Tuesday, 7 December 2010

Sanggupkah kita kahwin dengan diri kita?

Bismillah..

Hari ni, selepas habis kelas semua, aku rasa adak selesa sedikit. Setelah 3 hari duduk di Library berjam-jam, rasa hari ni agak lapang sedikit untuk berehat dan buat perkara lain. 3 hari ni menyedarkan aku bahawa tiada lansung bende yang senang kat dunia ni tanpa usaha. Bayangkan selepas beberapa bulan, baru aku dapat paham sedikit ape yang aku belajar di kelas. Nak tak nak, memang kene korbankan banyak masa untuk pahamkan sesuatu perkara.

Petang tadi, selepas berehat beberapa jam, aku bercadang utk pergi ke library hospital untuk buat kerja ODE(Ordinary Differential Equation). Subjek yang paling aku blur dan teramatlah susah. Setiap kali masuk kelas, hanya salin semua nota yg ditulis di papan putih. Bermain lebih banyak dengan huruf berbanding nombor, menyebabkan segalanya semakin memeningkan. Cek2 di internet, aq terpaksa download e-book gune torrent. Maka terpaksa pulang ke rumah semula. Peluang ni aku gunekan utk dengar kulioh online yg berkisar mengenai kahwin.


Tajuk ni, yg aku rasakan adelah tercetus dari firdaus rahim sepatutnya membawa makna yang sangat mendalam. Hebatnya kuliah online kali ni, hampir 530 orang yang mendengarnya. Aq dapat rasakan topik macam ni memang disukai ramai. Haha. Tapi ape yang aku expect tak tercapai. Topik ni bagi aku bertjuan memuhasabah diri, namun lebih banyak berkisar mengenai kahwin, kahwin dan kahwin semata-mata. Akibatnya, soalan-soalan yang diberikan kebanyakannya hanyalah berkisar mengenai kahwin awal.

Antara soalan yaang ditanya pasti berbentuk. "Mak ayah masih tak bagi kahwin, macam mana tu ustaz. Umur dalam lingkungan 21 tahun. Mak ayah bla..bla..bla......". Banyak soalan macam nak menentang mak dan ayah je keje. Sampaikan ustaz kata. "Nikah tu kejap je, beberapa saat je. Tapi lepas nikah tu macam mana? Kalau awal dah bermasalah, susahlaa nnt". Dalam hati aku"pehal korg ni gatal sgt nak kahwin awal ni?". Kononnya berkahwin sebab nak mengatasi masalah couple.. Aduih..


Sejak kecil, tadika sampai sekolah rendah, sampailah sekolah menengah, sampaila kolej, sampailah sekarang, aku tak pernah bercintan-cintun ni. Memang aku selalu berdoa, janganlah Allah bagi berjinak-jinak dalam bende2 ni, sebab sekali masuk, memang teruk akan jadi. Ade kawan aku yang tersangatlah kuat agama, mungkin juga anticouple, tapi bile dah terjebak, masyaAllah teruknya. Hebatkan Allah? Cakap pasal kahwin, teringat la plak zaman kecik2 main kawin2. Haha

Ade nampak macam kaki perempuan x? "sapa bilang gadis melayu tak menawan, x menarik hati tiada memikat".. Haha

Sampai sekarang, aku masih tak bercadang utk berkahwin. Masih tak berusaha untuk berkahwin dalam tempoh 4-5 tahun ni. Amanah sebagai seorang anak pun masih x settle lagi. Dari tingkatan satu asyik tinggalkan rumah sampaila sekarang, masih tak lengkap banyak lagi perkara rasanya. Perasaan "cinta" kpd seseorang hanya pinjaman dari Allah. Banyak lagi perkara yang perlu kita risaukan. Would You Marry Yourself sepatutnya membawa kita muhasabah diri kite semula, sama ada kite sudah cukup dekat dgn Allah atau tidak.

Cukuplah sesi merapu hari ni. Aku sebenarnya xde idea sangat nak menulis hari ni. Masuk tahun kedua ni, banyak subjek jadi susah. Memang aku dah kurang keyakinan kadang-kadang. Tapi rasa kurang yakin ni lah menyebabkan aku sedar bahawa aku perlu berusaha lebih. Banyak bende jadi susah sebab kite sendiri yang tak study semaksimum mungkin. Selamat maju jaya Izuan!! Kau boleh!!!

Org kate waktu kecik, aq ni mcm anak cina. Haiya Amoi, lu ade minat ka?

Sekian dari syuib0809..

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

4 comments:

  1. Salam abg Izuan,

    Itu baru ODE, belum masuk bab PDE (partial DE) lagi. Topik tu lg susah. Mungkin abg Izuan kena bertapa berbulan2 kat library utk fahamkan betul2 topik tu nnt (kalau ditakdirkan termasuk dlm kurikulum).

    Kahwin dgn diri sendiri? Satu persoalan yg sgt kreatif dari sudut pandangan saya. Kita yg masih tercari2 pasangan (xtermasuk sy) sering mendambakan pasangan yg perfect, penuh dgn ciri2 idaman, beriman dsb, tp bagaimana dgn diri kita. Bayangkan kita adalah org lain, sanggupkan kita kahwin dgn seseorang yg mempunyai sifat2 spt dlm diri kita? Jika sang lelaki mendambakan isteri spt Fatimah r.a., adakah dia sudah memiliki keperibadian spt Ali k.A.w? Yg pasti, sy belum lg. Abg Izuan bagaimana?

    ReplyDelete
  2. Aiseh lupa nak komen pasal abg Izuan ada chinese look. Sy rasa itu amoi pasti minat punya dgn abg Izuan(tp amoi yg mana satu ye?).

    Semoga abg Izuan dipertemukan jodoh dgn gadis yg solehah, amin.

    ReplyDelete
  3. erk, adik lorenz pun ambik maths gak?
    Kenapa macam lagi advance je ni. Ni betul ke "adik" ni?..

    Apepun, jom baiki diri.. Jangan sebab x nak kahwin lagi, jadi x nak baiki diri. hehe
    terima kasih atas komen wahai dik lorenz.

    ReplyDelete
  4. Sy x amik maths, tp sy amik course lain. Mmg, PDE lebih advance dari ODE. Tapi kalau dh dpt grab the idea of ODE, x susah nak paham PDE.

    Setuju dgn abg Izuan, kita kena baiki diri. Baiki diri perlukan istiqomah. Tapi utk istiqomah bukan satu perkara yg mudah. Semoga Allah permudahkan kita utk terus istiqomah dalam memperbaiki diri, insyaAllah.

    ReplyDelete