Thursday, 4 August 2011

Selamat Pulang Dr Airil.

Bismillah..

Bulan 6 yang lalu, rumah aku memang sunyi habis sebab Izwan dan Naufal masing-masing Outblock luar Leicester. Lebih 2 minggu diorg xde kat rumah, kami didatangi oleh Airil yang datang semula ke Leicester sementara menunggu hari graduation die. Kalau tak silap aku, 20 jun dia sampai ke Leicester ni. Dalam awal bulan 7 sebelum hari graduation die, dua orang kakak die plak datang untuk jalan-jalan kat sini. Waktu ni, memang aku makan free je macam tu. Dan menariknya lagi Airil ni ialah die sangat pandai masaik kek/biskut dan yang seadik-beradik dengannya. Jadi, sepanjang die ada kat rumah ni memang merasalah kami macam-macam jenis kek.

Dua masakan terakhir Dr Airil semalam. Kek pisang yg memang sodap, dan satu lagi tak tau ape namanya.

Kalau diikutkan, perjalanan Airil di Leicester ni boleh dikatakan sesuatu perjalanan yang cukup lama. Untuk mendapat kejayaan menjadi seorang doktor, Airil melalui tempoh waktu hampir 6 tahun, satu tempoh yg sememangnya panjang. Nak cerita tua, memang die tua 4 tahun daripada aku. Dengan kata lain, umur die sekarang dah 26 tahun. Tempoh waktu yang memang patut dah mule mencari-cari calon, untuk mendirikan rumah tangga. Dan secara jujurnya, memang agak beruntung sapa dapat suami macam die ni. Ade beberapa hari sebelum puasa, kami sembang pasal perkahwinan si Airil ni. Memang lawaklah, sebab ada sorang makcik ni carikan pasangan untuk die. Haha.. Cerita lagi macam-macam nak kenduri kahwin macam mana, nak anak berapa, rumah macamne, dan topik hangat, Mas Kahwin!!

Mak cik tu nak kenalkan die dengan anak dato', bayangkan berapa la agaknya mas kahwinnya?

Diorang berdua ni boleh dikatakan veteran kat Leicester. Izwan muda setahun je dari Airil.

Setelah sebulan lebih duduk bersama kami, malah semua urusan di sini juga sudah selesai, Airil mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air hari sabtu ni. Oleh kerana Airil nak bermalam dan berjalan-jalan dulu di London, die pergi ke sana dua hari lebih awal iaitu pagi tadi. Selalunya pagi-pagi rumah ni senyap je sebab semua tidur, tapi pagi tadi semua bangun bersiap-siap nak hantar si Airil ni ke Train station. Izwan bawak kami semua naik kereta menuju ke Train station dalam pukul 10.30 pagi. Airil punye train pukul 10.57 dan sebelum berangkat, kami pun ambil gambar kenang-kenangan.. Lepas hantar Airil, kami hantar plak syahir wat appoinment kat klinik. Balik-balik, kami pun bukak hadiah yg diberikan oleh Airil.

Kad perpisahan dan coklat. Sapa yang patut bagi sapa ye?

Aku memang kurg sikit bab touching2 ni. Tapi bila org bagi kad macam ni, beremosi gak aku. Haha

Untuk pengetahuan, Airil ni orang Ipoh. Dan menariknya die ni duk di rumah kampung di Bandar Ipoh. Seronok dengar cerita die bila die kata, setiap hari raya memang wajip buat dodol dengan lemang kat rumah die. Aku InshaAllah akan jumpe balik die bulan sembilan nanti. Oleh kerana beg die tak berapa muat, ada beberapa barang yang dia mintak tolong aku bawakkan balik ke Malaysia. Oleh kerana aku hanya balik 3 minggu lebih, memang banyak ruang kosong dalam beg ni. Jadi memang xde masalah. Aku pun memang bercadang nak ke Ipoh, cume tak pasti lagi naik apa dan bila.. Airil ajak gi rumah terbuka die, tapi mungkin aku tak sempat.

Apepun, sikap riuh airil memang pasti dirindui sepanjang Ramadhan ni InshaAllah. Memang tak dapat dinafikan rumah ni menjadi semakin sunyi ditambah plak Naufal tak balik lagi dari London..


Selamat pulang Doktor Airil..

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment