Pentarbiyahan barangkali boleh disimpulkan sebagai satu proses mendapat ilmu, mahupun sesuatu yang membawa manusia semakin dekat dengan Allah. Pengertian ILMU dan MAKLUMAT sering dianggap berlainan, kerana ilmu sering dilihat sesuatu yang perlu dicurah, diamalkan dan dikongsikan kepada orang lain.
Berada di maktab, aku kembali bersosial dengan rakan-rakan Islam yang sebegitu ramai. Ada yang dari sekolah biasa, SBP, MRSM, namun yang aku mungkin nak tekankan di sini barangkali ialah yang dari sekolah agama.Sedikit runsing bila melihat kelebihan ilmu yang ada pada produk-produk sekolah agama ini kadang-kadang digunakan untuk tujuan kurang tepat. Hinggakan aku mengambil masa, memikirkan bagaimana seseorang menggunakan ilmu/maklumat yang mereka ada untuk tujuan yang begitu pelbagai.
Ada yang guna Ilmu untuk disampaikan kepada orang lain
Ada juga yang guna seperti sahabat iaitu dengan terus mengamalkannya.
Tidak kurang yang ada ilmu, tetapi sekadar simpanan, kerana takut dikatakan meninggi diri.
Menarik pula bila ilmu yang ada digunakan asyik untuk menghukum dan menunjuk-nunjuk.
Dan yang aku jumpa di maktab pula ialah orang yang gunakan ilmu untuk sekadar beralasan.
Hebat berbahasa arab, belajar Quran Sunnah, namun menggunakan dalil-dalil tesebut untuk mengelak buat kerja Islam. Usah terkejut bila mereka-mereka ini orang yang penuh dengan soalan bila diajak ke surau mahupun masjid. Menghentam gerakan-gerakan Islam dan menjadikan ianya alasan untuk tidak bersama-sama dengan mana-mana gerakan. Segala benda mahu diciptakan alasan walaupun masalah sebenarnya ialah sekadar MALAS!!
Aku sedikit sebanyak sudah muak dengan pelajar yang "tinggi ilmu agama" tapi penuh dengan berjuta alasan. Sikap tersebut rupa-rupanya bukan sekadar pada hal agama, tetapi terserlah dalam perkara-perkara kehidupan biasa.
A: "Jomlah datang kelas awal!"..
B: "Relakslah, kite kena datang on time. Tengok budak lain, ada yang tengah mandi lagi. Melayu kot. pensyarah bukan datang awal pun"
A: "Petang ni buat assignment nak tak?"
B: "Ala, pensyarah nak lambat lagi kot. Buat cepat-cepat nak buat apa, banyak masa lagi"
A: "Hang ni belajar Quran Sunnah dulu kan? Bagilah tazkirah sikit"
B: "Aku tak reti lah bagi tazkirah-tazkirah ni. "
A: "Tak elok simpan ilmu tu sorang-sorang. Kongsi jelah"
B: "Itu hak aku nak bagitahu orang lain ke tak. Ko kene hormat la hak aku"..
A: "Hensem, jom pi surau sembahyang zohor"
B: "Aku nak tidur jap la, ngantuk. |Kan nabi kata tak elok solat waktu tengah-tengah ngantuk"
A: "Meh solat mghrib kat surau jom"
B: "Aku nak pergi Cafe RECSAM, lapar gile perut, nanti kalau solat dulu tak khusyuk plak"
A: "Esok ada presentation, hang ambiklah banyak sikit slide. Asyik orang lain je yang bentang banyak"
B: "Ala, ko ambiklah. Aku tak hebat cakap macam ko. Ko cakap semua orang suka. Ko tak boleh samakan semua orang. lagipun, aku tak kesah berapa cikgu nak bagi markah kat aku nanti. Kalo korang nak markah lebih, baik korang je ambik."
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment