Selesai membaca sebuah kitab lama yang sangat popular di Malaysia. Tulisan Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Alfathani ini sering dikupas penceramah hebat seperti UAI dan Ustaz Kazim elias. Isi utama sudah semestinya mengenai hal ehwal rumah tangga, sebuah keperluan bagi mereka yang sudah bergelar suami atau isteri.
Buku ni setebal 190 m.s kerana terdiri daripada bahasa melayu lama dan juga penerangannya dalam bahasa melayu moden. Rasanya kalau malas boleh sahaja baca bahasa melayu moden sahaja. Sebab aku sendiri pun pening dengan bahasa lama yang mampu membawa salah faham kepada pengertian isi buku ni.
Cuma aku berpendapat wanita moden pasti sedikit sukar menerima buku ni. Tidak usah dilihat tentangan dari puak-puak pembela hak wanita seperti S.I.S, aku menjangkakan muslimat-muslimat yang berada di kampus juga barangkali kurang selesa dengan buku lama ni. Dalam dunia mereka yang bebas bergerak ke sana sini, menuntut "kecantikan" di bilik-bilik kuliah, mesyuarat enta-enti di dalam persatuan, buku ini mungkin dilihat sebagai simbolik kepada MENGONGKONG wanita.(ayat kontroversi ni...)
Amanah vs Ketaatan
Aku masih teringat kata-kata Sopek bila ditanya pasal kahwin::
"Aku tak bersedia lagi lah nak mengadap kerenah orang perempuan.."
Imam AlGhazali berkata
"Kesabaran itu bermula daripada kesusahan mempunyai isteri dan kedukaan atas sikap buruk isteri."
Dalam bahagian lain imam AlGhazali mencirikan seorang suami yang hebat sebagai
"... sabar dengan kejahatan lidah isterinya dan tidak mengikut kehendak isterinya melainkan yang dibenarkan syarak"
Berat sebenarnya amanah mempunyai isteri. Bukan kerana perempuan kaum jahat, tapi ada sebahagian sifat semulajadi wanita yang lelaki tidak mampu tahan. Mereka yang pernah baca buku Men from Mars, Women From Venus atau Why Women can't read Maps..... pasti akan terkejut kerana fakta ini dipersetujui oleh orang bukan Islam. Keadaan menjadi bertambah keruh bilamana wanita berhadapan dengan masalah Haid.
Menyelusuri kembali sejarah-sejarah manusia:
Nabi Ibrahim berhadapan kerenah Sarah hingga siti Hajar dihantar ke Mekah
Nabi Nuh berhadapan isteri yang kufur bersama anak-anaknya
Nabi Luth dikhianati oleh isterinya sendiri, Walihah.
Nabi Ismail diminta menceraikan isterinya oleh ayahnya sendiri.
Nabi Yunus kerap disakiti hatinya oleh kata-kata isterinya.
Isteri-isteri Nabi Muhammad juga pernah ditegur Allah dalam AlQuran.
Umar yang garang pun memasang telinga terhadap leteran isterinya.
Sedar atau tidak sedar, mereka adalah orang-orang yang sangat sabar. Malah lebih hebat lagi mereka adalah orang sangat amanah kepada keluarga. Kunci kepada keutuhan rumah tangga bilamana suami adalah orang yang berilmu, sabar dan juga amanah.
Bagi wanita pula kuncinya adalah ketaatan kepada suaminya. Itu sahaja. Namun mana lebih susah? Memikul AMANAH atau memberkani KETAATAN?
.....................
Dibahagian akhir buku ni juga ada menceritakan mengenai cara memilih pasangan, hubungan silaturrahim, dan menamakan anak. Itu sahaja.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment