Tetibe mahu menulis pasal kahwin. Bukan sebab gatal ke apa, tetapi mengambil sedikit ruang setelah begitu ramai kenalan aku yang berkahwin pada usia begitu muda. Beberapa rakan yang sedang belajar di sini akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sepanjang cuti musim panas ini. Ada yang mengejutkan, namun ada berita yang sememangnya sudah diundang terutamanya rakan-rakan yang boleh dikatakan sudah agak berumur. Aku ingat lagi tahun lepas, antara perkahwinan yang agak begitu mengejutkan aku ialah perkahwinan senior aku iaitu ajah dan jepah. Tetibe je takde ribut ape bende, kahwin waktu betul2 hari aku berangkat ke UK semula.
Baru-baru ni, beberapa rakan yang lain mula mengumumkan perihal perkahwinan masing-masing. Antara yang awal ialah Usop Dublin, senior yang aku tumpg bermalam ketika di Dublin dulu. Seterusnya yang aku agak sangat terkejut ialah senior aku bernama Hilfi. Antara individu yang aku agak rapat gak sebab orang senegeri. Aku dapat perkhabaran perkahwinan Hilfi ketika turun dari kapal yang berlabuh di pelabuhan Newcastle. Seterusnya perkahwinan yang sememangnya sudah dijangka sejak awal lagi iaitu perkahwinan Dolah Southampton dengan seorang pelajar perempuan Leicester batch aku. Yang ni, dua-dua kenalan aku di Kolej yayasan UEM dulu.
Perihal kisah Dolah ni dah agak bocor dan mudah dijangka. Malah, aku dan rakan pun pernah bertanya bila die nak kahwin setelah beberapa kali die datang ke Leicester. Bagi aku, keputusan Dolah untuk mendirikan rumah tangga ada pilihan yang bijak untuk mereka yang sentiasa mencari Redha Allah S.W.T.. Kan baik jadikan perhubungan itu halal dari menghalalkan perhubungan yang haram. Aku memang agak keras sikit bab2 perhubungan laki dan perempuan ni. Bile tengok rakan-rakan yang sudah berpacaran dan tersangat mahukan berpacaran, aku agak sedih. Bertambah sedih, bile dengan selambanya memohon keredhaan tuhan dalam percintaan mereka yang lansung tidak meletakkan Islam sebagai rujukan utama.
Bercerita pasal kahwin, aku memang tak berniat lagi untuk kahwin. Bukan sebab aku suka berfoya-foya macam alasan dalam drama-drama Malaysia, tapi memang dalam keadaan begini yang takde kerje, takde aset lagi, malah takde ilmu yang mencukupi untuk mendirikan rumah tangga, memang tak patut. Malah aku juga tak pernah bercouple, tak tergila-gilakan sapa2, jadi tiada sebab yang kuat untuk kahwin. Sejarah aku dengan perempuan pun agak negatif, jadi memang takdelah nak cari-mencari ni sangat. Malah aku juga kurang percaya terhadap perempuan biasa menjadikan aku tertanya-tanya "adakah aku akan berkahwin?"...
Allah kata lelaki baik untuk perempuan baik..
Muscomin batch aku. Agaknya kami tergolong ke dalam laki-laki baik tersebut? Sape la agaknya pilihan diorg ni..
Ni aku jumpa 11 muslimat lawa-lawa untuk korang muslimin. Memang cukup sorang satu. Haha. Aku cop yang atas,tengah sekali.
Setiap orang mahukan isteri sehebat siti khadijah, Fatimah Azzahra, mungkin jua seperti si Rumaisa. Tapi perasaan seperti ini menyebabkan kite tidak mampu menerima kelemahan yang ada untuk bakal isteri kite. Ni yang sangat aku takutkan dalam diri aku menyebabkan sampai sekarang pun aku masih belum mencari. Apepun, nak berbakti dulu kat mak ayah dan malas nak fikir pasal kahwin. Dah la perempuan sekarang mintak bayaran mahal-mahal. Budak oversea lagila mahal kot. Orang dulu bayar sikit pun kekal lama. Sekarang ni punye mahal pun cerai cepat. Ditambah dengan medium sosial FB, twitter dan bagai-bagai, senang je laki dan perempuan beramah mesra walaupun dah berumah tangga... Ni antara sebab aku benci FaceBook.
Kadang-kadang aku terasa dah ala-ala thaliban je..
Sekian dari syuib0809..
Kadang-kadang aku terasa dah ala-ala thaliban je..
Sekian dari syuib0809..
No comments:
Post a Comment