Bismillah.
Bagaimana keadaan di majlis pernikahan anda?
Petang khamis lepas aku buka tv sebab nak makan. Sebagai
orang yang jarang menonton televisyen, aku memang biasanya berada di hadapan tv
bila makan dan balik dari solat maghrib. Sebuah babak dari drama “Kalimah Jiwa”
menarik perhatian aku. Waktu pengantin nak diakad nikahkan, tiba-tiba datang
seorang perempan dari ceruk mana entah mengaku yang dia sedang mengandung anak
lelaki tersebut.
Drama maghrib TV3 juga memaparkan keadaan yang sama bilamana
Heroin cerita sengaja datang dengan perut besar mengaku sedang mengandungkan anak
bakal pengantin lelaki. Pengakhirannya sama, kedua-dua majlis akad bertukar
menjadi tragedi. Menarikkan sebuah cerita orang Islam??
Terbukti maruah/malu bukan lagi benteng yang baik untuk manusia mengukir fitnah.
Cuba bayangkan kalau Hukum Islam dilaksanakan menjadi
benteng kepada fitnah manusia. Kedua-dua wanita tadi sudah pasti tidak akan
sewenang-wenang mengakui dirinya berzina. Hukuman yang bakal menimpa mereka
jauh lebih NGERI daripada maruah yang tercemar kerana mengaku mengandung. Sebab
itu dalam pertuduhan zina, kes laknat difokuskan kepada suami/isteri yang
menuduh pasangannya berzina, bukan tuduhan dari pasangan zinanya. Walaupun hanya sebuah
drama, itu sudah menggambarkan betapa teruknya UMAT hari ini.
Risalah Hati Raja Sehari.
Baru-baru ni aku jumpa buku ni kat rak buku rumah. Tengok
tajuk terasa “menyampah” dah nak baca bab-bab ni. Tapi sebab dah takde buku nak
baca, aku pun belek-belek buku ni. Tambahan lagi, Ustazah Fatimah Syarha yang
menulisnya, maka aku cuba untuk membaca karyanya buat kali pertama. Hmm,,
MENARIK!!
Novel Fiqh Kontemporari mungkin satu pendekatan yang sedikit
baru kepada para pembaca. Walaupun mungkin sebelum ni ada sahaja karya
Indonesia seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih yang turut
menyelitkan hukum Fiqh, namun buku ini punyai sedikit kelainan. Penceritaan
novel ini mengambil latar belakang majlis pernikahan yang sedang berlansung.
Maka, dialog pertanyaan mengenai beberapa hukum-hakam ketika hari pernikahan
diutarakan. Bertambah menarik, banyak persoalan yang diutarakan berpunca dari orang yang terlebih mengHUKUM setelah rasa diri mengetahui HUKUM. Pelik tak bunyinya?
Wanita Haid boleh masuk Masjid?
Lelaki Haram berinai!!
Amboi Ustazah, kahwin pakai cantik-cantik nampak.
Lagi murah mas kahwin, lagi berkat?
Akad Nikah di masjid Bidaah??
Menarik persoalan-soalan yang dibangkitkan. Oleh kerana
rujukan yang diberikan melangkau sikap fanatik kepada mana-mana mazhab, maka
jawapan yang diberikan mungkin bersifat lebih ringan dan terbuka. Perbezaan
antara mazhab, sentiasa perlu dihadapi dengan berlapang dada. Orang-orang yang
pernah hidup luar dari Malaysia dan Negara Islam lain mungkin boleh menerima
buku ni dengan lebih baik. Namun, buku ni mungkin akan menerima kritikan yang
dahsyat dari mereka-mereka yang “terkurung” dengan satu pendapat sahaja akibat
tak pernah jumpa orang mazhab lain. Aku dah pernah jumpa orang-orang macam ni,
selamba badak je kata orang wahabi. Orang macam ni biasanya taksub dengan
ustaz-ustaz kat tempat dia.
Kata-kata menarik dari Ali R.A
“Kenalilah orang itu
melalui kebenaran. Jangan kamu kenal kebenaran melalui seseorang. Kenalilah
kebenaran, maka kau akan mengetahui siapakah orang-orang yang membelanya.”
Cuma sedikit kerisauan aku bilamana orang awam mungkin menyalahtafsirkan
hukum-hukum fiqh yang dikemukakan dalam buku ni. Buku ni banyak menjawab kerenah “orang agama” yang kerap mengHARAMkan
benda-benda yang khilafiah. Sekadar takut orang jahil mengHALALkan pula apa
yang sudah menghampiri HARAM dalam majlis “pernikahan” mereka. Menyimpulkan
ISLAM boleh dipermudah-mudahkan, itu juga bahaya.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment