Friday 12 August 2011

Mangsa Rusuhan: Asyraf Haziq

Bismillah..

Aku sendiri tidak pasti apa berita yang disiarkan di Malaysia. Namun yang pasti, seorang pelajar Malaysia bernama Asyraf Haziq telah dibelasah dan dirompak barang-barangnya ketika menaiki basikal. Aku dah tengok lama dah video budak kena belasah tu, tapi tak sangka plak die adalah student Malaysia. Video yang ditayangkan di youtube tu agak menarik sebab kumpulan yang belasah die tu, tolong angkat die lepas kena belasah, dalam masa yang sama curik barang2 yang ada dalam beg die. Apepun memang kesian dgn die. Tak silap aku rahang die lari dan gigi die patah.

Video tu antara video paling Famous mengenai rusuhan tu kat Youtube. Dan dalam sekelip mata, Asyraf Haziq ni menjadi begitu terkenal. Semalam masuk BBC News:



Hebat kot English die. Haha..

Orang UK ni boleh dikatakan org yang sangat prihatin. Baru-baru ni, diorg buat laman web untuk membantu Asyraf Haziq ni. Dan macam-macam diorang tawarkan kat Asyraf Haziq ni sebagai menunjukkan rasa simpati. Ada tawarkan nak bagi PSP percuma, nak sponsor Flight Mak Ayah die untuk tengok die kat sini, bahkan ada cadangkan untuk bayar yuran pembelajaran die kat sini. Tapi, oleh kerana die dah dapat biasiswa MARA, macam tak perlu la untuk bayarkan yuran die tu.

Klik sini untuk ke laman web

Apepun, kesian gak tengok die ni. Sabar2..



Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment