Bismillah
Menyelusuri perjalanan Islam yang seharusnya SYUMUL pada pandangan mata manusia kerapkali mengundang seribu satu fitnah. Sebahagian Daie kerap bersifat eksklusif dalam beberapa perkara, lalu menonjolkan Islam yang hanya sesuai dengan imej "kopiah", "masjid" dan "kuliah agama". Di sebalik kekalutan ini, lahir generasi ilmuan muda serta ulama-ulama hebat yang mula melihat perspektif hiburan, sukan dan muzik dalam sudut yang berbeza. Tidak hairanlah Islam makin mula diterima golongan muda yang gian mencari jalan alternatif. Setelah lama mereka menjadi bahan untuk dilabel sebagai "rosak" oleh orang yang secara halus sedang merosakkan mereka.
Cinta Sang Murabbi merupakan satu usaha dari Ustaz Ridhuan Mad Nor bagi merealisasikan dakwah alaf baru. Lambakan Novel kisah-kisah cinta sudah menjadi kegilaan anak-anak muda. Ombak Rindu, Setia Hujung Nyawa, Kampung Girl, Teduhan Kasih, Sebenarnya saya isteri dia, Love you Mr Arrogant dan pelbagai lagi kisah menarik menghiasi ruang utama kedai buku. Maka, usaha kecil dilakukan supaya Novel bukan sekadar medan meng"imajinasi"kan cintan cintun sebegitu, namun sebagai medan menyuntik semangat menjadi ahli syurga.
Secara keseluruhan, "novel" ini menceritakan mengenai bumi Palestin yang sudah dirobek sekian lama oleh Rejim Zionis Laknatullah. Syeikh Ahmad Yassin, Hassan Albanna dan Dr Aziz Rantisi menjadi watak utama yang mewarnai buku ni. Kisah hidup, usaha, pengorbanan mereka dinukilkan bagi memberi inspirasi kepada anak muda di Malaysia agar turut bercita-cita syahid. Paling kurang, mendoakan perjuangan mereka di sana.
"berdoalah, kerana semalas mana pun kamu, pastinya mampu untuk berdoa, sama ada baring atau duduk. Malah tanpa menggerakkan bibir sekalipun.." itu pesan Assyahid.76
Aku terpana membaca pesanan dari Khalifah Umar
"Sekiranya kita tidak mampu mengalahkan musuh dengan ketaatan kita, nescaya musuh akan mengalahkan kita dengan kekuatan mereka.." mendalam maksudnya
Sudah banyak kisah Palestin yang dibaca, tapi aku asyik lupa je. Bukan senang nak ingat segala kronologi. Maka, buku ini sedikit sebanyak mengingatkan kembali mengenai Deklarasi Balfour, perjanjian Portsmouth, Perjanjian oslo 1993, PLO dan peperangan Furqan. Namun, secara jujur buku ini masih jauh untuk diangkat sebagai NOVEL. Isi yang baik, namun cara persembahannya masih kurang berdaya menarik hari remaja. Bahasanya juga terlampau berseni kadang-kadang. Pening gak nak faham. Sekadar pandangan..
Membaca kisah palestin, seolah-olah membaca kisah dongeng. Malaysia yang dipenuhi dengan Hedonisme, kemewahan dan penipuan keamanan tidak mungkin boleh melahirkan remaja yang memahami isu Palestin. Aku sedikit tersentak, hakikatnya banyak yang kami sembangkan hujung minggu lepas lebih berkisar perihal kerjaya, tiada kisah syurga. Jauhnya diri ini dari mata rantai perjuangan.
"Pemuda yang bermalasan dalam melazimi solat berjemaah di masjid, tidak layak untuk bercakap mengenai perjuangan Islam..."
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment