Thursday, 18 August 2011

Tidur, Kelambu dan Ubat Nyamuk

Bismillah..

Ketika berbuka tadi, kami didatangi oleh keluarga abang Mahyudin, Kak Kham dan lili tai. Hari rabu, memang giliran aku memasak pun. Jadi, aku masak rendang daging, ayam&udang masak kicap, goreng ayam sikit dan buat sikit kuih ketayap. Lepas masak, berkejar-kejaranlah aku ke masjid untuk menunaikan solat asar. Sudah menjadi rutin, aku akan terus duduk di masjid sampailah berbuka puasa. Ditakdirkan Allah, menu berbuka punyelah dahsyat iaitu Pizza Hut. Dah lah kumpulan aku 4 org je, memang kenyang dan berlebih-lebih pizza tu. Lepas solat, aku terus pulang ke rumah melihat tetamu2 makan. Ketika bersembang dengan abang Din, tiba-tiba aku bertanya pasal si Ayman yang pulang sebulan ke Malaysia dgn abang Din. Seronok bila dengar seksanya si Ayman ni dengan nyamuk-nyamuk di Malaysia.. Darah Import nyamuk2 tu dapat.


Kisah tidur aku di Malaysia mengalami perubahan dari tahun ke tahun, menyebabkan aku teringat kembali zaman-zaman ketika tidur berkelambu dulu. Yang mana sangat susah dah nak jumpe sekarang ni.

Dari kecil sampai habis sekolah Rendah..

Teringat waktu kecik-kecik, kami memang wajip tidur dalam kelambu. Warna kelambu berubah-rubah dari tahun ke tahun. Waktu kecik, ayah aku tolong pasangkan, tapi lepas dah besar sikit, kami akan pasang sambil memanjat-manjat supaya sampai tempat bergantung. Kadang-kadang bergaduh dengan adik-beradik sebab malas nak pasang kelambu. Teringat gak macamne tali-tali kelambu yang dibuat dari tali rafia tu habis bercerai-berai smpaikan waktu tengah tidur, tetibe terjatuh kelambu tu. Kadang-kadang biarkan je sebab dah malas sangat.


Zaman bersekolah di sekolah berasrama Penuh.

Ketika aku Form one, kami diwajipkan untuk pasang kelambu. Light off pukul 11.30 malam, jadi pukul 11 dah kena mula pasang. Memang akan ada dawai kat katil2 untuk pasang kelambu tu. Yang tak syoknya, kelambu yang aku pasang mesti tak cover dari kaki ke lutut. Sebab dawai kat dorm tu salah letak. Jadi pakailah selimut sekali. Bila masuk tingkatan dua sampailah tingkatan lima, kami tidak lagi pasang kelambu. Tidur dengan hanya berselimut dan tingkap semua terbuka luas. Dorm aku di tingkat dua, jadi boleh dikatakan banyak lagilah nyamuknya. Peliknya, kesejukan angin malam dengan tingkap terbuka luas, berlindungkan selimut sahaja, tidak banyak mengganggu tidur kami yang lena. Mungkin sebab kepenatan kot. Tak lalu tidur pun kalau baru lepas dengar cerita hantu.

Ni dorm aku waktu tingkatan satu, Dorm A2. Cadar dan selimut warna biru. Bersama Lufti.

Ni plak dorm dari tingkatan 3 sampailah tingkatan lima. Cadar dan selimut warna merah sebab kami rumah Omega.

Balik rumah bila cuti, kami sudah mula tak pakai kelambu dah. Kali ni cuba gunakan ubat nyamuk yang elektrik tu. Yang kena bubuh benda petak tu, lepas habis bau die, banyaklah nyamuk tu balik dan aku dapat rasakan nyamuk-nyamuk tu dah kebal dari benda alah tu.

Tidur di Chalet..

Kali pertama aku sampai di KYUEM memang aku terkejut, sebab asrama kami berbentuk Chalet. Nampak macam orang kaya kan? Memang tempat anak-anak orang kaya aku rasa tempat ni. Kolej swasta la katakan. Kat dalam chalet aku boleh dikatakan tak berapa banyak nyamuk. Mungkin sebab tak banyak lubang keluar malah nak masuk bilik dah kena lalu 3 pintu. Tapi sapa yang selalu bukak tingkap mungkin banyak nyamuk. Malaysia yang panas menyebabkan aku tidur bukak baju walaupun kipas atas kepala je. Biler balik rumah untuk tahun kedua, rumah aku dah mula pasang aircond. Pasang aircond, memang nyamuk lari. Hebat punye aircond. Mungkin sebab nyamuk kurus sangat kot, tulah tak tahan sejuk.

Ni bukan gambar bilik aku, susunan katil dan meja die sama dengan bilik aku.

Tak pernah digigit lansung oleh nyamuk..

Sampai di UK, tiada lagi kelambu, tiada lagi ubat nyamuk, malah tiada juga kipas angin yang menyejukkan badan. Yang ada hanyalah aircond percuma, itupun tidak boleh dikawal. Sampai je musim sejuk, memang menggigil kalau tidur tak pakai Duvet. Duvet ni kalau pakai kat Malaysia memang kompem berpeluh, jauh lebih tebal dari selimut. Nyamuk? Memang aku rasa, tak pernah lagi digigit nyamuk kat sini. Mungkin itu antara bende yang seronok untuk tidur di UK, malah nak tidur smpai tengh hari pun tak berpeluh InshaAllah.

Melihat telatah anak abang Mahyudin, memang sukar rasanya mahu biasakan dengan suasana Malaysia yang sangat berbeza. Pati memerlukan masa, malah mungkin kejam suasananya di Malaysia. Kanak-kanak sekolah dipaksa untuk membawa beg seberat berkilo-kilo untuk ke kelas. Di sini, kanak-kanak hanya datang sehelai sepinggang dengan beg kecil di tangan.

Pelik bukan?

Angkut barang ke dalam kontena pun tak berpeluh. Gambar ketika angkat barang rumah Abg Ghazali dan Ustaz Izzam. Abang mahyudin yg dalam kontena pakai baju merah.

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment