Bila dapat berita kematian ayah Azim, aku sedikit kelam kabut. Rakan-rakan lain yang sudah mula bergerak pergi menyebabkan aku tidak tentu arah. Nak pergi, tak tahu jalan. Tak pergi, itulah antara kawan baik aku waktu kat kelas 5ST dulu. Aku akhirnya keluar dari Felda Besout tu sebaik sahaja menunaikan solat Zuhur Asar di masjid berdekatan. Sepanjang perjalanan ke Tg Malim, aku mesej dan telefon Caom(firdaus) untuk tanya di mana rumah Azim. Selepas pusing beberapa kali di Simpang 4 UPSI, aku akhirnya tiba di rumah beliau jam 4.45 petang.
Setelah beberapa lama duduk di kawasan perumahan tersebut, aku membuat keputusan untuk pulang. Waktu tu jam baru menunjukkan jam 5.30 petang. Aku agak kepenatan untuk menanti sehingga waktu Isyak. Dalam kereta tiba2 rasa serba salah tak tunggu. Ditambah lagi tetiba Bopen(syakir) call tanya kat mana rumah Azim. Aku sendiri tak pasti apa yang menggerakkan hati aku untuk balik, sedangkan aku dah bagitahu mak aku untuk stay kat Tg Malim sampai pengebumian. Sampai di Bidor, tiba2 mak aku call..
"Wan, mak rasa wan baliklah sekarang... Wo (panggilan opah) dah nazak.."
"Ok, ok... Wan dah ada kat bidor dah pun.."
8 Disember 2013
Sebaik sahaja sampai rumah, semua ahli keluarga aku dah pergi rumah opah aku. Waktu tu, memang Wo dah meninggal Dunia. Aku bersihkan diri, solat Maghrib di Masjid dan terus menuju ke sana. Ayah aku pula sibuk menguruskan laporan Kematian dan proses menyempurnakan Jenazah. Kali ni, jenazah akan dikebumikan Zohor keesokan harinya. Aku yang dah "lalok" malam tu ambil keputusan untuk berehat di rumah. Keesokan harinya, kami sedara mara turun padang menyempurnakan urusan jenazah. Anak Mak Cu antara yang paling banyak membantu, dengan bilangan mereka yang ramai.
Abah orang yang sangat pasti merasai pemergian Wo. 52 Tahun kehidupannya dihabiskan hampir setiap hari bersama ibunya. Balik kerja je mesti singgah rumah Wo, maka kami tak pernah berpindah randah ke tempat jauh. Namun, Abah kelihatan jauh lebih tenang dan lega berbanding adik beradik yang lain. Mungkin kerana sudah tidak sanggup melihat Wo yang sudah terlampau Uzur selepas diserang Strok. Aku sendiri tidak begitu rapat dengan Wo kerana sejak aku kecil Wo sudah diserang penyakit tersebut. Malah, beberapa kali kami mendengar Wo berharap agar malaikat maut menjemputnya... Setelah menanti, akhirnya masanya tiba.
BEDUK DIKETUK.
Aku akhirnya selesai membaca buku beduk diketuk setebal 276 muka surat. Tak pasti berbaloi atau tidak untuk orang lain membelinya, namun aku rasa kurang sesuai dengan diri aku. Namun, banyak sahaja perkara menarik untuk dikongsikan. Antara persoalan yang menarik perhatian aku:
"Kenapalah orang baik banyak mati muda-muda, yang jahat tak mati-mati lagi!"
Menarik perkongisan buku ni mengenai persoalan tadi. Hakikatnya, ia hanya mainan perasaan. Kita merasa orang baik begitu cepat mati kerana kita masih belum puas menerima kebaikan dari diri mereka. Sumbangan, jasa, keramahan, murah hati, baik hati dan segala-galanya mengenai si mati menyebabkan kita rindu untuk merasai lagi "faedah" dari si mati.
Manakala orang jahat pula, kita terasa perit dan sakit dengan kehadiran mereka. Tak mampu lagi menerima tempias dari kejahatan mereka. Allahuakhbar.. maka, kita begitu teringin kejahatan mereka berakhir dengan cepat. Penantian kita terasa lama.. hakikatnya tempoh masa masih lagi sama.
Mudah-mudahan menjadi Ahli Syurga.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment