Thursday, 23 January 2014

Van Der Wijck

Bismillah

Mood Jiwang

Baru selesai membaca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Allahyarham Prof HAMKA. Sebab utama aku baca buku ni ialah bila banyak kali judulnya di sebut-sebut dalam buku yang pernah aku baca. Maka, pada sudut pandangan aku mungkin buku ini sebuah buku yang sangat "islamik" apatah lagi karya seorang agamawan yang sangat terkenal dengan Tafsir Al Azhar.

Sebuah novel cinta yang hakikatnya sudah mula dinukilkan sekitar tahun 1938. Nak cerita sinopsis pun macam tak berbaloi sebab buku ni sememangnya sangat-sangat terkenal dan sudah lama pun. Malah, ia sudah mula dijadikan filem seperti mana karya sebelum ini iaitu Di Bawah Lindungan Kaabah. Cuma bila tengok trailer cerita ni, bayangan aku terhadap wajah dan watak Hayati(heroin) sangat-sangat berlainan. Watak hero dia agak cocok dengan bayangan aku. Ceewah. Mungkin memang ini kehebatan Novel karya HAMKA ini yang membawa pembaca membayangkan segala watak dalam kisah ini.


Kegilaan cinta anak muda, hingga mampu membawa kepada luka yang sangat dahsyat. Itu kehebatan yang Allah berikan pada hati. Teringat status ustaz tuan Ibrahim Tuan Man:

"Tubuh badan manusia 70% daripadanya ialah air. Tapi bila terluka, darah yang akan mengalir keluar. Peliknya hati yang sarat dengan darah, apabila terluka, air pula yang keluar mengalir dari mata manusia"

Sebenarnya terlampau banyak pesan Agama yang diselitkan dalam novel ini. Terpulang kepada bagaimana pembaca melihat sama ada hanya fokus kepada sinopsis cerita, nasihat agamanya, syair gurindam atau barangkali kepada susunan bahasanya. Awalnya aku sendiri pening dengan bahasa Indonesia yang digunakannya. Namun, lama-lama aku sendiri merasakan sasteranya sangat-sangat kaya.

Ada satu kata-kata yang menarik perhatian aku. Lebih kurang macam ni

Suami tidak suka mendengar isterinya dipuji-puji kecantikan, harta atau keistimewaannya daripada lelaki lain. Pada pandangannya, segala mengenai "kecantikan" isteri hanya dikhaskan untuk dirinya sahaja. Namun berbeza sungguh dengan wanita. Perkahwinan, pasangannya dilihat sebagai simbol "takbur". Tidak hairanlah wanita suka berbicara mengenai rupa, harta atau pekerjaan lelakinya kepada rakan-rakan. Apa-apa sahaja mengenai suami mereka yang boleh dibanggakan.



Maka, lelaki tidak perlu bersedih bilamana cintanya selalu tidak terbawa ke jinjang pelamin, sebab wanita pasti mencari lelaki yang hensem atau kaya. Malah dalam dunia "anta enti" hari ini, muslimat pasti mencari muslimin yang lebih terserlah kealimannya. Kalau nampak sama alim, maka yang lebih hensem pasti dipilihnya. Barangkali ada yang pernah mendengar:

"Untunglah ukhti ni, dah la dapat suami ustaz, hensem plak tu." Lawak plak tetiba.

Sebelum aku mengarut, aku khatamkan sahaja di sini.

Sekian dari Syuib0809.

5 comments:

  1. Tak jelas lagilah fikrah muslimat tu atau mungkin fikrahnya masih terawang-awang kalo menjadikan hensem dan lebih terserlah kealimannya tu sebagai kayu ukuran. Hmm..

    ReplyDelete
  2. Tak salah apa pun fikrah muslimat tu sebab memang itu ciri yang patut muslimat pilih. Beragama dan sejuk mata memandang. Point utama yang cuba dibawakan ialah sikap natural kaum hawa yang lebih cenderung dipengaruhi sindrom "apa orang kata?".

    ReplyDelete
  3. 1.Aku percaya Tuhan selalu punya rahsia. Urusan jodoh, hidup, ajal, rezeki itu urusan rahsia. Kalau terus Zainuddin tu kahwin dgn Hayati, dapatkah dia jadi penulis besar?
    2. kata ahli tasawuf “Beza antara orang jahil dan berilmu itu hanyalah antara ingat dan tidaknya pada Allah”. [~pinjam kata orang] . Alim itu maknanya berilmu kan? Dan cantik itu subjektif.Kata NS, "Cantik itu datang daripada hati, bukannya hanya ada pada muka. Orang ikhlas dan mulia nampak cantik!” ~nah, sebenarnya muslimah itu tidak memilih sebenarnya kan? :))

    Sebenarnya, soal ini seorang muslimah@wanita/mahupun muslimat@lelaki sebenarnya cuma perlu cari seseorang yang selalu mengingati Allah saja. Mudah. Ringkas. Tapi sayang~adakah kita (termasuk aku) ada nilai itu?

    ReplyDelete
  4. 1. Al insyirah: ayat 5 dan 6.

    2. Paling penting cermin mata apa yang kita pakai supaya kenal dalaman seseorang dari luarannya. Mana mungkin cermin mata yang kotor mampu melihat kecantikan seseorang. Walaupun An-Nur: ayat 26 menjawap fitnah Aisyah, namun ia membawa nasihat penting bahawa hanya orang ikhlas pasti dapat melihat kecantikan peribadi bakal pasangannya. Maka bersihkan cermin mata dalam hati kita. Itu jauh lebih penting. Sudah Allah pesan AlHijr ayat 40.

    Sekian

    ReplyDelete