Tuesday, 9 August 2011

Sahur dan Subuh



Bismillah..

Hari ni aku tak berhajat untuk tulis panjang2. Sekadar berkongsi sedikit kelainan berpuasa di Uk. Ye ke lain? InshaAllah kite lihat sedikit mengenai subuh dan sahur di sini. Berbeza dengan Malaysia, waktu subuh di sini boleh dikatakan berbeza-beza dan takde waktu yg disepakati betul2 tetap seperti di Malaysia. Kalau di Malaysia, memg tengoklah jadual mana-mana pun, waktu subuhnya pasti sama dan kalau berbeza pun seminit dua. Tapi di sini, memang berbeza agak jauh. Malah, kadang2 beberapa rakan yg melawat di Leicester menyatakan kelainan waktu Bersahur mereka. Kadang2 bezanya mencecah satu jam.

Ini contoh waktu subuh ketika hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan:

Masjid e-abu bakar(pakistan): 2.23 pagi
Islamic Finder: 2.48 pagi..
Masjid Al-Falah(Islamic education Trust: 3.40 pagi

Menarik kan? Nak ikut mana satu untuk kita bersahur. Kalau ikut yg paling lewat memg untunglah kite. Tapi Islam ni bukan soal ambik paling senang je keje. KAmi serumah ikut yg Masjid e-abu bakar punya. Di leicester sendri memg banyak Masjid org Pakistan yg menggunapakai jadual waktu yang sama.

Macamnilah bilalnya. Xde guna mic pun.

Mengenai solat subuh di Leicester, aku sangat tertarik dengan situasi di sini di mana kami berada di negara org Bukan Islam. Subuh yang awal, iaitu 20 minit sebaik sahaja masuk waktu subuh menyebabkan kami menunaikan solat Jemaah tatkala semua orang bukan Islam sedang tidur dn berehat. Namun begitu, sifat manusia yang suka bersembg tatkala berjumpa menyebabkan suasana selepas subuh akan menjadi bising sikit. Akibatnya, 2,3 laporan polis dibuat oleh Jiran sekeliling sebab mengganggu waktu tidur mereka..

Kalau kat Malaysia memang kompem dah jadi isu besar ni. Tapi menjadikan isu ni sebagai muhasabah diri, memang kite sepatutnya beribadah tanpa mengganggu masyarakat sekeliling. Penyelesaiannya mudah, lepas solat baliklah rumah dengan senyap. InshaAllah, semua org senang dengan agama Islam. AKu tidak mahu mengulas isu gereja di Malaysia. Yang pasti memang gereja tu bersalah. Cume bile nak laga-lagakan Khalid Samad dan Hassan Ali, aku geram dengan org awam yang buat macam-macam spekulasi dan andaian. Bagi aku dua-dua org ni tak salah. Org yang ada niat jahat saje nak tunjuk dua2 ni bersalah.

Sekian dari Syuib0809..

No comments:

Post a Comment