Saturday, 18 January 2014

Ini Bukan Percutian

Bismillah.

Pernah tak...

Kawan hangpa jemput untuk sebuah "percutian" di lokasi yang sangat berhampiran dengan rumah mereka. Walaubagaimanapun, tempat "percutian" tersebut sangat jauh dari rumah hangpa. Sebagai orang jauh, hangpa pun diminta merancang aktiviti/pengisian sepanjang "percutian" tersebut. Punyalah excited nak jumpa kawan-kawan hangpa, hangpa pun merancang, menyusun dan mencari bahan untuk aktiviti yang dirancang. Setiap malam asyik tak dapat nak lelapkan mata sebab otak ligat memikirkan mengenai "percutian" tersebut.


Minggu itu juga, hangpa diserang demam, batuk dan selsema. Panadol, ubat batuk, air panas, pil selsema semuanya ditelan agar aktiviti/pengisian "percutian" tersebut dapat dipimpin dengan lancar. Oleh kerana hangpa bakal bertolak ke sana awal-awal pagi, maka semua barang, baju, buku, hadiah dan makanan telah diletakkan siap-siap dalam kereta pada malam hari sebelum bertolak. Peta ke lokasi sudah dihafal dalam kepala, minyak dah diisi penuh, menanti-nantikan keesokan harinya..

Tiba-tiba hangpa dapat mesej..

"Sorila weyh, 80 peratus kawan kita tak dapat mai la.. Terpaksa cancel la"..

Apa perasaan hangpa?

Kenapa Perlu SEDIH?

Teringat kata-kata dalam buku Senyumlah 2 karya Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Kita rasa marah, rasa sedih, rasa dukacita sebab apa yang berlaku dihadapan mata kita tidak seperti apa yang kita harapkan. Kita berharap rakan-rakan kita menghargai "percutian" itu sehebat mana kita merasainya. Namun mereka tidak seexcited kita memandang perkara yang sama. Formulanya senang sahaja, kerana kita dan mereka mempunyai cermin mata yang berbeza.


Contoh video yang bakal ditayang ketika "percutian" tersebut

Bila fikir balik rupa-rupanya Allah sedang tegur kita. "Izuan, engkau tak layak berbicara kepada kawan-kawan tentang sesuatu yang engkau sendiri lemah mengenainya. Kesedihan ini supaya engkau tidak dipersoalkan di akhirat kelak tentang apa yang bakal engkau bicarakan." Maafkan aku ya Allah.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).           AtTaubah ayat 42


Gambar tiada kena mengena dengan post.

Sekian dari Syuib0809

1 comment:

  1. looks like a~symptom of quarterlife crisis....(google sat)-i read somewhere
    semua orang hadapinya. don't be too serious-lah. :) people come and go. everyone has their own life~in our age 20-30. semua sedang cari arah hidup..kejar impian, kerja, komitmen, kahwin, find values of life etc~ amal surah al-insyirah, buat melapangkan jiwa-(<--petua pak ndak aku) ~k.

    ReplyDelete