia je.. Balik semula ke rumah dalam pukul 3.10 pagi macam tu. Boleh dikatakan sangat susah target aku ni sebab memg liat nak pergi. Dah la pagi giler, naik basikal sorg2 dengan jalan raya yang lengang, kedai semua tutup. Memang malas la.

Balik je subuh tu, mata tak berapa boleh nak lelap. Kalo tak silap aku, memang mereka yang masih berjaga selepas kul 1 pagi, akan mengalami kesukaran untuk tidur sehinggalah beberapa jam kemudia. Tlah sebabnya digalakkan tidur awal. Oleh kerana balik rumah dalam pukul 3 lebih, aku hanya boleh lelap selepas kul 4 pagi.. Sabor jela. Bangun dah tengah hari, bersihkan diri, bukak laptop jap, kemudian pergi semula ke masjid untuk solat Zuhur. Boleh dikatakan memang tengah hari sungguhlah aku bangun tidur. Memang gagal la nak jadi suami orang kot. Haha. Balik dari solat zuhur jam dua petang, aku memulakan rutin baru iaitu membuat kuih.

Kuih ketayap. Nilah pun kuih paling aku ok setakat ni. Tapi xde daun pandan, macam nilah jadiya.

Semalam, aku cuba untuk buat kuih bom. Tanpa melihat mana-mana resepi dan sekadar tanya sikit ape tepung nak pakai kat mak aku, aku pun buat. Tepung pulut agak susah nak jumpe kat sini, tak banyak kedai yang jual. Jadi semalam, aku pun uli lah tepung tu. Lepas dah siap inti kelapa semua, aku pun buat bulat-bulat. Nampak begitu gagal die punye doh sebab lembut sangat. Akibatnya, inti selalu terkeluar. Waktu goreng pun gagal sebab bentuk die dah hilang bulat. Selepas gagal, aku cuba tengok balik kat internet. Rupe-rupenye ada beberapa pantang larang yg aku tak ikut, antaranya ialah kene gorengkan kuih ni dengan minyak yg penuh. InshaAllah nanti cube lagi. Tadi, aku baru selesai buat kuih ketayap. Hasilnya adalah gambar di atas. Tak tau nak wat kuih ape lagi, banyak bahan takde.

Daun pisang dan daun pandan memang sangat penting untuk kuih2 ni.

Punyelah banyak kuih muih yang perlukan daun pandan, daun pisang dan juga loyang.

Lepas buat kuih, aku layan internet dan mainlah laptop ni smpai puas. Dalam pukul 7 mandi dan bersiap-siap untuk solat asar. Aku bercadang untuk stay sahaja di masjid sebab solat asar berjemaah pukul 8 petang dan berbuka dah sekitar 9 malam. Masa yang ada, aku bukak tafsir Al-Quran dan cuba habiskan satu Juzuk. Akhirnya, tibalah waktu berbuka puasa. Kat masjid ni gak ada majlis berbuka puasa macam Malaysia. Cuma dalam masa satu hari, aku masih tak boleh nak buat kesimpulan. Semalam, kami dihidangkan kuih-muih macam samosa, kuih manis, cekodok dan ada air bandung pun ada gak semalam. Lepas makan, teruih sembhyang. Malam ni aku nak pergi lagi bukak puasa situ sebab pelik, betul ke diorg bukak puasa dengan tu je.

Lepas solat, aku balik ke rumah jap untuk makan nasi. Izwan masak nasi lemak dgn ayam masak lemak semalam. Dalam pukul 9.50, aku kembali semula ke Masjid. Isyak bermula jam 10.20 malam dan tibalah masa untuk terawikh..

Waktu terawikh mana boleh tangkap gambar. Jadilah gambar budak ni

Terawikh kat sini dibuat sebanyak 2o rakaat. Dan setiap malam akan habiskan sekurang-kurangnya 1 juzuk. Jadi setiap rakaat ialah 1 mukasurat Al-Quran. Memang pancit.. Haha. Masjid ni panggil budak-budak yg hafal Quran jadi imam. Dua malam dah aku terawikh, Imam die ada 5 orang dan baca punyelah laju. Memang sangat laju.. Antara solat terawikh, tiada panggilan/bacaan seperti di Malaysia. Kalau ade, cuma baca dalam hati. Dan solat witir die sedikit berlainan. 3 rakaat dibuat sekaligus dengan satu salam dan di rakaat ketiga, sebaik sahaja bacaan surah, diorg akan angkat takbir, tapi tak rukuk. Lepas satu lagi takbir barulah diorg rukuk. Rupe-rupenye, ketika itu ialah waktu diorg membaca Qunut bukan seperti kita yg baca sebelum sujud. Dan diorg baca masing-masing.

Tup tap tup tap, habislah witir semua dalam pukul 11.45 malam. Diulangi 11.45 malam!!
Balik semula ke rumah dah dekat kul 12 malam, rehat kejap.. Sahur balik dalam keadaan perut tak berapa lapar.. Kemudian ke masjid balik untuk subuh..

Manalah tak mencabar aku nak subuh kat masjid balik macam ni...

Sekian dari Syuib0809..

No comments:

Post a Comment