Bismillah.
Orang yang impikan harta sebagai matlamat, pasti panjang angan-angannya. Kalau aku kaya, aku nak beli itu ini, nak ada rumah sebegini, nak kereta besar-besar, biar "selesa" hidup aku. Namun mereka yang menjadikan harta sebagai alat, walaupun bukan Islam, angan-angannya tumpul untuk diri sendiri. kalau aku kaya, aku nak bina rumah anak yatim, nak sediakan pekerjaan untuk pemuda miskin, nak menangnkan Islam. MasyaAllah.
Tak salah menjadi kaya, memliki harta. Namun biarlah ia menjadi alat untuk kita membeli tiket ke Syurga. Usah biarkan kaya menjadi angan-angan yang indah untuk diri.
" Mata yang beku, yang tidak mampu menangis adalah kerana hati yang keras dan hati yang keras disebabkan oleh tompok-tompok dosa yang telah dilakukan. Banyaknya dosa yang dibuat oleh seseorang adalah kerana orang tersebut lupa mati, sedangkan lupa mati kerana panjangnya angan-angan. Panjang angan-angan muncul kerana terlalu cinta pada dunia. Dan terlalu mencintai dunia adalah pangkal segala perbuatan dosa. " (HR al-Hakim: 4/260)
Berjaya menghabiskan buku The Richest Man In Babylon. Memang sangat-sangat menarik bukunya. Dah lama nak beli, tapi baru dapat sambar waktu pergi Pulau Pinang minggu lepas. Himpunan nasihat, tips dan kaedah bagi memilik harta yang dinukilkan dalam bentuk cerita Kuno. Watak-watak zaman Babylon seperti Arkad, Nomasir, Mathon, Dabasir dan Sharru Nada adalah watak-watak yang diperkenalkan, malah berkait antara satu sama lain. Menariknya, semua watak-watak ini pada asalnya adalah orang miskin, malah ada yang pernah bergelar Hamba.
"Kekayaan yang datang dengan pantas dan cepat, pasti akan habis dengan cepat juga"
Tiada jalan pantas untuk jadi kaya. Malah buku yang ditulis oleh orang bukan Islam ini juga menyeru manusia untuk tidak berjudi. Kita yang orang Islam ni plak sibuk-sibuk mempengaruhi orang dengan Skim Cepat Kaya dan Jutawan Ekspress. Idea menyimpan satu per sepuluh dari pendapatan dan berjimat cermat ditekankan sebagai kunci asas dalam membina kekayaan. Kepentingan ilmu dan berkawan dengan orang yang dipercayai, bukan sahaja kunci kepada kekayaan, malah ia hakikatnya petua untuk mendapat rezeki yang berkat.
Bagi aku buku ni sangat menarik untuk dimilik semua orang. Paling tidakpun, anak kita boleh ambil sebagai bahan bacaan positif membina disiplin diri dalam kewangan. Sebahagian orang yang pernah gagal, pernah merasai kesusahan, akan menjadi lebih berwaspada dalam mengurus harta.
Beberapa minggu lepas aku ada tengok temubual bersama Jackie Chan. Hebat, bagaimana orang yang menjadikan Harta sebagai alat. Ramai sahaja orang Islam yang jauh lebih hebat dari beliau. Cuma kita yang Islam ni, boleh ke kalahkan "impian" beliau untuk tiada HARTA bila mati kelak?
Takutlah menjadi Orang Kaya
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment