Wednesday, 18 December 2013

Paradigma Melayu di Bumi Inggeris

Bismillah

Aku teringat ketika zaman persekolahan, pandangan buruk guru-guru dan orang tua-tua mengenai barat. Mungkin rata-rata di antara kita selalu mendengar "barat tu teruk!!.. Kerja berzina je!", "Jangan jadi macam orang putih, diorang mana ada adab..". "Orang putih ni benci dengan orang Islam, jahat diorang ni...". Bla, bla, bla... rasanya kita boleh menyambung segala senarai buruk yang pernah kita dengar mengenai "orang putih". Malah, banyak para ustaz/ustazah yang tidak pernah ke UK mahupun eropah, namun bersikap serba tahu mengenai masyarakat barat.

Berbeza dengan ustaz-ustaz yang sudahpun berada di UK, pandangan mereka kepada barat sangat-sangat positif. Bagi mereka yang mahu tahu, boleh baca buku-buku tersebut:

Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama Mu, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Travelog minda Tajdid, Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat, Dr Maza

 Buku terbaru yang aku baca turut berkongsikan perkara yang sama, malah lebih banyak perkara positif yang di utarakan dari kaca mata beliau sebagai pelajar PhD di Swansea. Walaupun bukan seorang Ustaz, namun beliau kerap digelar Ustaz Muhaimin Sulam di Teluk Intan. Terkenal di kawasan Sungai Manik ni, malah pernah duduk setaman dengan aku. Oleh kerana 2010 dia dah balik teluk Intan, aku sempat bertemu dengan dia kejap je ketika tahun pertama.

Aku Melayu di Kota Inggeris

Mereka yang mahu mengenal "orang putih" di UK, buku ni menggambarkan segala-galanya mengenai mereka. Walaupun mungkin akan ada yang mengejek "bangga sangat dengan orang putih tu........" , namun bagi aku terlampau banyak perkara positif yang boleh disedut dari mereka. Malah, aku secara jujurnya berasa jauh lebih selamat ketika berada di UK berbanding Malaysia. Tidak keterlaluan juga aku katakan, aku lebih merasai Islam di sana berbanding berada di bumi Malaysia yang terjamin keislamannya. Merasai makna ISLAM yang SELAMAT lebih terjamin daripada meretorikkan ISLAM itu SELAMAT.

Buku ini terbahagi kepada 3 Bahagian.

Bahagian pertama berfokus kepada budaya-budaya masyarakat di sana yang secara keseluruhannya sangat-sangat mengambil berat mengenai masyarakat sekeliling. Sistem kepercayaan yang tinggi, Disiplin masa dan kejujuran ketika bekerja, kecintaan terhadap penggiat seni, penghargaan kepada tinggalan sejarah mereka, kaum tua yang muda, dan kesuburan demokrasi diceritakan dalam Travelog 1 ini.



Bahagian kedua, berkisar mengenai Islam dan Melayu di bumi Inggeris. Kisah-kisah yang bagi aku masih belum boleh diterima oleh masyarakat melayu. Sebahagian kisah lain menceritakan bagaimana orang-orang Melayu "survived" kat sana. Ooh, ini memang menyebabkan aku rindu UK.

Bahagian ketiga pula lebih bersifat peribadi, ruang untuk Dr Muhaimin Sulam menukilkan penghargaan kepada Murabbi beliau, Ustaz Sulam.

Buku ni, ringan sahaja untuk dihadam para pembaca. Bahasa yang digunakan tersusun rapi dan berseni. Maka, selamat membelilah ye. Susah gak nak dapat kat kedai-kedai buku biasa. Ni aku beli online kat
MPH.



Sekian dari Syuib0809.

3 comments:

  1. ~ko tak nak tulis buku ke? i think you should, one day

    ReplyDelete
  2. BM aku teruk kot waktu SPM. Cam tak kena je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~~ada orang yang namanya 'editor' yang akan edit balik karya ~ lgpun tengok ayat2 ko ni macam sangat 'bertatabahasa'. konfirm lepas...

      Delete