Thursday, 14 July 2011

Kembara Solo Italy... Tamat

Bismillah..

Sekarang tibalah untuk sesi muhasabah. Alhamdulillah, perjalanan aku kali ini tidak menghadapi apa-apa masalah yang kritikal ataupun dahsyat. Perjalanan merantau ke negara orang seorang diri sememangnya memerlukan persiapan yang cukup rapi dan perancangan yang sangat kemas. Keputusan untuk merantau seorang diri ini aku buat setelah memikirkan terlampau ramai rakan yang pulang cuti summer dan aku sendiri tidak mahu faktor tiada teman menyebabkan aku tidak kemana-mana sepanjang berada di cuti musim panas ini. Akhirnya, aku beli tiket sorang-sorang kat website ryanair seperti mana ketika aku ke Venice dulu.


Sudah menjadi kebiasaan bagi orang yg melancong berkumpulan, pasti akan membahagi-bahagikan tugas sebagai persiapan menuju ke destinasi masing-masing. Cume yang tak syoknya bila tugas-tugas demikian dipandang remeh dan akibatnya banyak masa yang dibuang ketika melancong kerana persiapan yang ala kadar sahaja. Tidak kurang juga mentaliti yang kononnya beranggapan mereka hanya "ahli rombongan" lalu menyerahkan tugas pesediaan semua kepada ketua rombongan ataupun "perintis" kepada idea melancong tersebut. Akibatnya ahli rombongan know nothing dan ketua rombongan plak menjadi sangat stress.

Sepanjang pengembaraan aku di italy, antara barang yang sangat penting untuk melancong seorang diri ialah tripod. Aku beli tripod ni lepas habis exam tahun kedua hari tu. Memang kemana-mana sahaja aku pergi termasuk amsterdam, aku akan bawak tripod ni. Yang sedihnya, sarung tripod ni hilang waktu kami berbasikal di Amsterdam hari tu. Nak buat macam mana, dah memang tak jumpe le gamaknya. Cuma bagi mereka yang nak melancong seorang diri, memang perlu kikislah perasaan malu. Yelah, setting tripod untuk tangkap sorang2, memang pelik la.

Tripod ni tinggi die satu meter lebih. Tapi boleh pendek-pendekkan supaya mudah dibawa.

Gambar di Trevi Fountain

Sudah menjadi kebiasaan, orang yang melancong berkumpulan perlulah banyak bertolak ansur. Yelah, dalam ahli kumpulan ada anak orang kaya, ada yang allergic, ada yang tak larat berjalan dan macam-macam lagi lah. Aku termasuk dalam kalangan orang yang tak kisah pendek kata cenderung kepada "kemiskinan". Tak kisah tidur kat mana, tak kisah nak jalan jauh manapun, tak kisah makan tak berapa sedap menyebabkan aku agak tertekan bile jalan dengan anak orang kaya. haha. Dan paling menyampah kalau orang kedekut dan berkira. Rasa nak tampar je. hehe.. Sepanjang di Italy, aku memang tak manjakan diri aku lansung. Lantak nak jadi apa, memang aku berjalan dengan penuh kemiskinan. Ceewah. Mana taknya, ade ke org kaya nak tidur kat laluan pejalan kaki dalam keretapi. Jatuh martabat woo.

Nilah bantal angin yang menemani aku sepanjang tidur di Italy. Aku tidur kat stesyen keretapi pisa macam org giler. Haha.

Akhir sekali, perjalanan kali ni banyak mengajar aku cara membuat keputusan yang tepat. Aku ingat antara keputusan yang paling besar ialah ketika sesat mencari grand Mosque of rome. Dah pukul 10 malam lebih di Acqua Acetosa, pak cik yang menemani aku suruh aku naik bas untuk menuju kembali ke Rome. Tapi bas tu ade lompat2 dimana sangat besar kemungkinan bagi org asing seperti aku untuk sesat. Pak cik tu kata tiada lagi train malam tu menuju ke rome. Namun aku kuatkan kepercayaan sebab tiket aku jelas menunjukkan akan ade keretapi yang lau untuk membawa aku ke Rome. Bayangkan melawan cakap org yang sememangnya arif dan duduk di Rome. Alhamdulillah aku akhirnya selamat sampai di Rome kembali walaupun agak lewat.

Masalah bahasa juga banyak menyebabkan masalah. Namun oleh kerana rome dan Pisa adalah dua destinasi perlancongan yang terkenal, malah mereka tidak bermusuh dengan Uk seperti France, jadi perkhidmatan mereka banyak menyediakan orang yang fasih dalam berbahasa inggeris.

Rasanya cukup sahaja untuk pengembaraan solo di Italy..


Sekian dari syuib0809..

1 comment:

  1. first time aku singgh sbb nk cri rujukn mlncong sorng diri....menarik...huhuh.. i will follow this story...

    ReplyDelete