Bismillah.
Naluri setiap ibu, pasti suka menitipkan nasihat dan pesanan buat anak-anak. Berbeza dengan kaum bapa yang diam-diam namun penuh pengisian, ibu lebih cenderung menggunakan lisan dalam membentuk anak-anak. Terlampau banyak yang dibimbangi, maka terlampau banyak yang ingin dibekalkan kepada anak-anak sebelum mereka pergi. Atau paling tidak, sebelum mereka di"lupa"kan oleh anak-anak.
Dari Lubuk Hati Ibu, karya Ustazah Norhafizah Musa dan rakannya Wan Nor Ainon adalah nasihat lisan IBU yang dikumpulkan menjadi catatan terbitan Telaga Biru. Oleh kerana aku lelaki sejati, agak sukar untuk aku teruja dengan isi buku ni. Secara jujurnya, memang lebih sesuai untuk kaum Hawa. Untuk kaum Adam, buku Senyumlah 2 karya Ustaz Tuan Ibrahim mungkin lebih terkesan InsyaAllah.
Apa-apa pun, ada kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang begitu menarik perhatian aku:
"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam, ia sebenarnya suatu anugerah daripada Allah. Allah kirimkan malaikat-Nya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa(berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.
Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid, dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."
Mukasurat 78 & 79
Buku ini bersifat umum dan terdiri dari pelbagai tajuk. Ketebalan hanya sekitar 205 mukasurat je. Tapi aku agak lambat habiskan sebab kesihatan tak berapa nak elok akhir-akhir ni. Demam panas yang agak mengganggu sampailah hari ni. Alhamdulillah, bukan demam denggi macam kawan aku sorang ni yang tiba-tiba je berada di Hospital Teluk Intan. Dahsyat alam ni. Walaupun manusia punyalah takutkan harimau, tapi tak banyak pesakit di Hospital yang terlantar akibat digigit Harimau.
Punyalah tak takut manusia dengan rileksnya membunuh nyamuk hari-hari, tapi penuh hospital di Malaysia ni dengan pesakit yang terbaring akibat digigit nyamuk.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment