Bismillah..
Wacana sinar harian merupakan satu platform Forum yang sangat mantap. Sayangnya, sangat sukar untuk melihat forum sebegini di Televisyen, terutamanya di saluran-saluran utama TV kita. Forum diorang pertama yang aku tengok ialah Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman. Yang ni memang boleh dikatakan forum ilmiah yang sangat mantap sebab melahirkan situasi win win antara kedua-dua belah pihak. Tiada sapa yang menang dan banyak fakta yang dikemukakan. Malah Khairy Jamaluddin jugak agak disukai dalam Forum ni dan bersetuju yang Hudud perlu dilaksanakan di Negara ini. Dan paling mantap dalam forum ni ialah Ustaz Mazlee selaku moderator, memang slumber habis.
Forum kedua yang aku tengok ialah Apa Selepas 9 Julai?. Forum ni aku tak berapa minat sebab ianya bukanlah soal agama sangat dan aku sendiri tak suka tengok ambiga ni walaupun aku bersetuju dengan tuntutan BERSIH. Dalam program ni yang paling aku suka ialah ucapan Datuk Saifuddin(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) yang sangat ilmiah dan tidak berbentuk kepartian, memang terbaik!! Ketika forum ni, Audience dia agak tak beretika sebab mengeluarkan ucapan buuu...wat bising dan macam-macam lagi. Bagi aku, dengar dan proseskanlah apa yang kita dengar. Kalau tak bersetuju, terpulang untuk percaya atau tak, bile diorang buat macam tu nampak tak ilmiah sangat.
Dan akan datang, memang terkejut aku tengok Iklan Forum ni. Die punye ahli Panel mantap2 kot!
MashaAllah, semuanya adalah Ulama'!! Dr MAZA yang mantap tu plak yang jadi Moderator, pelik.. pelik. Ustaz Harussani ialah Mufti Perak yang banyak kontroversi dulu, lama tak dengar berita pasal die dah. Ustaz FB plak memang famous sebab die ni ahli Agama yang berada dalam UMNO dan menegur beberapa perkara yang tak betul dalam UMNO. Tapi bile isu judi, arak semua aku masih x dengar sangat ulasan die. Entahlah.. Dan terakhir ialah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sapa-sapa yang jumpe dengan beliau, memang aku yakin akan cair. Aku pernah sekali tengok die depan mata, memang baik sungguh orangnya, rasa nak menangis je bila jumpe pejuang Islam macam ni. Malah dalam PAS, die ni antara pemimpin yang kurang maki hamun. Aku harap perjalanan Forum ni nanti berjalan dengan baik. Ustaz FB, Ustaz Harussani dan Ustaz TITM bukanlah orang yang suka melenting, jadi aku yakin forum ni akan berjalan dengan penuh cermat.
Jom Saksikan di Youtube..
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment