Sunday, 1 December 2013

Jelajah Orang Kahwin Episod 1

Bismillah.

Disember sudah mai. Dipenuhi dengan pelbagai undangan orang-orang kahwin. Menariknya, kebanyakkan yang akan mendirikan rumah tangga ini adalah rakan-rakan sekolah, kolej, universiti dan juga seKPLI. Aku berazam untuk datang yang mana seupaya mungkin, meraikan hari bersejarah rakan-rakan.

Untuk siri jelajah pertama, ialah seorang rakan sekolej dan seKPLI, saudari Norehan Deraman dan pasangan, Ibrohim Hanif. Suami Nor juga kenalan aku di UK, maka takdela segan sangat nak Mai. Aku dah bertolak dari teluk Intan jam 9.30 pagi, kemudian ambil Mior kat Ipoh menuju ke Padang Rengas, berhampiran Kuala Kangsar. Rakan KPLi lain yang turut hadir ialah Azri Pak Wan Teh bersama dua budak IPG.


Pasangan yang diraikan bersama pengapit, Andy dan Kak Nad.

Kul 11.50 aku dah mai, jadi sempat tengok rombongan pengantin masuk ke pelamin(tempat duduk). Majlisnya menarik sebab bertemakan Autumn, musim luruh. Latar daun-daun luruh ditonjolkan di pelamin, meja makan serta pokok-pokok. Malah tema baju bagi keluarga juga ala-ala coklat oren. Simple and sweet. Malah sepanjang kenduri, lagu-lagu yang didendangkan juga adalah bersifat ketuhanan ataupun Nasyid. Lepas pengantin duduk, bacaan doa disempurnakan sebagai pengganti kepada acara-acara pelik yang kerap berlaku di majlis walimah orang Melayu.

Aku sebenarnya sangat tidak berhajat untuk lama di majlis ini. Tapi rakan-rakan pengantin yang datang kebanyakannya adalah rakan aku jugak. Aku terkejut gak bila tetiba Juju(soton) ada kat majlis tu. Caer dan rakan rapat, Faiz Abdul Rahman turut datang Nun dari KL. dalam pukul 2 petang lebih, rombongan Burhan, Yorke, Nazmi Notts membanjiri lagi majlis tersebut menyebabkan aku memang tak berganjak dari majlis sebab mahu mengubat rindu bersama rakan-rakan. Manakala Mior, Azri dan budak IPG bersiar-siar ke Kuala Kangsar.

Sahabat-sahabat lama dari UK.

Bagi aku lauk kenduri dia memang terbaik. Sedap. Ditambah pula musim buah-buahan yang sedang melanda negeri Perak, maka ada satu khemah khas disediakan bagi buah-buahan seperti Rambutan, manggis dan Durian. Macam-macam lagi makanan disediakan seperti Tapai, Cedol, Char kuew tiau, dan bubur kacang. jadi, memang ada sahaja bende nak kunyah sepanjang berada di majlis tersebut.

Bersama Zahid, Azri dan Isma di pondok buah-buahan. Tu tengah cop tangan kat lukisan.

Lepas rombongan Yorke, Juju dan rakan-rakan pulang, aku menuju ke Kuala Kangsar untuk ambil Mior. Cadangnya nak pulang, tiba-tiba diorang duk ajak pergi Galeri Sultan Abdul Aziz. Sebagai bakal guru, kami agak menghayati pameran kat situ yang menyebabkan kami adalah pengunjung terakhir keluar dari muzium tu. Tidak berakhir di situ, kami seterusnya ke tepi sungai perak untuk merasa Laksa Kuala Kangsar. macam-macam. Oleh kerana Mior tertinggal beg kat rumah pengantin, maka aku terpaksa patah balik. Azri pun ikut sekali sebab Andy nak tumpg pi Butterworth.

Di hadapan Masjid Ubudiyah. Ada 3 pasangan baru kahwin berposing kat sini.

Banyak lagi benda yang tidak disangka berlaku menyebabkan aku hanya keluar dari rumah pengantin 7.30 malam bersama dua orang pengapit iaitu Andy dan Kak Nad. Kesian tengok kak nad ni sorang-sorang. Diorang berdua ni aku hantar kat stesyen bas besar IPOH, Aman Jaya sebab hanya ini yang paling menjamin pengangkutan bas untuk ke destinasi masing-masing. Akhirnya, kak nad dapat bas ke Johor kul 11 malam manakala Andy dapat tiket dalam kul 1 pagi menuju ke Alor Setar. Lega hati, sebab ada orang leh temankan kak Nad kat bas tu. Mior pun stay kejap kat situ.

Dengan baju pengapitnya, kami berada di Aman Jaya.

Begitulah perjalanan ke Padang Rengas untuk kenduri kahwin pertama. Tak pernah aku selama ini kat majlis kenduri kahwin orang(bukan keluarga). Mudah-mudahan Nor and Bro bahagia di bawah Redha Allah dan beroleh zuriat-suriat yang Soleh dan Solehah. Barakallahu lakuma wa baraka'alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair.

I just came for food!!

Sampai rumah jam 10.30 malam.
Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment