Bismillah
Bulan pertama di Maktab, aku menemani Yasir ke kedai buku POPULAR untuk beli reben. Ingat lagi, waktu tu masing-masing sibuk membuat persiapan untuk Pameran Permainan Tradisional. Sementara menunggu diorang membeli-belah, aku jalan-jalan melihat buku yang tersusun rapi dekat rak "motivasi" dan "agama". Mata tetiba tertarik dengan buku Ustaz Hasrizal bewarna biru. Dalam keadaan kewangan yang sungguh tak stabil, harga RM30.00 sudah terasa begitu mahal, dan seperti dijangka aku lepaskan buku tu hanya sebagai kenangan.
Dua mingu lepas, aku mencari kembali buku tu sebaik sahaja beberapa hari elaun masuk. Di kedai yang sama, buku tu sudahpun tidak kelihatan. Pencarian diteruskan bila aku dan rakan-rakan berkesempatan membeli-belah di Queensbay, Pulau Pinang. Kedai buku pertama sedikit menghampakan bila akak tu bagithu buku tu dah abih. Kedai buku yang kedua, Safuan yang jumpa. Itupun nasib baik tinggal satu je yang terakhir. Memang tak fikir panjang, teruih aku beli.
Rancangan untuk berada di shopping kompleks tu sebenarnya kejap je. Entah macamne, bertukar jadi sangat-sangat lama. Oleh kerana aku tak minat shopping, aku belek-belek buku tu sementara menunggu rakan-rakan lain membeli-belah. Sedar tak sedar, hampir 100 muka surat aku berjaya habiskan hari tu. Memang buku yang sangat-sangat TERBAIK!!
Buku ni menceritakan mengenai kehidupan Ustaz ketika berada di UK dan juga Ireland, tempt yang sangat dekat di hati aku. Bahagian permulaan sudah diperdebarkan dengan pelbagai Mehnah dan Ujian semata-mata untuk mendapatkan segulung Ijazah di Jordan. Kehidupan Ustaz yang berpindah randah bukan diantara negeri, tapi antara negara menyebabkan ramai yang mungkin tak akan percaya dengan kisah "bawang putih bawang merah" ni. Pertengahan cerita, ustaz selitkan penulisan isterinya Dr. Muna yang menambah perisa dalam buku kali ni. Pengalaman sebagai banduan Malaysia pertama, antara yang sangat "mencelikkan" sepanjang pembacaan buku ni.
Buku ni juga sesuai untuk para guru. Sebagai seorang pengetua muda di Belfast Islamic School, pengalaman menangani para pelajar pelbagai latar belakang adalah perkongsian yang sangat bernilai untuk dihadam oleh para guru. Menambah ilmu tentang masalah-masalah yang mungkin akan guru hadapi bila di sekolah. Namun begitu, bahagian paling aku suka ialah di akhir-akhir travelog ni yang banyak menceritaka tentang dialog-dialog antara Ustaz Hasrizal dan orang kristian di Ireland. Banyak pengakhirannya ialah pertemuan itu menjadikan mereka-mereka ini semakin tertarik untuk belajar mengenai Islam. ISLAM yang di CARI berkali lebih bernilai dari ISLAM yang di WARISI.
BUKU wajip baca dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment