Sunday, 12 January 2014

Kerja Dakwah Fardiyyah

Bismillah

Kenapa aku perlu cari kerja sekarang?
Sedangkan aku tidak berhajat pada duit dalam masa beberapa bulan ni. Aku bukan kaki shopping. Aku tidak berhajat untuk menyimpan duit belanja nikah sebab masih tak cukup syarat. Haha

Kenapa aku kena kerja bulan ni jugak?
Sedangkan aku bukanlah penganggur tegar yang akan terus tak ada kerja kalau tak cari sekarang.

Kenapa aku kena cari kerja?
Selepas empat bulan, ternyata rupa-rupanya masa lapang yang aku ada sangat-sangat membunuh aku. Semakin malas, semakin membesarkan perut, semakin jauh dari tugas dakwah, semakin banyak buang masa, semakin banyak mengecilkan hati orang yang tengah tengok aku menjadi "useless". Buku pun makin renggang dari genggaman.

Maka, aku kena cari kerja jugak.



Hujung minggu lepas, sempat beli satu buku mengenai dakwah Fardiyyah. Walaupun dah pernah baca DF versi Mustafa Masyhur, tapi tiba-tiba buku ni menarik perhatian aku. Dakwah Fardiyyah: Teori dan Praktikal karya Sheikh Abdul Halim Al-Kinani.

Mungkin ini bukan sebuah buku yang sesuai untuk bacaan umum, namun buku ini "wajip" dihadam Allah mereka-mereka yang sedang bergerak dalam gerakan dakwah bagi me"rekrut" penyambung-penyambung kepada tugas Nabi Muhammad S.A.W. Cuma mungkin sebahagian orang awam boleh baca sebagai penawar kepada FITNAH yang kerap berlaku apabila proses dakwah ini dijalankan. Waktu aku dekat UK sendiri, begitu ramai orang yang lari dan "terkejut" dengan pendekatan DF yang kurang tepat.

Antaranya fitnah yang kerap berlaku ialah:

Kakak ni duk buat baik dekat junior-junior yang baru sampai UK. Ambil kat lapangan terbang, tolong masakkan, tolong carikan rumah, bawa jalan-jalan dan macam-macam lagilah. Selepas sekian lama, akhirnya akak-akak ni seolah-olah memaksa adik-adik ni ikut apa yang dia cakap sebagai tanda membalas budi. Adik kena ikut pi program sana, kena buat macam ni, tak boleh rapat dengan senior-senior yang macam ni dan bla..bla.. bla.. Paling dahsyat, bila adik-adik ni tak dengar cakap, maka tiba-tiba rasa seperti putus silaturrahim. Akak dah tak "semanis kurma" seperti dahulu.

Perkara sebegini akhirnya menyusahkan orang lain yang ikhlas dalam menjalankan dakwah Fardiyyah.



Di bahagian awal buku ni menceritakan mengenai asas-asas gerakan dakwah Fardiyyah. Walaupun aku pernah bentang pasal DF ni, tapi ni pertama kali aku dengar pasal asas ni. Fokus, mengikut asas pemilihan, mengenali personaliti dan memelihara konsep tadarruj adalah asas yang patut dipatuhi bagi menjamin kader yang hebat InshaAllah.

Buku ni sedikit berbeza dengan susunan DF yang ditulis oleh Mustafa Masyhur terutamanya pada peringkat ke lima hingga ke tujuh. Namun, semua isi yang perlu diterapkan pada mad'u adalah sama. Kepada yang berminat, bolehlah baca.





















Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment