Thursday, 11 August 2011

Rusuhan sampai ke Leicester

Bismillah..

Semalam kat Masjid, pak cik yg uruskan masjid buat pengumuman supaya semua jemaah masjid berhati-hati sebab Leicester dijangka akan ada rusuhan malam tu. Die bagitahu gak yg kuil, gereja kebanyakannya tutup awal semalam sebab sudah diberi amaran, manakala masjid ni terpaksa tutup lewat bagi memberi laluan untuk solat terawikh. Balik dari terawikh, memg boleh nampak helikopter berkeliaran. Aku pergi solat subuh macam biasa tapi tiada apa yang berlaku, Alhamdulillah.

Tgh hari tadi, syahir pergi Bandar Leicester. Aku kalau ikut secara mata kasarnya, memang nampak mcm takde ape2 bende pun berlaku. Gi zuhur pun, mcm xde bende je. Waktu berbuka tadi syahir bagitahu beberapa kedai kat Leicester dah kena pecah dan polis penuh kat City Centre tu. Rupe2nya malam tadi dalam pukul 10 memg ade budak2 muda nak buat bende yg sama macam di London. Lepas Isyak tadi, seorg polis masuk dalam masjid untuk beri sedikit briefing dan mintak kerjasama sekiranya nampak sesuatu yg mencurigakan. Pendek kata, Leicester pn dah ada makhluk Riot ni.. 13 0rg ditangkap dan kebanyakannya berumur 15-17 tahun.



Sebenarnya kes rusuhan ni adalah sesuatu yang agak pelik. Ianya bermula dengan kes seorang polis yang menembak mati seorang pemuda. Lepas tu orang ramai pun buat protes sebab tindakan polis tu, sabtu lepas. Yang peliknya selepas tu, ada lagi macam rusuhan yang tak berkaitan dengan isu sebenar. Sebenarnya, diorg hanya nak merompak je. Dan polis di Uk sangat mantap kot, aku sendiri tak pasti apa yang terjadi di London sebab semua rompakan dan pecah kedai dilakukan dihadapan pihak polis.

Ade beberapa analogi yang aku assume:

Analogi pertama: Seorang guru yang panas baran disaman oleh bapa kepada seorg pelajar kerana menyepak anaknya. Oleh sebab guru tu berdepan dengan masalah ni, jadi budak2 berani kurg ajar dengan cikgu tu sebab yakin cikgu tu tak berani buat apa. Kalau tak, lagi teruk cikgu tu kena nanti dari PIBG atau kementerian. Anggaplah cikgu tu polis dan pelajar yg kurg ajar tu ialah budak2 yg merompak.

Analogi kedua: Seorang mak merotan anaknya sebab dapat keputusan corot dalam kelas.. Selepas dirotan, si anak conteng dinding, merajuk tak nak makan sebagai tanda protes kat mak. Jadi, mak die buat-buat tak layan je protes tu. (Kes ni tak sesuai utk beberapa keluarga lain yg kompem dirotan oleh emaknya. kalau cari pasal). Macam tu la kot gak kes ni dimana polis x nak tangkap diorg sebab semua tindakan rusuhan tu bagi menzahirkan ketidakpuashatian rakyat kononnya.

Tapi memang pelik sebab kat london tu diorg curi barang depan polis je.
Apepun aku tengok memang keadaan kt leicester ni tak berapa merbahaya. Yang cari pasal ade dlm 30 org remaja bermasalah belasan tahun, polis yang jaga punyelah ramai dengan anjing bagai.

InshaAllah segalanya selamat di bulan Mulia ni.
Jom tingkatkan Ibadah.

Sekian dari syuib0809.

No comments:

Post a Comment