Semalam, kak min(isteri abg Mahyudin) ajak berbuka puasa di rumah die. Mungkin die sedar yang kami dah bosan makan masakan orang bujang je hari-hari kot. Oleh kerana hanya rumah ni je pun Undergrad yang tinggal, maka kami bertiga jelah kot yg sepatutnya pergi. Oleh kerana Highfield agak jauh dari rumah aku, aku rasa kalau solat asar kat masjid e-abu Bakar mesti tak sempat punya. Jadi, aku ambik keputusan untuk solat asar kat Markas Tabligh, iaitu masjid Usman. Lama gak tak pergi masjid ni. Teringin nak tengok suasana di bulan Ramadhan kat masjid tu. Jadi, kul 6.45 aku dah bertolak dari rumah.
Solat asar berjemaah masjid ni awal berbanding masjid di kawasan narborough road. Dalam kul 7.15 dah solat. Kalau Malaysia ni waktu bukak puasa la kot. Lepas solat, aku baca Tafsir sementara menunggu waktu berbuka puasa. Sementara di Masjid tu, ada macam taklim a.k.a bayan. Aku tak syok sangat majlis ilmu die dalam bahasa Urdu. Apalah yg aku nak faham kan? Selepas satu jam, akhirnya tibalah waktu berbuka puasa. Memang ramai orang. Menariknya, akan ada orang bawak bekas berisi bungkusan kurma dan secawan air untuk diedarkan kepada semua jemaah yang ada kat dalam masjid tu. Dalam bungkusan tu ada lebih kurang 5.6 buji kurma. Die takde lauk-pauk atau kuih muih. Simple dan ikut sunnah...
Selepas solat Maghrib, aku pun menuju ke rumah Kak Min. Dalam tu dah ada abg sobri dan isteri, kak min dan anak die dua org, bersama mak cik lili yg garang. Aku tengok Muammar cuak giler dgn die. Haha. Syahir dtg seorg diri sebab aku dah bertolak awal. Dan naufal tidak dapat hadir atas beberapa kekangan. Kami dihidangkan dengan Mee(hailam kot) dan kemudian dapat makan nasi dengan ikan kembung masam manis. lama tak makan ikan, memang bertambah lah aku makan. Kemudian, kami terus ke AcademyDakwah utk solat Isyak&Terawikh. Aku Ingat nak balik je Lepas terawikh, sekali katanya ada Moreh, jadi kena datang balik.
Selepas Terawikh, banyak masa kami diluangkan untuk bersembang sahaja. Macam-macam yang berjaya dikongsikan, dan aku sangat seronok dengar cerita abang Sobri. Tak sangka dah 12 tahun die jadi cikgu. Yang dahsyatnya tempat die menetap memg jarak jauh2. Mula kat Grik, lepas tu ke Terengganu, kemudian Johor dan sekarang berkhidmat kat Universiti Malaysia Sabah. Jauh-jauh sungguh. InshaAllah, rabu depan mereka plak bukak puasa kat rumah kami.
Aku takde tangkap gambar pun semalam.
Tadi, aku tetibe nak cuba balik buat kuih Bom yang tak menjadi dulu. Lepas Zuhur, terus uli tepung. Buat sikit je, sebab kalau buat banyak-banyak bukan makan sangat pun. Budak-budak rumah aku memang makan sikit. Ditambah plak Izwan takde, Naufal dengan syahir memang tak kuat makan macam aku. Kali ni memang aku goreng dalam minyak penuh dan barulah aku tau kenapa kuih ni dipanggil kuih BOM. Haha.
Rupe-rupenye sebelum kuih ni nak timbul, die akan meletup dulu. Nampak yang belah kanan tu, tengah meletuplah tu. Memang BOM lah bunyinya.
Ni die Hasilnya. Sihat dan bulat. Cume die tak jadi coklat macam kat pasar malam. Aku pun tak tau kenapa. Tepung tak sama dengan Malaysia kot. Manusia memang suka menyalahkan benda lain.
Masih tak tahu apa rasanya. Hari tu aku buat memang tak terasa inti die sangat sebab aku bubuh ciput je. Dan hari tu tepung lembik menyebabkan asyik nak pecah je waktu masuk inti. Sekian sahaja untuk Hari ni. Selamat berpuasa.
Kamera aku dah rosak. Jadi, gambar semua gune Iphone.
Sekian dari syuib0809.
Kamera aku dah rosak. Jadi, gambar semua gune Iphone.
Sekian dari syuib0809.
No comments:
Post a Comment