Sunday 29 December 2013

Jelajah Orang Kahwin Episod Akhir

Bismillah.

Kenduri Walimah terakhir tahun 2013 yang aku hadiri ialah kenduri Razmi Ziqri, rakan SEMESTI. Oleh kerana beliau memang jemput mulut, maka satu kewajipan besar untuk aku hadir. Tak pasti ramaikah yang pernah mendengar hadis ni:


Cuma masalah besarnya ialah jemputan tanpa kadnya berbunyi "Bain, datanglah kenduri aku 28 haribulan 12 ni kat selekoh..". Hmmm, mencabar.

Aku pergi seorang diri setelah ramai rakan-rakan lain membatalkan hasrat ke sana. Dengan hanya pembayang "SELEKOH", aku meluncur laju dengan firasat semata-mata. Nak gune google map, memang tiada lansung alamat. Sepanjang perjalanan ke Bagan Datoh sudah ternampak 3 buah kenduri. Terkebil-kebil mata melihat gambar dan nama pengantin. Alhamdulillah dengan mata yang sepet ni, aku nampak petunjuk majlis "Razmi & Ayu" di persimpangan Rungkup Kecil.

Majlis yang sederhana sahaja, namun cukup meraikan tetamu yang hadir. Pengantin memang pusing ucap terima kasih kat semua orang. Makanan dia pun menarik sebab ada pecal dan aiskrim. Oleh kerana aku hadir berseorangan, aku bercadang untuk pulang awal. Tiba-tiba Sopek call cakap nak datang bersama Maan dan Bana. Cume tak syoknya, diorang baru nak bertolak dari manjung. Jam waktu tu menunjukkan jam 1.15 tengah hari.

Aku bergerak meninggalkan majlis untuk menunaikan solat Zuhur di Bagan Datoh. Tiba-tiba Papa call tanya arah. Mencari dia je dah lama sebab aku sendiri tak mahir jalan kat selekoh ni. Lepas tunjuk arah, aku bergegas ke pekan Bagan Datoh sebelum ambik rombongan Sopek di hadapan STAR Selekoh. Sampai-sampai, ada Hilmi KU yang datang dari KL. Sedikit demi sedikit, semakin ramai rakan-rakan SEMESTI yang hadir. Pengantin baru Pak Sham pun ada. Paling tak sangka adalah kehadiran si Ammar Beron yang masih belajar kat Jepun.


Hujan renyai-renyai menyebabkan kami tersadai agak lama di majlis tersebut. Reunion kecil-kecilan sebegitu sentiasa mengundang keberatan untuk berpisah. Namun jam 4.30 petang, aku tiba-tiba terambil payung untuk ke kereta. Oleh kerana rumah razmi bakal sesak dengan kereta, aku bercadang untuk balik terus sahaja. Sedih, sebab tak salam kawan-kawan. Cuma sempat bertemu Razmi yang berada dalam kereta untuk hantar orang balik.

Aku merasakan mungkin ini pertemuan terakhir bersama rakan-rakan semesti dalam masa terdekat ni. Jika benar aku dipostingkan di Labuan, maka pertemuan kembali mungkin memakan masa seperti sebelum-sebelum ni. Sekitar 3 tahun, maka tahun tersebut barangkali 2016. 10 tahun selepas keluar dari SEMESTI. Mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik untuk rakan-rakan semua. Teruskan berusaha menjadi Ahli Syurga.



Sekian dari Syuib0809

Saturday 28 December 2013

Alkisah penduduk Anthokiah

Bismillah.

Alkisah sebuah negeri berdekatan Turki dan Syria didatangi oleh dua orang Rasul utusan Allah S.W.T. Lalu, kedua-duanya dipenjarakan dan diseksa oleh penduduk negeri tersebut. Kononnya, mereka ini mendatangkan sial dan bala kepada penduduk Anthokiah. Lalu, datang ketua kepada dua Rasul ini secara rahsia, membina hubungan dengan pemerintah negeri tersebut. Disaat ketiga-tiga rasul berkumpul, maka terserlahlah mukjizat kerasulan mereka dihadapan pemerintah. Mereka berdoa kepada Allah, lalu Allah menghidupkan orang yang mati sebagai bukti kekuasaan Tuhan yang Esa.

Namun, penduduk Anthokiah masih lagi kufur, menolak ajaran dan menyeksa ketiga-tiga rasul itu. Lalu datang seorang lelaki dari tempat yang jauh menyeru kepada kaummnya "Ikutlah Rasul-rasul itu, yang tidak meminta sesuatu pun dari kalian".. Nasihat tidak diendahkan, malah lelaki ini dipijak sehingga mati dan dikuniakan syurga oleh Allah S.W.T


Bukan susah menjemput azab di bumi ini. Kaum Aad dan Samud sudah menyaksikannya. Acheh menjadi bumi kontang dalam sekelip mata apabila dilanda Tsunami. Malah Allah tidak perlu menurunkan bala tentera seperti dalam perang Badar dan Ahzab untuk membunuh manusia yang Ingkar. Cukup dengan satu pekikan, matilah semua penduduk Anthokiah.

Inilah kisah yang turut dikenali dengan nama Ashabul Qaryah. Menjadi kisah utama dalam perbincangan Tafsir At-Tibyan Surah Yaasin, karya Tuan Guru Haji Hadi Awang. 166 m/s. Sarat dengan pelbagai nasihat yang praktikal dalam dunia "modern" hari ini. Kehebatan penulisan orang yang berada dalam medan perjuangan sentiasa mempunyai "roh" jika dibandingkan penulisan yang mencelok rujukan semata-mata. Aku beli waktu kat muktamar bulan lepas, tak pasti ada tak kat kedai buku biasa.



Hikmah dalam berbahasa.

Di bahagian akhir, peristiwa antara Rasululullah dan Ubay bin Kaab membawa kepada perbincangan berdakwah secara hikmah. Ramai orang berpendapat Hikmah itu bermaksud kata-kata yang lembut, sedangkan bukan begitu. Ia sebenarnya berpandukan kepada siapa dan situasi apa yang sedang kita hadapi. Kadangkala perlu tegas, kata-kata juga perlu kepada bersifat amaran apabila berhadapan dengan orang yang degil. Sekiranya nak beri contoh, maka biar sesuai dengan situasi orang setempat.

Pertemuan kembali antara aku, Sopek dan Baceh mengingatkan aku kepada zaman kami di dorm B2 dulu. Antara kami bertiga, yang paling tinggi pengetahuan agama ialah Sopek. Walaupun bahasa yang dia gunakan boleh dikategorikan sebagai "nakal" dan "tak senonoh", tapi hakikatnya nasihat dia penuh dengan nilai Tarbiyah. Erkk?? Mungkin itu bahasa yang sesuai dengan budak SEMESTI. Hingga kini, ada beberapa nasihat Sopek yang aku masih ingat, lalu membentuk diri aku hari ini. Amalkan agama dengan hujah, menjadikan kami tidak mudah terbuai dengan ajakan kosong semata-mata. Itu jarum pemikiran yang Sopek berjaya suntik kepada aku dan Baceh.


2006. Bila fikir balik, aku tak pernah gaduh atau tak bertegur sapa dengan dua orang ni.

2010 di program BOOM. Sopek antara pemberi motivasi utama untuk aku teruskan program ni.

2013. Tiga-tiga berjanggut?? Baceh sekarang aktif dengan program dakwah


Pertemuan di kenduri Pak Sham, aku tersenyum sendirian memikirkan nasihat Sopek mengenai perkahwinan, melancong dan harta. Mungkin rakan lain melihatnya sebagai lawak, namun itu bahasa dakwah paling berHIKMAH untuk kami.

"Ala dat, orang kaya ni sampai bila pun tak kan rasa cukup..."
"Kahwin ni perlu k*** je... Ko mule, baru orang boleh ikut"



Sekian dari Syuib08099.

Tuesday 24 December 2013

Cinta Sang Murabbi

Bismillah

Menyelusuri perjalanan Islam yang seharusnya SYUMUL pada pandangan mata manusia kerapkali mengundang seribu satu fitnah. Sebahagian Daie kerap bersifat eksklusif dalam beberapa perkara, lalu menonjolkan Islam yang hanya sesuai dengan imej "kopiah", "masjid" dan "kuliah agama". Di sebalik kekalutan ini, lahir generasi ilmuan muda serta ulama-ulama hebat yang mula melihat perspektif hiburan, sukan dan muzik dalam sudut yang berbeza. Tidak hairanlah Islam makin mula diterima golongan muda yang gian mencari jalan alternatif. Setelah lama mereka menjadi bahan untuk dilabel sebagai "rosak" oleh orang yang secara halus sedang merosakkan mereka.


Cinta Sang Murabbi merupakan satu usaha dari Ustaz Ridhuan Mad Nor bagi merealisasikan dakwah alaf baru. Lambakan Novel kisah-kisah cinta sudah menjadi kegilaan anak-anak muda. Ombak Rindu, Setia Hujung Nyawa, Kampung Girl, Teduhan Kasih, Sebenarnya saya isteri dia, Love you Mr Arrogant dan pelbagai lagi kisah menarik menghiasi ruang utama kedai buku. Maka, usaha kecil dilakukan supaya Novel bukan sekadar medan meng"imajinasi"kan cintan cintun sebegitu, namun sebagai medan menyuntik semangat menjadi ahli syurga.

Secara keseluruhan, "novel" ini menceritakan mengenai bumi Palestin yang sudah dirobek sekian lama oleh Rejim Zionis Laknatullah. Syeikh Ahmad Yassin, Hassan Albanna dan Dr Aziz Rantisi menjadi watak utama yang mewarnai buku ni. Kisah hidup, usaha, pengorbanan mereka dinukilkan bagi memberi inspirasi kepada anak muda di Malaysia agar turut bercita-cita syahid. Paling kurang, mendoakan perjuangan mereka di sana.

"berdoalah, kerana semalas mana pun kamu, pastinya mampu untuk berdoa, sama ada baring atau duduk. Malah tanpa menggerakkan bibir sekalipun.." itu pesan Assyahid.76

Aku terpana membaca pesanan dari Khalifah Umar

"Sekiranya kita tidak mampu mengalahkan musuh dengan ketaatan kita, nescaya musuh akan mengalahkan kita dengan kekuatan mereka.." mendalam maksudnya

Sudah banyak kisah Palestin yang dibaca, tapi aku asyik lupa je. Bukan senang nak ingat segala kronologi. Maka, buku ini sedikit sebanyak mengingatkan kembali mengenai Deklarasi Balfour, perjanjian Portsmouth, Perjanjian oslo 1993, PLO dan peperangan Furqan. Namun, secara jujur buku ini masih jauh untuk diangkat sebagai NOVEL. Isi yang baik, namun cara persembahannya masih kurang berdaya menarik hari remaja. Bahasanya juga terlampau berseni kadang-kadang. Pening gak nak faham. Sekadar pandangan..


Membaca kisah palestin, seolah-olah membaca kisah dongeng. Malaysia yang dipenuhi dengan Hedonisme, kemewahan dan penipuan keamanan tidak mungkin boleh melahirkan remaja yang memahami isu Palestin. Aku sedikit tersentak, hakikatnya banyak yang kami sembangkan hujung minggu lepas lebih berkisar perihal kerjaya, tiada kisah syurga. Jauhnya diri ini dari mata rantai perjuangan.



"Pemuda yang bermalasan dalam melazimi solat berjemaah di masjid, tidak layak untuk bercakap mengenai perjuangan Islam..."

Sekian dari Syuib0809

Sunday 22 December 2013

Jelajah Orang Kahwin episod 5

Bismillah.

Hari ni, seorang sahabat terkenal di SEMESTI melansungkan majlis jamuan meraikan perkahwinan beliau. Majlisnya agak menarik sebab dilansungkan di Dewan Makan SEMESTI. Maka, aku merasakan dua kelebihan ini bakal menarik ramai rakan-rakan lain untuk hadir bersama ke majlis walimah ini.

Ketika di tingkatan satu. Bersama Pengantin

Mohd Lufti bin Mohamed Zamhuri a.k.a Pak Sham pernah satu dorm dengan aku waktu Form 1. Aku tidak pasti menjadi anak kaunselor sekolah mempengaruhi perwatakan beliau, namun dia memang seorang yang sangat-sangat baik. Dan kelebihan utama dia ialah boleh "masuk" dengan semua orang. memang susah nak jumpa orang yang boleh masuk dengan kaki rugby, budak "lembut", kaki belasah, budak-budak surau sekaligus. Maka, tidak hairanlah memang ramai yang hadir ke majlis perkahwinan dia.


Pasangan di raikan. Zaujahnya juga cikgu.

Aku hadir berseorangan sebab bayern nak kena balik terus ke Ulu Bernam lepas kenduri. Dalam kul 12.30 aku dah sampai, dan pengantin baru nak masuk dewan. Sedikit demi sedikit kelibat rakan-rakan batch 19th muncul memeriahkan "reunion" kecil-kecilan ni. Keseronokan bertemu memang sukar untuk digambarkan. Kami banyak bersembang dengan cikgu daud yang lawak dia memang masuk dengan orang-orang muda. Cikgu Kamaluddin pun ada. Ramai je cikgu, cuma tak sempat nak bersembang dengan mereka.


Mengeteh bersama cikgu Daud. Memang air kenduri ialah Teh Krisantemum

Dua cikgu Otai di Semesti. Memang nampak cikgu din makin berumur.

Suasana sekolah memang menggamit seribu kenangan. Tambahan pula catering yang digunakan merupakan kepunyaan PakCik Rumaidi, orang kantin waktu aku form 1 sampai form 3. membesar dengan masakan beliau. Dan secara jujurnya, lauk pengantin tadi memang sedap. Ayam dia aku tak tau masak apa, lauk ikan tempura masak merah memang menjilat jari. Majlis yang simple tanpa pelamin, lagu yang dipasang pun berbentuk ke"agama"an. Seronok melihat mereka yang bersungguh dalam mencari Redha Allah. Seterusnya, sesi bergambar.

Antara yang hadir

Gambar bersama pengantin. Sorang je perempuan yang ada.

Sedikit yang menjadi tanda tanya ialah hampir tiada perempuan batch aku yang hadir. Ummi hadir pun sebab ada suami dia Adib. Orang Teluk Intan dan Hutan Melintang yang punya dekat pun tak datang. Hanya di akhir-akhir majlis, nampak Farahani Hamdan bersama adik dia. Itu saja.


Cigo datang bawa tunang dia. Ambil berkat kot. Ceewah. Ya Allah, permudahkan urusan pasangan baju merah ni. Saja letak, kot-kot cigo terjumpa blog ni.

Kami akhirnya bergerak ke teluk Intan sekitar jam 3.45 petang. Dahsyat, memang semua tak puas bersembang. Sedikit demi sedikit rakan yang menuju ke KL mula meninggalkan perkarangan asrama sekolah. Mudah-mudahan Allah kurniakan yang terbaik untuk pasangan pengantin. Moga beroleh ahli-ahli RUMAH yang beramal dengan amalan ahli-ahli JANNAH.

Barakallahu laka
Wa barakallahu alaika
Wa jamaa bainakuma fi khulli Khair.



Sekian dari Syuib0809

Wednesday 18 December 2013

Paradigma Melayu di Bumi Inggeris

Bismillah

Aku teringat ketika zaman persekolahan, pandangan buruk guru-guru dan orang tua-tua mengenai barat. Mungkin rata-rata di antara kita selalu mendengar "barat tu teruk!!.. Kerja berzina je!", "Jangan jadi macam orang putih, diorang mana ada adab..". "Orang putih ni benci dengan orang Islam, jahat diorang ni...". Bla, bla, bla... rasanya kita boleh menyambung segala senarai buruk yang pernah kita dengar mengenai "orang putih". Malah, banyak para ustaz/ustazah yang tidak pernah ke UK mahupun eropah, namun bersikap serba tahu mengenai masyarakat barat.

Berbeza dengan ustaz-ustaz yang sudahpun berada di UK, pandangan mereka kepada barat sangat-sangat positif. Bagi mereka yang mahu tahu, boleh baca buku-buku tersebut:

Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama Mu, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Travelog minda Tajdid, Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat, Dr Maza

 Buku terbaru yang aku baca turut berkongsikan perkara yang sama, malah lebih banyak perkara positif yang di utarakan dari kaca mata beliau sebagai pelajar PhD di Swansea. Walaupun bukan seorang Ustaz, namun beliau kerap digelar Ustaz Muhaimin Sulam di Teluk Intan. Terkenal di kawasan Sungai Manik ni, malah pernah duduk setaman dengan aku. Oleh kerana 2010 dia dah balik teluk Intan, aku sempat bertemu dengan dia kejap je ketika tahun pertama.

Aku Melayu di Kota Inggeris

Mereka yang mahu mengenal "orang putih" di UK, buku ni menggambarkan segala-galanya mengenai mereka. Walaupun mungkin akan ada yang mengejek "bangga sangat dengan orang putih tu........" , namun bagi aku terlampau banyak perkara positif yang boleh disedut dari mereka. Malah, aku secara jujurnya berasa jauh lebih selamat ketika berada di UK berbanding Malaysia. Tidak keterlaluan juga aku katakan, aku lebih merasai Islam di sana berbanding berada di bumi Malaysia yang terjamin keislamannya. Merasai makna ISLAM yang SELAMAT lebih terjamin daripada meretorikkan ISLAM itu SELAMAT.

Buku ini terbahagi kepada 3 Bahagian.

Bahagian pertama berfokus kepada budaya-budaya masyarakat di sana yang secara keseluruhannya sangat-sangat mengambil berat mengenai masyarakat sekeliling. Sistem kepercayaan yang tinggi, Disiplin masa dan kejujuran ketika bekerja, kecintaan terhadap penggiat seni, penghargaan kepada tinggalan sejarah mereka, kaum tua yang muda, dan kesuburan demokrasi diceritakan dalam Travelog 1 ini.



Bahagian kedua, berkisar mengenai Islam dan Melayu di bumi Inggeris. Kisah-kisah yang bagi aku masih belum boleh diterima oleh masyarakat melayu. Sebahagian kisah lain menceritakan bagaimana orang-orang Melayu "survived" kat sana. Ooh, ini memang menyebabkan aku rindu UK.

Bahagian ketiga pula lebih bersifat peribadi, ruang untuk Dr Muhaimin Sulam menukilkan penghargaan kepada Murabbi beliau, Ustaz Sulam.

Buku ni, ringan sahaja untuk dihadam para pembaca. Bahasa yang digunakan tersusun rapi dan berseni. Maka, selamat membelilah ye. Susah gak nak dapat kat kedai-kedai buku biasa. Ni aku beli online kat
MPH.



Sekian dari Syuib0809.

Monday 16 December 2013

Jelajah Orang Kahwin episod 4

Bismillah.

Semalam 15 Disember, Caom kahwin. Rakan sekelas aku selama 5 tahun dari 1A1 sampailah 5ST. Boleh dikatakan, kami sangat selalu duduk bersebelahan dalam kelas. Hensem orangnya. Sejak sekolah, sangat pandai dalam bidang komputer-komputer. Maka, aku selalu sangat mintak tolong dia bila nak buat video/animasi orang lidi. Di akhir-akhir persekolahan, kami berdua buat CD kenangan untuk kelas. Banyak je projek lain sebab aku jenis ber"iya" waktu sekolah dulu, dan caom jenis yang suka layan apa yang aku nak buat. Memang baik mamat ni.

 Zaman sekolah

Aku, Bijan, Bayern dan Sogeh bergerak ke kenduri Caom dari teluk Intan jam 11 pagi. Sampai-sampai, semua mencari kot-kot ada budak semesti lain di majlis tersebut. Tapi memang takde sorang pun. Sementara menunggu pengantin muncul, maka melahap la semua makhluk Allah ni. Lauk utama dia ayam Kuzi, daging kicap, Gulai dan nenas. Makanan sampingan ada kuih cara, cara berlauk, tepung talam dan bubur kacang. Selepas lama menunggu, pengantin pun sampai dalam pukul 1.20 tengah hari. Tema, ungu boh!

Caom dan Juhanis.


Agak lama sebenarnya berada di majlis tu, maka kami berhajat untuk pulang lepas bergambar dengan pengantin. Tapi, pengantin agak selera makan. Menariknya majlis ni, kedua-dua mempelai diminta untuk berucap!!!. Lawak pulak bila dengar. Tambah lagi bila caom mentioned kami berempat dalam ucapan dia. Oleh kerana dah tak sabar, kami terus masuk ke rumah menuju ke pelamin. MC nye tak habis-habis duk kata "nampaknya rakan-rakan sudah menanti untuk bergambar bersama pengantin"

Mudah-mudahan bahagia hingga ke anak cucu. Zaman sekolah takde bercouple-couple, elok je kahwin. Orang lain yang duk bercouple dari sekolah, tak kahwin-kahwin gak. Maka adik-adik, janganlah nazak sangat nak bercinta kat sekolah.

Memerangi gejala buang bayi bukan dengan mengubati masalah zina, tetapi dengan mencegah sebarang titik ransangan yang mendorong kepada zina.


Bersama Mat Lajim.


Sekian dari Syuib0809

Saturday 14 December 2013

Temuduga Pelik yang Menyeronokkan

Bismillah.

Pulang sahaja temuduga, aku tersenyum seorang diri sepanjang hari.

Sampaikan adik saudara aku tegur..

"Angau!!, abang Izuan angau eh.."

Secara jujurnya, inilah temuduga paling lawak yang pernah aku hadiri. Penuh gelak ketawa, soalan pelik-pelik yang tak pernah terjangka dek akal  sebelum sesi temuduga. Bila pikir balik, pelik betul hang ni Izuan..

Temuduga dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris di perpustakaan Kolej Matrikulasi Johor yang terletak di tangkak. Sesiapa yang mengenali aku, pasti faham bagaimana keadaan BI aku. Mungkin kerana aku orang yang jenis "confident", maka aku main speaking je tak kire betul ke salah. Akhirnya, presentation aku dalam bahasa Inggeris akan menjadi sangat lawak. Aku masih ingat kalau present kat kelas Econs waktu kolej dulu, memang pecah perut satu kelas. Masalahnya, aku sendiri pun tak faham apa yang lawaknya.

 Bersama Mr Jamal, antara yg paling kuat gelak bila aku present..


Perkara hampir sama terjadi ketika Micro teaching Interview ni.

Temuduga pada awalnya lebih kepada pengenalan diri. Macam-macam yang dia tanya berdasarkan sijil Koko yang disertakan. Perbualan panel penemuduga dengan aku banyak berkisar tentang PELAT. Pelik kan? Maka banyak kisah yang aku ceritakan terutamanya ketika berada di UK. Sembang-sembang tetiba tersesat ke pinggan CORELLE. What??

Di bahagian akhir temuduga pula banyak bersembang tentang tempat posting. Aku entah macam mana masih bertekad untuk cuba berada di Kolej Matrikulasi Labuan. Maka, perjalanan temuduga ke arah kenapa ingin Labuan, pendapat mak ayah dan pengalaman penemuduga sendiri.

Bahagian Microteaching terletak di pertengahan temuduga dengan calon diberikan masa sekitar 5-7 minit. Aku memilih topik Polynomial dengan subtopik Long Division.  Lepas mengajar, tetiba panel perempuan paling hujung berlakon..

"Teacher, I don't understand la.."

"Which one u don't understand? U know, this is the fastest one I hv been teaching in my life"

Lepas explain sikit.. Panel perempuan paling hujung tu tanya lagi

"So, its try and error ye sir?"

"Yes.. yes.. you are very clever."... Tetibe semua panel gelak. Erk??

Perempuan hujung tu sambung.. "But teacher, it is very long until we get the answer.."

"Well, there is always a long way to success"

Kali ni empat-empat tu gelak tak ingat dunia.. 3 perempuan, seorang panel lelaki. Aku plak blur.. Apakah?

...............................

Lepas Mior keluar dari bilik yang sama, kami pun sembang. Mior bagitahu aku

"Eh pilus, ko tau tak salah sorang panel tu timbalan pengarah?"

"Tau, diorang bagitahu tadi. yang kat tengah tu eh?"

Mior balas "tak lah, perempuan yang kat hujung sekali tu.."

Hmmmmm....

Secara jujurnya, aku bercadang untuk menjadi guru sekolah sahaja selepas memikirkan mengenai keluarga dan anak-anak. Datang ke temuduga sekadar pengalaman dan memenuhi jemputan. Tapi peliknya, aku masih buat yang terbaik. Bertambah pelik. aku tak nak jadi pensyarah, tapi aku sangat berharap keputusan temuduga tu adalah positif, yakni aku ditawarkan menjadi pensyarah. Keputusan tu penting bagi aku sebab aku nak tahu adakah gelak ketawa temuduga tu sesuatu yang bermakna atau sebaliknya. PELIK

Apepun, alhamdulillah segala temuduga sudah selesai. Sedih melihat rakan lain yang terseksa ketika temuduga, apatah lagi yang masih tertangguh urusan temuduganya. Mudah-mudahan beroleh yang terbaik.



Sekian dari Syuib0809


Tuesday 10 December 2013

Pergilah, Tiada Jemputan.

Bismillah.

Bila dapat berita kematian ayah Azim, aku sedikit kelam kabut. Rakan-rakan lain yang sudah mula bergerak pergi menyebabkan aku tidak tentu arah. Nak pergi, tak tahu jalan. Tak pergi, itulah antara kawan baik aku waktu kat kelas 5ST dulu. Aku akhirnya keluar dari Felda Besout tu sebaik sahaja menunaikan solat Zuhur Asar di masjid berdekatan. Sepanjang perjalanan ke Tg Malim, aku mesej dan telefon Caom(firdaus) untuk tanya di mana rumah Azim. Selepas pusing beberapa kali di Simpang 4 UPSI, aku akhirnya tiba di rumah beliau jam 4.45 petang.


Lepas sekolah, aku rasa tak pernah lagi aku jumpa dia. Tiba-tiba bertemu dalam keadaan sedih sebegini. Lepas ucap takziah, aku duduk sebelah Jenazah yang pernah aku ketemu ketika bersekolah dulu. Sedikit sahaja bacaan yang mampu disedekahkan, mudah-mudahan membantu. Aku dimaklumkan yang jenazah akan dikebumikan selepas solat Isyak. Maka, aku tunggu sebentar. Rakan-rakan lain masih belum sampai. Kelibat beberapa budak perempuan SEMESTI batch aku menyebabkan aku sedikit melarikan diri. Tak pasti kenapa, namun sebahagiaannya masih mengecewakan hati aku. Kebanyakan perempuan SEMESTI yang aku hormat hanyalah bekas budak yang satu kelas Menengah Rendah dengan aku.



Setelah beberapa lama duduk di kawasan perumahan tersebut, aku membuat keputusan untuk pulang. Waktu tu jam baru menunjukkan jam 5.30 petang. Aku agak kepenatan untuk menanti sehingga waktu Isyak. Dalam kereta tiba2 rasa serba salah tak tunggu. Ditambah lagi tetiba Bopen(syakir) call tanya kat mana rumah Azim. Aku sendiri tak pasti apa yang menggerakkan hati aku untuk balik, sedangkan aku dah bagitahu mak aku untuk stay kat Tg Malim sampai pengebumian. Sampai di Bidor, tiba2 mak aku call..

"Wan, mak rasa wan baliklah sekarang... Wo (panggilan opah) dah nazak.."

"Ok, ok... Wan dah ada kat bidor dah pun.."

8 Disember 2013

Sebaik sahaja sampai rumah, semua ahli keluarga aku dah pergi rumah opah aku. Waktu tu, memang Wo dah meninggal Dunia. Aku bersihkan diri, solat Maghrib di Masjid dan terus menuju ke sana. Ayah aku pula sibuk menguruskan laporan Kematian dan proses menyempurnakan Jenazah. Kali ni, jenazah akan dikebumikan Zohor keesokan harinya. Aku yang dah "lalok" malam tu ambil keputusan untuk berehat di rumah. Keesokan harinya, kami sedara mara turun padang menyempurnakan urusan jenazah. Anak Mak Cu antara yang paling banyak membantu, dengan bilangan mereka yang ramai.



Abah orang yang sangat pasti merasai pemergian Wo. 52 Tahun kehidupannya dihabiskan hampir setiap hari bersama ibunya. Balik kerja je mesti singgah rumah Wo, maka kami tak pernah berpindah randah ke tempat jauh. Namun, Abah kelihatan jauh lebih tenang dan lega berbanding adik beradik yang lain. Mungkin kerana sudah tidak sanggup melihat Wo yang sudah terlampau Uzur selepas diserang Strok. Aku sendiri tidak begitu rapat dengan Wo kerana sejak aku kecil Wo sudah diserang penyakit tersebut. Malah, beberapa kali kami mendengar Wo berharap agar malaikat maut menjemputnya... Setelah menanti, akhirnya masanya tiba.

BEDUK DIKETUK.

Aku akhirnya selesai membaca buku beduk diketuk setebal 276 muka surat. Tak pasti berbaloi atau tidak untuk orang lain membelinya, namun aku rasa kurang sesuai dengan diri aku. Namun, banyak sahaja perkara menarik untuk dikongsikan. Antara persoalan yang menarik perhatian aku:

"Kenapalah orang baik banyak mati muda-muda, yang jahat tak mati-mati lagi!"

Menarik perkongisan buku ni mengenai persoalan tadi. Hakikatnya, ia hanya mainan perasaan. Kita merasa orang baik begitu cepat mati kerana kita masih belum puas menerima kebaikan dari diri mereka. Sumbangan, jasa, keramahan, murah hati, baik hati dan segala-galanya mengenai si mati menyebabkan kita rindu untuk merasai lagi "faedah" dari si mati.

Manakala orang jahat pula, kita terasa perit dan sakit dengan kehadiran mereka. Tak mampu lagi menerima tempias dari kejahatan mereka. Allahuakhbar.. maka, kita begitu teringin kejahatan mereka berakhir dengan cepat. Penantian kita terasa lama.. hakikatnya tempoh masa masih lagi sama.

Mudah-mudahan menjadi Ahli Syurga.

Sekian dari Syuib0809.

Monday 9 December 2013

Jelajah Orang kahwin Episod 3

Bismillah.

Bermalam di KULIM, kami sepatutnya ditemani Aiman dan Azri. Tapi sayang, kedua-duanya tidak dapat hadir. Selepas berehat dari perjalanan kenduri Fiza, kami terus ke pekan Kulim untuk menonton wayang. Ustaz Mu Tunggu Aku datang. Secara jujur, memang lawak dan aku suka babak Jemaah Tabligh yang sangat-sangat sporting. Menarik..




Cikgu atau Pensyarah?

Isu ni paling banyak menjadi topik perbualan antara aku dan Hanif. Aku yang kurang konfiden untuk temuduga pensyarah Matriks khamis ni, berfikir kembali tujuan aku mengembara selama ini. Bukan aku tak reti mengajar, cuma jika bahasa Inggeris menjadi kayu ukuran, maka aku punyai peratus rendah untuk diterima. Persoalan yang Hanif bangkitkan " Apa sebenarnya yang kita nak kejar ni?". Kami berdua banyak memikirkan keluarga dan anak-anak. Peranan kepada perubahan anak murid, atau sekadar menjadi guru selama satu tahun untuk anak murid. Akhirnya, kami berdua cenderung untuk berada dalam linkungan cita-cita asal, GURU SEKOLAH. Apepun, aku cuba beri yang terbaik khamis ni.

....................................................

Perjalanan keesokan harinya adalah menuju ke Teluk Intan bagi meraikan perkahwinan Yasir. Sebelum ni, bukan main ramai kata nak datang. Tapi masing-masing banyak hal. Aiman yang tak berapa sihat turut membatalkan hasrat beliau bersama kami. Aku dan Hanif bertolak dari kulim jam 9.00 pagi ikut jalan lama tembus Serdang/bandar Baharu.

Sampai di Ipoh sudah agak lambat untuk ambik Mior. Kami akhirnya sampai di Teluk Intan sekitar jam 12.40 tgh hari dengan destinasi pertama ialah rumah aku.. Nak ambil hadiah. Satu untuk Yasir, satu untuk Papa&Yenna. Yasir punya kenduri penuh adat dan budaya. Makanan dia sedap sungguh, lauk biasa tapi rasa die sedap ditambal sambal ikan bilis petai. Paling menarik, pemilihan baju pengantin Yasir. Aku kenal Yasir, memang citarasa dia mantap.


Ni bukan marna merah jambu, bukan juga warna oren. Hebat mamat ni


Aku hanya boleh berada di majlis Yasir paling lama sampai pukul 2 petang. Perlu berkejar ke kenduri Papa & Yenna. Walaupun sedikit sedih sebab tidak dijemput, aku memahami dunia moden yang terikat dengan FB. Diorang ni dua-dua kawan aku, maka aku sedaya upaya datang walaupun tidak dijemput. Papa(azri) kelas 5 tahun dengan aku manakala si Yenna ni aku tak segan sebab kami banyak bekerjasama dalam kelab Muzik, Koir dan Kebudayaan. Pertama kali aku ke Besout ni, tak sangka punya jauh ke dalam. Dalam 3.10 petang aku sampai dalam majlis yang dah lengang.


Gambar yang sempat aku snap dengan kamera buruk aku. Tahniah!!


Masih ada beberapa rakan Semesti yang berada di situ. Ada bopen, Gibak, Pedo, Tom, Puyek, Lokman, Afian dan Noh. Lepas ucap tahniah dekat Papa, tiba-tiba gibak bagitahu ayah Azim baru meninggal dunia. Memang kat kenduri tadi baru si Azim ni dapat tahu. Innalillah... Jadi, diorang semua nak menuju ke sana untuk ziarah. Aku cadang nak sembang dan tangkap gambar dengan pengantin, tapi diorang sangat sibuk bergambar bersama keluarga. Aku rasa tak sedap hati tak ziarah Azim(Ni dia), maka aku bergegas pulang tanpa menjamah apa-apa. Sekadar adab sebagai tetamu tak diundang.

Berlakunya perjalanan yang tidak lansung dirancang..
Kemudian kejutan lain pula datang menerjah......

Bersambung...


Isha, Mior, Hanif, Azizan, Kamal, Aku. Sebelum berangkat tetiba mak zizan tanye " Dah tunang ke belum?".. Erkk..



Sekian dari Syuib0809.

Sunday 8 December 2013

Jelajah Orang Kahwin episod 2

Bismillah.

Terlampau banyak perkara berlaku hari ini. Namun, inshaAllah aku ceritakan sedikit perjalanan ke kedah bermula jumaat baru-baru ni.

Pertama kali sebenarnya aku ke Alor Star. Menaiki bas  dari Teluk Intan jam 8.00 pagi dan sampai sekitar jam 1.00 tengah hari. Lepas solat, benda pertama yang aku tertarik ialah Radix Fried Chicken. Produk orang Islam, maka aku sangat teringin nak cuba. Cuma sedikit sedih melihat bangunan kedai ini yang warnanya sudahpun kelihatan pudar. Percaya atau tidak, itu sangat mempengaruhi pandangan orang awam terhadap RFC.




Sementara menunggu Hanif yang berada di Kulim, aku menuju ke Alor Star Mall dengan menaiki bas. Memang takde benda nak buat. Akhirnya, dalam pukul 4.20 petang hanif datang ambik aku dengan ditemani ibu bapanya. Malam tu, aku bermalam di rumah hanif yang terletak dalam kawasan Kolej Mara Kuala Nerang. Boleh tahan gak lah ulu dia. Berbanding KYUEM, mungkin ini lebih terpencil kot.



Keesokan paginya kami menuju ke Pokok Sena, Kenduri rakan seuinversiti, iaitu saudari Afiza Aziz. Walaupun 4 tahun belajar bersama, aku memang awkward dengan pengantin ni. Tapi, demi meraikan rakan, sanggup mai jauh-jauh. Antara pelajar KPLI yang turut hadir ialah Azri, Aiman, Kak Zay, Leeya, dan Isha. Tema pengantin adalah warna ungu.



Oleh kerana pengantin lelaki datang agak lewat, hanip dah merengek nak balik. Kami sebenarnya akan menuju ke KULIM, sebelum bertolak ke Teluk Intan keesokan harinya. Tapi, pasal nak tangkap gambar dengan pengantin, memang tahan je la si hanif ni. Sepanjang menanti pengantin habis makan, kami duk menyembang pasal interview SPP dan matrikulasi. Sambil tu memujuk Aiman dan Azri untuk bersama-sama ke teluk intan esoknya.

Aku sangat penat sekarang, maka tulis sikit jelah ye. Banyak bende tak disangka berlaku hari ini. InsyaAllah nanti aku sambung cerita lagi.



Sekian dari Syuib0809

Thursday 5 December 2013

Temuduga SPP KPLI PPC.

Bismillah.

Pagi tadi telah berlansungnya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk budak KPLI PPC Maths dari kawasan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Selangor. Kawasan lain terutamanya terengganu dan Kedah tak silap aku akan diadakan minggu depan.

Temuduga tadi sepatutnya mula pukul 10 pagi, maka aku dan keluarga sudah berada di Putrajaya jam 8.00 pagi. Pukul 9.10 pagi baru aku masuk kawasan Jabatan Perdana Menteri tu. Lepas daftar di kaunter, kami semua menuju ke bangunan interview jam 9.30 pagi. Setiap orang akan dipanggil di kaunter pendaftaran temuduga untuk serah dokumen asal dan copy kepada panel penemuduga. Selain kami, ada juga pelajar bakal guru lain yang ditemuduga di bilik nombor 1 dan nombor 6. Matematik di bilik nombor 2.

Yang tak syoknya, pelajar PPC hanya mula ditemuduga jam 12 tengah hari. Kumpulan pertama sahaja sudah memakan masa satu jam setengah. Mana taknya, yang dalam kumpulan tu majoritinya kaki cakap banyak. Lili Tai, Sanjay dan Zizan.. Perghh. Kumpulan aku yang mengambil giliran seterusnya bermula jam 1.30 tengah hari. Ahli kumpulan aku ialah Farahin, Wawa, Ain, kak Zay dan Cuan. Rileks je semua. 40 minit dah settle..

Temuduga terbahagi kepada 3 sesi:

Sesi 1: Perkenalkan diri
Sesi 2: Isu Semasa/ Dasar
kami dapat soalan mengenai GST. Setuju tak dengan perlaksanaannya?

Sesi 3: Pendekatan yang digunakan dalam PnP ketika berpraktikum di sekolah.

Secara jujurnya, aku tidak lansung menjangka temuduga SPP ni akan berjalan begitu tenang. Panel penemuduga kami memang sangat baik dan tak ada provoke lansung. Cakap pun dua-dua sopan santun. Mendengar sesi temuduga rakan-rakan di tempat lain, apatah lagi pengalaman senior yang lepas. Segalanya kelihatan sangat kejam dan menakutkan. Mungkin rezeki kami pelajar PPC kot. Tak menyesal study macam-macam seminggu ni. Walaupun tak dipakai ketika interview, ia ternyata menjadi satu ilmu yang bermanfaat. Bayangkan, aku dah hafal senarai 14 nama Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Gila semangat!!



InshaAllah, minggu depan temuduga pensyarah Matriks pula mengambil tempat. Tak pasti apa kesudahannya. Temuduga tadi pun masih belum ada kata putus yang bersuluh. Mudah-mudahan dipermudahkan. Rezeki dari Allah!!

Sekian dari Syuib0809

Sunday 1 December 2013

Jelajah Orang Kahwin Episod 1

Bismillah.

Disember sudah mai. Dipenuhi dengan pelbagai undangan orang-orang kahwin. Menariknya, kebanyakkan yang akan mendirikan rumah tangga ini adalah rakan-rakan sekolah, kolej, universiti dan juga seKPLI. Aku berazam untuk datang yang mana seupaya mungkin, meraikan hari bersejarah rakan-rakan.

Untuk siri jelajah pertama, ialah seorang rakan sekolej dan seKPLI, saudari Norehan Deraman dan pasangan, Ibrohim Hanif. Suami Nor juga kenalan aku di UK, maka takdela segan sangat nak Mai. Aku dah bertolak dari teluk Intan jam 9.30 pagi, kemudian ambil Mior kat Ipoh menuju ke Padang Rengas, berhampiran Kuala Kangsar. Rakan KPLi lain yang turut hadir ialah Azri Pak Wan Teh bersama dua budak IPG.


Pasangan yang diraikan bersama pengapit, Andy dan Kak Nad.

Kul 11.50 aku dah mai, jadi sempat tengok rombongan pengantin masuk ke pelamin(tempat duduk). Majlisnya menarik sebab bertemakan Autumn, musim luruh. Latar daun-daun luruh ditonjolkan di pelamin, meja makan serta pokok-pokok. Malah tema baju bagi keluarga juga ala-ala coklat oren. Simple and sweet. Malah sepanjang kenduri, lagu-lagu yang didendangkan juga adalah bersifat ketuhanan ataupun Nasyid. Lepas pengantin duduk, bacaan doa disempurnakan sebagai pengganti kepada acara-acara pelik yang kerap berlaku di majlis walimah orang Melayu.

Aku sebenarnya sangat tidak berhajat untuk lama di majlis ini. Tapi rakan-rakan pengantin yang datang kebanyakannya adalah rakan aku jugak. Aku terkejut gak bila tetiba Juju(soton) ada kat majlis tu. Caer dan rakan rapat, Faiz Abdul Rahman turut datang Nun dari KL. dalam pukul 2 petang lebih, rombongan Burhan, Yorke, Nazmi Notts membanjiri lagi majlis tersebut menyebabkan aku memang tak berganjak dari majlis sebab mahu mengubat rindu bersama rakan-rakan. Manakala Mior, Azri dan budak IPG bersiar-siar ke Kuala Kangsar.

Sahabat-sahabat lama dari UK.

Bagi aku lauk kenduri dia memang terbaik. Sedap. Ditambah pula musim buah-buahan yang sedang melanda negeri Perak, maka ada satu khemah khas disediakan bagi buah-buahan seperti Rambutan, manggis dan Durian. Macam-macam lagi makanan disediakan seperti Tapai, Cedol, Char kuew tiau, dan bubur kacang. jadi, memang ada sahaja bende nak kunyah sepanjang berada di majlis tersebut.

Bersama Zahid, Azri dan Isma di pondok buah-buahan. Tu tengah cop tangan kat lukisan.

Lepas rombongan Yorke, Juju dan rakan-rakan pulang, aku menuju ke Kuala Kangsar untuk ambil Mior. Cadangnya nak pulang, tiba-tiba diorang duk ajak pergi Galeri Sultan Abdul Aziz. Sebagai bakal guru, kami agak menghayati pameran kat situ yang menyebabkan kami adalah pengunjung terakhir keluar dari muzium tu. Tidak berakhir di situ, kami seterusnya ke tepi sungai perak untuk merasa Laksa Kuala Kangsar. macam-macam. Oleh kerana Mior tertinggal beg kat rumah pengantin, maka aku terpaksa patah balik. Azri pun ikut sekali sebab Andy nak tumpg pi Butterworth.

Di hadapan Masjid Ubudiyah. Ada 3 pasangan baru kahwin berposing kat sini.

Banyak lagi benda yang tidak disangka berlaku menyebabkan aku hanya keluar dari rumah pengantin 7.30 malam bersama dua orang pengapit iaitu Andy dan Kak Nad. Kesian tengok kak nad ni sorang-sorang. Diorang berdua ni aku hantar kat stesyen bas besar IPOH, Aman Jaya sebab hanya ini yang paling menjamin pengangkutan bas untuk ke destinasi masing-masing. Akhirnya, kak nad dapat bas ke Johor kul 11 malam manakala Andy dapat tiket dalam kul 1 pagi menuju ke Alor Setar. Lega hati, sebab ada orang leh temankan kak Nad kat bas tu. Mior pun stay kejap kat situ.

Dengan baju pengapitnya, kami berada di Aman Jaya.

Begitulah perjalanan ke Padang Rengas untuk kenduri kahwin pertama. Tak pernah aku selama ini kat majlis kenduri kahwin orang(bukan keluarga). Mudah-mudahan Nor and Bro bahagia di bawah Redha Allah dan beroleh zuriat-suriat yang Soleh dan Solehah. Barakallahu lakuma wa baraka'alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair.

I just came for food!!

Sampai rumah jam 10.30 malam.
Sekian dari Syuib0809.