Sunday, 29 December 2013

Jelajah Orang Kahwin Episod Akhir

Bismillah.

Kenduri Walimah terakhir tahun 2013 yang aku hadiri ialah kenduri Razmi Ziqri, rakan SEMESTI. Oleh kerana beliau memang jemput mulut, maka satu kewajipan besar untuk aku hadir. Tak pasti ramaikah yang pernah mendengar hadis ni:


Cuma masalah besarnya ialah jemputan tanpa kadnya berbunyi "Bain, datanglah kenduri aku 28 haribulan 12 ni kat selekoh..". Hmmm, mencabar.

Aku pergi seorang diri setelah ramai rakan-rakan lain membatalkan hasrat ke sana. Dengan hanya pembayang "SELEKOH", aku meluncur laju dengan firasat semata-mata. Nak gune google map, memang tiada lansung alamat. Sepanjang perjalanan ke Bagan Datoh sudah ternampak 3 buah kenduri. Terkebil-kebil mata melihat gambar dan nama pengantin. Alhamdulillah dengan mata yang sepet ni, aku nampak petunjuk majlis "Razmi & Ayu" di persimpangan Rungkup Kecil.

Majlis yang sederhana sahaja, namun cukup meraikan tetamu yang hadir. Pengantin memang pusing ucap terima kasih kat semua orang. Makanan dia pun menarik sebab ada pecal dan aiskrim. Oleh kerana aku hadir berseorangan, aku bercadang untuk pulang awal. Tiba-tiba Sopek call cakap nak datang bersama Maan dan Bana. Cume tak syoknya, diorang baru nak bertolak dari manjung. Jam waktu tu menunjukkan jam 1.15 tengah hari.

Aku bergerak meninggalkan majlis untuk menunaikan solat Zuhur di Bagan Datoh. Tiba-tiba Papa call tanya arah. Mencari dia je dah lama sebab aku sendiri tak mahir jalan kat selekoh ni. Lepas tunjuk arah, aku bergegas ke pekan Bagan Datoh sebelum ambik rombongan Sopek di hadapan STAR Selekoh. Sampai-sampai, ada Hilmi KU yang datang dari KL. Sedikit demi sedikit, semakin ramai rakan-rakan SEMESTI yang hadir. Pengantin baru Pak Sham pun ada. Paling tak sangka adalah kehadiran si Ammar Beron yang masih belajar kat Jepun.


Hujan renyai-renyai menyebabkan kami tersadai agak lama di majlis tersebut. Reunion kecil-kecilan sebegitu sentiasa mengundang keberatan untuk berpisah. Namun jam 4.30 petang, aku tiba-tiba terambil payung untuk ke kereta. Oleh kerana rumah razmi bakal sesak dengan kereta, aku bercadang untuk balik terus sahaja. Sedih, sebab tak salam kawan-kawan. Cuma sempat bertemu Razmi yang berada dalam kereta untuk hantar orang balik.

Aku merasakan mungkin ini pertemuan terakhir bersama rakan-rakan semesti dalam masa terdekat ni. Jika benar aku dipostingkan di Labuan, maka pertemuan kembali mungkin memakan masa seperti sebelum-sebelum ni. Sekitar 3 tahun, maka tahun tersebut barangkali 2016. 10 tahun selepas keluar dari SEMESTI. Mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik untuk rakan-rakan semua. Teruskan berusaha menjadi Ahli Syurga.



Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment