Terlampau banyak perkara berlaku hari ini. Namun, inshaAllah aku ceritakan sedikit perjalanan ke kedah bermula jumaat baru-baru ni.
Pertama kali sebenarnya aku ke Alor Star. Menaiki bas dari Teluk Intan jam 8.00 pagi dan sampai sekitar jam 1.00 tengah hari. Lepas solat, benda pertama yang aku tertarik ialah Radix Fried Chicken. Produk orang Islam, maka aku sangat teringin nak cuba. Cuma sedikit sedih melihat bangunan kedai ini yang warnanya sudahpun kelihatan pudar. Percaya atau tidak, itu sangat mempengaruhi pandangan orang awam terhadap RFC.
Sementara menunggu Hanif yang berada di Kulim, aku menuju ke Alor Star Mall dengan menaiki bas. Memang takde benda nak buat. Akhirnya, dalam pukul 4.20 petang hanif datang ambik aku dengan ditemani ibu bapanya. Malam tu, aku bermalam di rumah hanif yang terletak dalam kawasan Kolej Mara Kuala Nerang. Boleh tahan gak lah ulu dia. Berbanding KYUEM, mungkin ini lebih terpencil kot.
Keesokan paginya kami menuju ke Pokok Sena, Kenduri rakan seuinversiti, iaitu saudari Afiza Aziz. Walaupun 4 tahun belajar bersama, aku memang awkward dengan pengantin ni. Tapi, demi meraikan rakan, sanggup mai jauh-jauh. Antara pelajar KPLI yang turut hadir ialah Azri, Aiman, Kak Zay, Leeya, dan Isha. Tema pengantin adalah warna ungu.
Oleh kerana pengantin lelaki datang agak lewat, hanip dah merengek nak balik. Kami sebenarnya akan menuju ke KULIM, sebelum bertolak ke Teluk Intan keesokan harinya. Tapi, pasal nak tangkap gambar dengan pengantin, memang tahan je la si hanif ni. Sepanjang menanti pengantin habis makan, kami duk menyembang pasal interview SPP dan matrikulasi. Sambil tu memujuk Aiman dan Azri untuk bersama-sama ke teluk intan esoknya.
Aku sangat penat sekarang, maka tulis sikit jelah ye. Banyak bende tak disangka berlaku hari ini. InsyaAllah nanti aku sambung cerita lagi.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment