Aku seorang yang memandang berat betapa besarnya sebuah Jemputan. Tidak popular di mukabuku menjadikan aku begitu jarang dijemput secara kolektif untuk sebuah kenduri walimah rakan-rakan di FB. Lalu apabila seseorang menjemput aku secara individu, walau sekadar beberapa patah SMS, maka aku sangat menghargainya.
Ketika temuduga di Matrikulasi Johor Disember lalu, aku dapat jemputan dari pasangan KPLI PPC maths iaitu Shakira dan Shammil. Satu pasangan yang sangat-sangat hebat. Dari sudut disiplin, ketegasan dan kekemasan, mereka berdua adalah antara orang yang paling hebat pernah aku jumpa. Shak satu kumpulan BTN dan praktikum dengan aku di SMK Sungai Acheh. Shamel pulak adalah rakan sejak di Leicester lagi. Walaupun aku tidak serapat dengan dia sepertimana Ferd dan Zizan, namun dia rakan baik yang menjadi simbol ketabahan dan kasih sayang dalam kehidupan. Perjalanan hidup dia seperti sebuah Novel. Novel cintanya kini semakin lengkap, dan aku mendoakan dia beroleh sebuah keluarga yang diimpikan ketika kecil.
Tahun pertama di Leicester.
REVOLUSI: Ejekan Kehidupan.
Bagi mengisi masa lapang yang sangat banyak di Kelantan, aku ditemani buku terbaru Ustaz Pahrol Juoi berjudul REVOLUSI. Himpunan cerpen-cerpen pendek yang bersifat santai, namun membawa mesej yang berat kepada pembaca. Kali ini, ustaz pahrol menyentuh politik dengan lebih berani. Begitu juga ejekan yang diberikan kepada muslim-muslim yang mencari kemenangan dengan amalan kekalahan. Dua cerpen terakhir antara yang sangat menarik untuk dihayati. Kisah-kisah membuka mata hati dan pengalaman di ISA kan.
Namun keterbukaan untuk mentafsir cerpen-cerpen dalam buku ni sangat-sangat luas. Ada orang yang mungkin menyalahtafsir apa yang cuba disampaikan, atau mungkin berani bersetuju dengan mesej yang tidak dipersetujukan dalam buku ni. Malah, mungkin orang yang berada dalam perjuangan islam sendiri menentang apa yang cuba disampaikan. Merevolusikan pemikiran dengan sesuatu yang diluar kebiasaan, sememangnya satu kepayahan. Kelantan sendiri kerap direndah-rendahkan apabila dipimpin oleh ulama'. Digelar tidak membangun hanya kerana tiada panggung wayang. Dianggap KUNO tanpa UMNO.
Hakikatnya nilai sebuah tamadun yang dilihat kepada kecanggihan teknologi dan ketinggian hiburan sahaja adalah sebuah pemikiran yang sumbing. Manusia di tamadun-tamadun tersebut kembali menjadi beruk, malah lebih teruk dari itu. Kelantan mengubah kebiasaan, berevolusi dengan misi memanusiakan manusia.
.......................
Aku menunggu di TESCO KB dari pukul 3 petang untuk Bas yang bertolak jam 11 malam. Penantian yang menyebabkan pinggang aku sangat sakit. Tapi seronok tengok orang-orang kelantan. Betul kata Zabidi Mohamad dalam buku Penglipur lara Sang Majistret mengenai perempuan Kelantan yang makan beras siam. Hingga ada ringkasan SKMK yang membawa maksud "Sampai Kelantan Mesti Kahwin". Lawa doh!!
Sekian dari Syuib0809.
haip!! terbau nasi minyak dengan orang klate dah ke ni? haha...aminnnn....makbul doa.
ReplyDelete