Monday 8 August 2011

Buka-buka Ramadhan

Bismillah..

Alhamdulillah, dah seminggu dah aku berpuasa kat Leicester ni. Boleh dikatakan segala-galanya berjalan dengan lancar sekali. Paling penting, memang terasa jauh daripada kemewahan berbuka puasa seperti di Malaysia. InshaAllah hari ni aku nak cerita macam mana bukak puasa di masjid Leicester ni. Aku memang hari-hari bukak puasa kat masjid e-abu bakar ni. Boleh dikatakan sangat-sangat berbeza dengan suasana berbuka puasa kita di Malaysia. Nak tahu makan apa?

Jom tengok dibawah!!

Sebelum tu, memang sebelum bukak puasa tiada baca doa atau bertahlil panjang2. Cume doa pendek berbuka puasa je yang dibaca oleh bilal. Dan makanan dihidangkan dalam talam.

Hari isnin sampai rabu:

Lebih kurang macam ni menu die dari isnin smpai rabu. Ada samosa, popia goreng, cekodok(byk jenis cekodok die). Kurma memang die bubuh banyak-banyak. Ambiklah berapa suka. Selalunya tak habis pun. Air plak yang selalu die bubuh ialah sama ada air bandung atau air gas(coca-cola/pepsi). Air mineral memang die bagi sekali.

Hari Khamis:

Pizza Hut tu! Tak taulah kenapa special plak hari tu. Setiap kumpulan dapat dua Pizza yg besar. Kumpulan aku ada 6 org. Pizza tu masing2 ade 12 potong. Jadi sorg dapat 4 potonglah. Hehe. Memang kenyang walaupun hanyalah Pizza vegeterian. Dapat gak macam nugget sekali. Pernah ke bukak puasa kat masjid Malaysia makan Pizza? Pelik kan?

Hari Jumaat:

Kuih lagi macam biasa. Warna kuning tengah tu macam kuih apam, tapi masam. Dan menu special ialah yg dalam mangkuk tu. Dalam tu ade kacang kuda yang dimasak dengan kari, lepas tu die bubuh macam kuah manis sikit dalam tu. Susah gak nak terangkan.. Nampak air bandung tu?

Hari Sabtu:
Nampak simple kan? Okeh, dalam roti tu ade salad dengan ayam tikka macam tu. Yang dalam aluminium foil tu ialah kentang goreng pedas. Yang ni agak lawak sikit lah. Roti tu ade 7, manakala kumpulan aku ade 6 org lagi. Dengan selambanya aku ambik satu yang lebih tu. Haha. Sabo jela.

Hari ni, Ahad:
Pak cik yang buat berbuka hari ni memang gempak aku rasa. kurma yang dia bagi pun memang kurma lembut, yg boleh dikatakan agak mahal la. Kuih ada samosa dan kuih macam karipap. Menu tambahan ialah roti yang berisi sosej dan die letak sos cili atasnye. Sos cili diorg macam biasa, masam. Kumpulan aku kali ni ade 5 org dan boleh dikatakan byk org tua. Jadi tak larat je diorg makan. Oleh kerana kami ade 5 org je, jadi kami pun bagilah roti tu kat kumpulan len sikit. Dah bagi pun ade lebih lagi roti tu. Aku dah kenyang sebab dah balun dua. Haha

Lain kan dari Malaysia. Kalo malaysia paling kurang kene ada 4 lauk. Tak masuk jenis air lagi. Tapi kat masjid e-abu bakar ni, memang macam nilah makanan die. Dan sangat kejap tempoh diorg berbuka puasa tu. Habis je azan, 2,3 minit lepas tu dah terus mula sembahyang. Dan mereka ni sangat suka benda-benda yang simple. Diorg tak gune jug semua, air memang disediakan dalam botol dan dituang dalam cawan plastik pakai buang. Jadi, xdelah nak basuh apa-apa. Talam plak sudah dialas kertas dan makanan yang disediakan biasanya makanan kering yang menyebabkan diorg tak perlu basuh tangan. Dan makan memang sekadar alas perut. Menarik kan?

Ni plak bacaan yang dibaca selang atara terawikh. Tapi baca masing-masing dalam hati.

Ayat hujung die lebih kurang sama dengan Malaysia.

Cukuplah sekadar perkongsian seminggu ni berbulan Ramadhan di Leicester. InshaAllah ada apa-apa lagi perkara menarik akan aku kongsikan. Jom rebut peluang-peluang lumayan sepanjang bulan Mulia ni.

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment