Bismillah..
Bagi setiap insan yang bergelar pelajar di Universiti, pengurusan kewangan merupakan agenda yang amat penting untuk meneruskan hidup walau di mana pun mereka berada. Di peringkat inilah, remaja mula berjinak-jinak untuk menguruskan wang yang mereka ada setelah berjauhan dengan ibu-bapa ditambah pula setelah mula meninggalkan alam persekolahan. Kalau dulu, mungkin segala-galanya dihitung oleh mak ayah atau disediakan oleh pihak sekolah. Namun kini, tugas membayar sewa rumah, memikirkan bil elektrik dan membuat pilihan apa yang perlu dimakan, semuanya terletak di tangan masing-masing. Semakin meningkat remaja juga, macam-macam perkara yang diidam-idamkan.
Setelah bajet aku agak lari dek kerana lebih 6 bulan duit elaun masuk sekaligus, aku sekali lagi cuba mengatur bajet baru sebaik sahaja kemasukan elaun dari kpm iaitu selama 4 bulan. Iaitu bulan 7,8,9 dan 10. Setelah selesai membayar sewa rumah sehingga hujung tahun ini, duit aku masih berbaki untuk aku gunekan sebaik-baiknya sepanjang cuti summer ini. Antara bajet paling besar yang aku letak ialah untuk menziarah kawasan eropah yang agak impossible untuk aku sampai setelah pulang ke Malaysia nanti. Antara tempat yang aku cadang nak pergi ialah Switzerland, namun tak jadi sebab xde orang nak pergi sekali.
Oleh kerana aku bertekad untuk tidak pulang ke Malaysia, perhitungan bajet aku kali ini sudah tentulah merangkumi makan dan minum aku di sini sehingga bulan 11 nanti. Setelah pulang dari Italy, peruntukan yang dikeluarkan untuk melancong alhamdulillah masih di bawah bajet. Dan boleh dikatakan sangat terkawal. Malah, dalam bajet aku juga, aku target untuk memiliki sebuah Ipad 2 yang agak murah kalau dibeli di Malaysia. Jadi nak tak nak, aku hanya boleh tempah kat rakan-rakan yang balik pulang bercuti summer ni. Kalau lepas bulan 10 memang tak dapat la. Dan aku potong banyak kat bajet untuk makanan. Baju2 baru atau bende mewah len memang takde dalam bajet. Cukuplah sekadar Ipad2 untuk tahun ni.
Namun begitu, segala-galanya berubah dalam sekelip mata. Setelah menahan diri bersungguh-sungguh, aku akhirnya rebah bila adik perempuan aku ada di rumah waktu aku sedang ber"skype" dengan mak aku. Boleh dikatakan, pujukan dari mak ayah aku untuk pulang cuti ni masih boleh aku tahan. Lagipun, baru je bulan 3 hari tu mak ayah aku sampai dan bercuti di UK. Jadi, rasanya boleh lagi tahan nafsu kerinduan kat mak ayah ditambah pula setiap minggu berskype. Tapi bila tengok adik perempuan aku yang terkena penyakit psoriasis kat kulit die, memang aku tak boleh tahan dah. Sejak die dapat penyakit tu, aku tak pernah lansung jumpe die. Sebaik sahaja letak telephon skype pada 2 julai hari tu, aku terus mencari-cari tiket untuk pulang ke Malaysia. Hari tu jugak, tiket syarikat penerbangan emirates berada di tangan aku.
Pada mulanya aku cuba melihat penerbangan tambang murah airasia, tapi paling murah yang die boleh bagi ialah GBP660 dari london. Kemudian aku try plak Qatar punye, offer yang agency tu bagi ialah GBP615 pun dari London. Pilihan terakhir aku ialah emirates sama ada dari London ataupun dari Birmingham. Setelah melihat pro and cons, aku akhirnye memilih Flight yang bertolak dari Birmingham bernilai GBP591.00. Kos ke Birmingham juga jauh lebih murah berbanding ke London. Alhamdulillah takdir Allah aku dapat offer ni. Genap seminggu selepas tu, harga flight yang sama dari birmingham terus meloncat menjadi GBP700. MasyaAllah...
Aku tak rasa manyesal dengan keputusan yang aku ambil ini. Boleh dikatakan matlamat utama aku untuk tidak pulang masih juga tercapai. Aku sekadar nak rasa suasana berpuasa di bulan Ramadhan dan beraya di perantauan sahaja. Boleh dikatakan ini adalah peluang terakhir untuk aku merasa suasana Ramadhan dan AidilFitri di UK sebelum aku pulang tahun hadapan. Agak rugi sekiranya peluang ini terbiar sebegitu sahaja. InshaAllah, flight aku ke Malaysia jatuh pada hari raya ke-5. Jadi, beraya kat sini pun dapat, beraya kat Malaysia pun dapat. Kan Malaysia ada hari raya sampai ke-29.. Aduih
Namun begitu, keputusan ni memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Bajet aku memang lari sungguh-sungguh sebab tiket emirates tadi memakan lebih 90% elaun satu bulan aku. Orang lain yg balik awal mungkin tak perlu risau makan-minum mereka, tapi aku memang perlu fikirkan sehabis baik. Nak tak nak, tiada lagi makan luar, tiada lagi makan mewah, tiada lagi jalan-jalan, takde lagi nak ber"ebay" mahupun ber"amazon". Alhamdulillah, aku bukan jenis yang suka pinjam duit orang dan jenis x suke bershopping. Duit yang sedikit mengajar manusia untuk bersabar dan menahan hawa nafsu. Alhamdulillah.. Dua bulan yang pastinya mencabar.
Banyakkanlah berpuasa..
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment