Saturday, 28 December 2013

Alkisah penduduk Anthokiah

Bismillah.

Alkisah sebuah negeri berdekatan Turki dan Syria didatangi oleh dua orang Rasul utusan Allah S.W.T. Lalu, kedua-duanya dipenjarakan dan diseksa oleh penduduk negeri tersebut. Kononnya, mereka ini mendatangkan sial dan bala kepada penduduk Anthokiah. Lalu, datang ketua kepada dua Rasul ini secara rahsia, membina hubungan dengan pemerintah negeri tersebut. Disaat ketiga-tiga rasul berkumpul, maka terserlahlah mukjizat kerasulan mereka dihadapan pemerintah. Mereka berdoa kepada Allah, lalu Allah menghidupkan orang yang mati sebagai bukti kekuasaan Tuhan yang Esa.

Namun, penduduk Anthokiah masih lagi kufur, menolak ajaran dan menyeksa ketiga-tiga rasul itu. Lalu datang seorang lelaki dari tempat yang jauh menyeru kepada kaummnya "Ikutlah Rasul-rasul itu, yang tidak meminta sesuatu pun dari kalian".. Nasihat tidak diendahkan, malah lelaki ini dipijak sehingga mati dan dikuniakan syurga oleh Allah S.W.T


Bukan susah menjemput azab di bumi ini. Kaum Aad dan Samud sudah menyaksikannya. Acheh menjadi bumi kontang dalam sekelip mata apabila dilanda Tsunami. Malah Allah tidak perlu menurunkan bala tentera seperti dalam perang Badar dan Ahzab untuk membunuh manusia yang Ingkar. Cukup dengan satu pekikan, matilah semua penduduk Anthokiah.

Inilah kisah yang turut dikenali dengan nama Ashabul Qaryah. Menjadi kisah utama dalam perbincangan Tafsir At-Tibyan Surah Yaasin, karya Tuan Guru Haji Hadi Awang. 166 m/s. Sarat dengan pelbagai nasihat yang praktikal dalam dunia "modern" hari ini. Kehebatan penulisan orang yang berada dalam medan perjuangan sentiasa mempunyai "roh" jika dibandingkan penulisan yang mencelok rujukan semata-mata. Aku beli waktu kat muktamar bulan lepas, tak pasti ada tak kat kedai buku biasa.



Hikmah dalam berbahasa.

Di bahagian akhir, peristiwa antara Rasululullah dan Ubay bin Kaab membawa kepada perbincangan berdakwah secara hikmah. Ramai orang berpendapat Hikmah itu bermaksud kata-kata yang lembut, sedangkan bukan begitu. Ia sebenarnya berpandukan kepada siapa dan situasi apa yang sedang kita hadapi. Kadangkala perlu tegas, kata-kata juga perlu kepada bersifat amaran apabila berhadapan dengan orang yang degil. Sekiranya nak beri contoh, maka biar sesuai dengan situasi orang setempat.

Pertemuan kembali antara aku, Sopek dan Baceh mengingatkan aku kepada zaman kami di dorm B2 dulu. Antara kami bertiga, yang paling tinggi pengetahuan agama ialah Sopek. Walaupun bahasa yang dia gunakan boleh dikategorikan sebagai "nakal" dan "tak senonoh", tapi hakikatnya nasihat dia penuh dengan nilai Tarbiyah. Erkk?? Mungkin itu bahasa yang sesuai dengan budak SEMESTI. Hingga kini, ada beberapa nasihat Sopek yang aku masih ingat, lalu membentuk diri aku hari ini. Amalkan agama dengan hujah, menjadikan kami tidak mudah terbuai dengan ajakan kosong semata-mata. Itu jarum pemikiran yang Sopek berjaya suntik kepada aku dan Baceh.


2006. Bila fikir balik, aku tak pernah gaduh atau tak bertegur sapa dengan dua orang ni.

2010 di program BOOM. Sopek antara pemberi motivasi utama untuk aku teruskan program ni.

2013. Tiga-tiga berjanggut?? Baceh sekarang aktif dengan program dakwah


Pertemuan di kenduri Pak Sham, aku tersenyum sendirian memikirkan nasihat Sopek mengenai perkahwinan, melancong dan harta. Mungkin rakan lain melihatnya sebagai lawak, namun itu bahasa dakwah paling berHIKMAH untuk kami.

"Ala dat, orang kaya ni sampai bila pun tak kan rasa cukup..."
"Kahwin ni perlu k*** je... Ko mule, baru orang boleh ikut"



Sekian dari Syuib08099.

No comments:

Post a Comment