Bismillah.
Buku yang berjaya aku rembat di Kelantan minggu lepas, Islam Adil Untuk Semua karya Tuan guru Haji Hadi Awang. Bukanlah buku baru, 2009 dah diterbitkan.
Bicara soal adil, setiap orang mungkin melihatnya dalam definisi berbeza. Definisi biasa yang kelihatan betul tapi songsang ialah menterjemahkan adil sebagai SAMA. Melalui buku ini, definisi baru yang mampu aku pegang selain "meletakkan sesuatu pada tempatnya" ialah ADIL sebagai tindakan yang betul dan TEPAT. Dengan kata lain, tindakan yang salah, bodoh dan menyimpang adalah maksud adalah satu KEZALIMAN.
Mengisi tangki minyak kereta dengan air satu kebodohan
Menutup LUKA dengan Gam UHU adalah proses merawat yang salah
Memandu kapal terbang Emirates menuju ke Pulau Pinang terlampau comfirm menyimpang.
Akhirnya kereta rosak, luka bernanah, penumpang tidak sampai ke destinasi mereka. itulah ZALIM
Rata-rata mungkin sudah biasa mendengar keadilan hukuman HUDUD yang dinyatakan dalam Alquran. Buku ini tidak sekadar membicarakan mengenai hukuman tersebut, malah turut membincangkan Keadilan Islam dari sudut Ekonomi dan Kemasyarakatan.
Mungkin bahagian menarik ialah pertembungan dua ideologi besar Dunia iaitu Sistem Kapitalis dan Sosialis. Kehadiran Sosialis dan Komunis berkait rapat dengan rasa tidak puas hati kepada kezaliman kapitalis yang memfakirkan golongan miskin. Namun, penghapusan hak pegangan individu juga hakikatnya satu lagi kezaliman. Akhirnya sehebat mana pun falsafah Ideologi Sosialis, pasti akan ada penyelewangan kerana naluri manusia yang pasti mahukan kepuasan individu. Hebatnya Islam yang tidak melarang mencari harta, namun setiap harta yang diperolehi pasti perlu diagihkan kepada orang miskin melalui Zakat. Malah, Islam menggalakkan pemberian sedekah yang menjadi aset bernilai di akhirat.
Banyak kisah-kisah menarik dimuatkan seperti kisah pampasan akibat membunuh tawanan, kisah Umar dan kuda cacat, kisah Ma'iz bin Malik, kisah Nabi daud dan anaknya Sulaiman, kisah Abu Ubaidah memulangkan wang Jizyah dan macam-macam lagilah. Cuma satu kisah yang aku tak faham ialah kisah perbankan mudharabah Zubair bin Awam. Tak tahulah nak tanya sapa.
Fikiran "adil" manusia sudah banyak menghasilkan Kezaliman.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment