Bismillah..
Sebelum apa-apa pun, mari kita bandingkan ketiga-tiga video lawak ni. Itupun kalau lawaklah bagi pandangan korang.
Boleh dikatakan semuanya lawak. Sesuai untuk mereka yang mahu menghiburkan hati ketika tengah frust, tertekan dan barangkali juga baru putus cinta. Memang itu alasan yang manusia gunakan kerana kononnya rancangan-rancangan yang lawak mampu menenangkan hati masing-masing. Tapi, aku cuba untuk membandingkan ketiga-tiga video tadi:
Video pertama, rancangan lawak yang baru sahaja tamat. Menampilkan dua artis muda yang sangat popular di Malaysia iaitu Johan dan Zizan. Yang hadir memang sangat ramai. Tapi selain ketawa, apa lagi yang kita dapat? Nilai-nilai murni? Pengetahuan am? Tsaqafah? Entahlah..
Video kedua, Pi Mai Pi Mai tang tu tahun dalam 1997 kalau tak silap aku. Lawak yang tak bodoh sangat dan biasanya Sitcom ni penuh dengan nilai murni. AKu yakin, ramai orang yang sudah berumur sangat minat dengan cerita ni. Banyak pengajaran, namun masih banyak yang perlu diperbaiki.
Video terakhir, ustaz yang aku kira paling popular di Malaysia walaupun tak pernah keluar TV, sebab beliau sokong pembangkang. Tapi kalau die berceramah, penuh orang dan menariknya yang datang memang sangat banyak orang muda. Mat rempit pun suka dengar ceramah ustaz ni. Lawak memang lawak, sesuai untuk mereka yang kononnya mahu berhibur. Malah, siapa yang mendengar mendapat ilmu walaupun sedikit. Juga, boleh menjadi bekal ke akhirat kepada mereka-mereka yang menghadiri majlis ilmu sebegini. Ruginya remaja yang penuhkan stadium untuk konsert sia-sia sekiranya matlamat(hiburan) yang sama, dapat dipeolehi dgn menghadiri majlis ilmu mengingati Allah. Free of Charges dan siap dapat makan lagi.
Ramai kan?
Macam-macam lawak ada di dunia, pilihlah yang terbaik.
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment